Fakta DJ

DJ...adalah satu nama @ gelaran yg. dipetik dr. singkatan perkataan bahasa inggeris DISC JOKIE @ DISCO JOKIE". Gelaran yg.diberi kepada seseorang yg. tugasnya menyampaikan maklumat & dlm. masa yg.sama turut bertanggungjawab menceriakan suasana@majlis dgn lagu2 & celoteh..bagi mendapatkan maklumat yg. mampu memberi kesan kepada pendengar, seorang DJ harus membuat rujukan dgn.mendapatkan fakta setiap cerita @ berita yg.ingin disampaikan..Banyak membaca antara formula yg. mudah diamalkan dlm.mendapatkan sesuatu maklumat @ berita..Apapun bergantung pd. kategori berita @ maklumat.

DJ ORANG KAHWIN...antara yg. paling mudah cara kendaliannya..maklumat biasanya hanya berkaitan keluarga pengantin, jemputan yg. hadir, susunan majlis (Istiadat), senda ringan & sesetengahnya turut di sulam dengan sessi nyanyian (Karaoke)...Tapi..kalau kena tuan rumah yg. ada "bajet" besar...aku buat mcm2. spt. acara permainan & kuiz..Walau nampak mudah tp. kena hati2 kerana ini majlis org. kalau tak kena gaya lain jadinya..


DJ PASARAYA...tugas mcm. ni pun agak mudah, sekadar sampaikan info berkaitan tawaran barang2, maklumat peraduan (jika ada), nasihat @pesanan keselamatan & memutarkan lagu2.,
Adakalanya tugas ini memberi cabaran pd. satu2 ketika spt. acara2 besar anjuran pihak pasaraya, mengelolakan persembahan ARTIS JEMPUTAN dan sbg..Tapi yg.tak seronoknya tugas begini kata org kena "TEBAL MUKA"...hehehe...Gelaran lain DJ spt. ini juga turut dikenali dgn panggilan "BROADCASTING DJ @ MOBILE DJ".

DJ DISCO...fuhhh.Yg. ni lain sikit kalau di bandingkan dgn. 2 tugas yg sebelum ni,tak perlu byk cakap (hanya bila perlu)....TETAPI... utk. jd DJ DISCO yg. bagus haruslah ada kemahiran menukar @ memainkan irama lagu (MIXING) .. Ini yg. agak mencabar jika kurang pengalaman & latihan.Pemilihan lagu juga faktor yg.harus diberi keutamaan (bergantung pd. kategori muzik @ irama). Ia juga bergantung pd. konsep sesebuah disko @ kelab hiburan samada berkonsep R&B,HOUSE MUSIC,TECHNO,RAGGAE,DANCE MUSIC,RETRO MUSIC ataupun DANGDUT...Peralatan yg.biasa digunakan agak berbeza (TWIN DISC MIXING PLAYER @ TURN TABLE).Penting juga utk. kenal jenis lagu & rentak dlm setiap irama.

DJ RADIO...bunyi pun sedap dengar...yg. ni lebih sikit populariti...hehehe.silap2 haribulan peminat lebih ramai dr seorang artis...hua..hua..hua...Kalau dulu kelayakan agak mudah.. tak mcm sekarang...kurang2 diploma beb..Tugas di radio jauh beza dan sentiasa kena hati2 dgn segala maklumat yg. disampaikan..fakta yg.tepat...bahasa & cara penyampaian yg.terbaik mungkin perlu kerana pendengar adalah dr. kalangan pelbagai lapisan bangsa dan usia..Dan yg. paling mencabar tugas sebagai DJ RADIO biasanya berhadapan dgn. masa tugas secara langsung...Setiap DJ RADIO yg. bagus adalah yg.mempunyai cara & gaya penyampaian tersendiri dan mampu memikat selera pendengar di samping mempunyai peminat @ pendengar setia...Skill @ kemahiran dlm penggunaan sistem audio adalah kemestian utk menjadi DJ yg.baik.Kebijaksanaan juga satu keperluan dlm.menjawab soalan & panggilan dr. pendengar.

DJ FUNFAIR...hahaha..yg ni lebih kurang "Rojak Style"...TAK perlu skill@kemahiran... cukup sekadar tau & berani bercakap,tau serba sikit tentang penggunaan sistem audio (asal ada bunyi) dah ok ar...hua..hua..hua...nama pun FunFair....................Faktor lagu pun "main bedal" (asal rancak).
Bahasa yg digunapakai pun rojak dan tak ada "standard".(yg. ni aku tak minat krn. tak mencabar langsung)...hua..hua..hua...


PENGACARA MAJLIS (EMCEE).....EMCEE(M.C) di ambil dr. perkataan bahasa inggeris yg. bermaksud Master of Ceremony..Walaupun cabarannya agak besar tapi mampu buat kita & penonton teruja..Tanggungjawab sebagai EMCEE juga tak kurang besarnya kerana ia bertindak sebagai tunggak utama kejayaan sesuatu majlis..Perlu utk. kenal & tau barisan tetamu kehormat (VVIP) yg. dijemput hadir..Perjalanan majlis perlu mengikut masa..M.C juga perlu bijak dlm. menghidupkan keceriaan acara pentas dan bersedia utk. mengatasi kemungkinan berlaku masalah atau sesuatu yg. tak di jangka..Penampilan juga mengikut kesesuaian tema majlis..M.C yg. baik BUKAN semestinya yg "macho" TETAPI adalah yg.mampu menarik tumpuan & memberi kenangan manis pd. penonton @ tetamu majlis...M.C juga perlu bijak berinteraksi dgn. penonton..Penggunaan bahasa & nada penyampaian juga harus di ambil kira..tahap kreativiti perlu tinggi bagi menghidupkan suasana majlis......Sesetengah M.C memerlukan irama @ muzik latar yg. di anggap mampu membangkit semangat & menceriakan suasana @ acara yg. berlangsung.
Itu la serba sikit antara peranan@fungsi@kategori DJ yg. terkandung dlm. dunia DJ @ PENGACARAAN.....Manalah tau kot2 korang pun minat nak cebur diri dlm. bidang DJ @ PENGACARAAN.... Ada juga org. tanya leh hidup ke jd DJ...hahaha..mcm. soalan bodoh lak rasanya......kan ke rezeki tu di tangan TUHAN...Kalau sungguh2 apapun kita buat hasilnya INSYAALLAH baik...asalkan tak tipu & lalaikan org. lain.
Kata org....kalau tak tau tanya...kalau tak pandai belajar...tak gituuu...hehehe...di mana ada kemahuan di situ ada jalan...

"KITA LEH CAKAP APA SAJE YG.KITA NAK CAKAP.. ASALKAN KITA FIKIRKAN DULU APA YG. HARUS KITA CAKAP .. PERLUKAH KITA CAKAP APA YG. RASANYA KITA NAK CAKAP dan... "-ADAKAH BETUL SEGALA YG. KITA CAKAP..

Jadual Bertugas Deejay

Jadual Bertugas Deejay