Muat Turun Torrent Tanpa Klien



By Arya Putra
Seringkali pengguna internet yang tegar memuat turun fail menggunakan klien torrent tidak kiralah sama ada fail tersebut 'legal' ataupun tidak.



Namun tidak kurang juga pengguna tersebut menggaru kepala dek spesifikasi PC/Lappy yang crappy. Err, maaf, saya tak dapat mencari perkataan yang sesuai digunakan dalam minda ketika ini. Heheh..
Disebabkan itu, mereka sering tertanya adakah cara untuk muat turun fail dari torrent tanpa melibatkan klien yang sememangnya sedikit-sebanyak menggunakan sumber kuasa seperti RAM dan CPU dari PC.
Secara jujurnya saya tak punya banyak kaedah yang dapat membantu melainkan satu sahaja iaitu menggunakan Addon untuk Firefox dan Extension untuk Chrome. Yeah..
Cuma agak sedikit 'malang' buat pengguna Chrome kerana buat masa ini tiada lagi extension berupa 'torrent downloader' yang benar-benar berkesan, mudah digunakan, dan percuma. Saya sudah mencuba OneClick, namun nampaknya ia tidak berhasil. Terdapat extension yang dinamakan sebagai JSTorrent, tetapi ianya berbayar pula.
Jadi pilihan yang ada, mencuba Firefox bersama Addon yang bernama Torrent Tornado.
Kalau anda inginkan sebuah klien torrent yang bertindak di belakang tabir, di sebalik Firefox, ya, inilah jawapannya. Meskipun bukan kaya dengan kepelbagaian bio ciri-ciri seperti sebuah klien sebenar, tetapi apa yang penting ialah kebolehan addon ini untuk menyiapkan tugasan muat turun yang dilontarkan kepadanya.
Anda boleh lihat pada paparan skrin di bawah, ia juga menyokong pautan magnet, dan seterusnya mempunyai antaramuka pengguna ringkas yang cukup dalam menyampaikan semua info berkenaan fail yang diperlukan.

Setelah anda menetapkan letak duduk fail, ia akan segera dimuat turun apabila info-info fail torrent tersebut selesai dikumpulkan melalui pautan magnet itu tadi. Apa yang penting, ia berjalan di belakang tabir, dan sesuai digunakan oleh mereka yang tidak mempunyai akses Administrator pada PC untuk memasang mana-mana perisian (uTorrent, Vuze, dll..) tetapi mempunyai pelayar web Firefox (dan semestinya boleh memasang addon).
Apapun jika anda ada 'terjumpa' mana-mana extension untuk Google Chrome yang serupa dengan Torrent Tornado, mohon kongsikan di ruang komen, terima kasih.


Pasang pada Firefox anda : Torrent Tornado

Jadual Bertugas Deejay

Jadual Bertugas Deejay