Penunggang motorsikal keliru dengan topi keledar layak digunakan diatas jalanraya


Keluhan penunggang motorsikal yang mengatakan pihak berkuasa haramkan Topi Keledar MS88.

Topi Keledar MS88 keluaran syarikat Kenwira adalah mematuhi MS1:2006 bagi topi keledar keselamatan motorsikal. Ianya secara automatik layak digunakan diatas jalanraya.

Mana-mana topi keledar yang mematuhi pensijilan UNECE R22 (ada E marking) atau MS1 (logo SIRIM) adalah layak digunakan diatas jalanraya. Bagi semakan senarai topi keledar yang diluluskan UNECE R22 yang masuk ke dalam negara boleh rujuk Bahagian Kejuruteraan Automotif JPJ atau layari jpj.gov.my, manakala bagi semakan syarikat yang mematuhi MS1 boleh rujuk web http://www.malaysian-certified.my/ProductSearch.aspx




Namun tidak dinafikan jika terdapat topi keledar jenama MS88 yang diciplak dan logo SIRIM ditiru. Jadi sebelum saman dikeluarkan, mungkin pihak berkuasa tersebut perlu menyemak nombor pensijilan MS1(pada sticker SIRIM) atau UN R22 (pada buckle strap) dan nama pengeluar/pengilang/jenama (selalunya bahagian dalam topi keledar).

Bagi MS1, gambar berikut adalah senarai terkini syarikat dan nombor kelulusan yang mematuhi pensijilan tersebut setakat 4 feb 2015 jam 10.00pg





Jadual Bertugas Deejay

Jadual Bertugas Deejay