(10 Gambar) 5 Homestay Menarik Yang Wajib Anda Kunjungi Untuk Bercuti Di Malaysia

1 Homestay Sungai Haji Dorani
Homestay Sungai Haji Dorani terletak di Sungai Besar, Sabak Bernam Selangor. Kira-kira 120km perjalanan dari Kuala Lumpur jika henda ke destinasi tersebut.

Nak merasa keindahan duduk di tengah sawah berhampiran sungai, boleh la singgah ke sini, pasti menepati citarasa anda.
2 Homestay Felda Sunga Klah
Bagi anda yang inginkan suasana kehidupan di kawasan felda, ini adalah tempat yang sesuai. Kawasan ini terletak di Sungai Klah, Sungkai Perak.

Lagi best anda boleh pergi Felda Hostspring Park, di kawasan tersbut untuk menikmati keindahan air panas di sana.


3 Homestay Desa Balqis
Terletak di Kuala Linggi Melaka, ini salah satu homestay yang unik, dikatakan setiap sepuluh rumah di tempat tersebut digelar seperti pakcik, makcik dll.

Ditambah pula dengan suasana di tepi selat melaka, kawasan ini memang menarik untuk dikunjungi.


4 Homestay Borneo Benuk
Terletak di Kuching Sarawak, Homestay Borneo Benuk adalah berkonsepkan rumah panjang yang didirikan oleh kaum bidayuh di sana. Nak tahu cerita panjang mengenai homestay tersebut boleh layari kujie.com, beliau ada ceritakan serba ringkas apa yg best di sana.

Maklumat lanjut boleh ke : borneobenukhomestay.com


5 Homestay Jojo Rakit
Terletak di Kota Tinggi Johor, blogger zamzarina dari ibuayahdamia.blogspot.com banyak berkongsi gambar dah kisah beliau pergi ke sana.


Serba ringkas kami ceritakan, Homestay ini berkonsepkan rakit di dalam laut. Dikatakan 25 minit perjalanan dari bandar Kota Tinggi.


Jadual Bertugas Deejay

Jadual Bertugas Deejay