"Dunia Hasbullah Awang hanya kerja dan keluarga"


KUALA LUMPUR: "Salam. Aku ok aja. Cuma akan buat angiogram pada petang Selasa nanti..Bukan dibedah. Masuk hospital dulu kerana kaki bengkak rupa-rupanya ada kaitan dengan jantung.Anywayterima kasih atas perihatin semua."

Itu mesej yang disampaikan Allahyarham Datuk Hasbullah Awang lewat malam Rabu kepada rakan-rakan setugasnya.

Penerbit Kanan Astro ARENA, Slamet Sazly Yakub, berkata komitmen Allahyarham dalam menjalankan tugasnya tidak terhenti walaupun ketika dia sedang mendapatkan rawatan.

"Hari yang beliau dimasukkan ke IJN tu beliau masih lagi sempat hantar artikel untuk laman web Astro ARENA menerusi telefon beliau.

"Jadi bermakna ketika beliau hendak buat pemeriksaan kesihatan beliau masih lagi sempat memberikan sepenuhnya untuk kerja," katanya.

Sementara itu bagi isteri Allahyarham, Datin Hazida Alang Ahmad, 58 tahun, berkata walaupun mencintai kerjayanya, Allahyarham tidak pernah mengabaikan keluarga.

"Dia orang yang berkeluarga yang sayang sangat keluarga dia, dan dia juga sayang kerjaya dia.

“Dia merancang untuk pergi ke Singapura dan sudah membuat persiapan awal, dunia hanya kerja dan keluarga,” katanya ketika ditemuiAstro AWANIpada Khamis.

Allahyarham turut meninggalkan empat anak perempuan serta tujuh orang cucu.


Jadual Bertugas Deejay

Jadual Bertugas Deejay