Gaun Filem Cinderella Dibuat Selama 5 Bulan


Gaun Filem Cinderella

Sebanyak 20 orang pekerja mengambil masa selama lebih lima bulan untuk menyiapkan gaun yang dipakai oleh Lily James dalam filem Cinderella yang ditayangkan baru-baru ini.

Gaun Filem CinderellaGaun mewah tersebut dihasilkan oleh pereka fesyen Sandy Powell dan Jane Law untuk digayakan dalam adegan tarian filem arahan Kenneth Branagh itu.

Mereka sebelum itu memilih fabrik berkualiti serta mempunyai pelbagai warna biru yang berkilauan dalam menghasilkan busana yang dianggap magik asli.

“Gaun dihasilkan secara berstruktur dengan dimulakan di bahagian pakaian dalam, korset dan kemudian gelung skirt yang diperbuat daripada besi,” ujar Powell.

Gaun yang begitu besar dan dilengkapi kristal Swarovski jahitan tangan itu juga telah menyebabkan pinggang pemakainya kelihatan begitu ramping.

Lily James memerlukan masa 20 minit untuk memakai gaun itu dan ia tidak boleh dicuci sekiranya kotor.



Gaun Filem Cinderella

Jadual Bertugas Deejay

Jadual Bertugas Deejay