9 Makane Soho Sekali Di Kelate

9 Makane Soho Sekali Di Kelate - VITDAILY20150503_3378
Ini merupakan antara negeri yang paling kaya dengan makanan malah ada juga yang menyifatkan Kelantan sebagai syurga makanan.
Kami menyimpan hasrat untuk pergi ke sini dan makan sepuas hati satu hari nanti. Malah tidak salah kami katakan bahawa juadah yang ada di negeri ini sentiasa mahu hidup jika dibawa ke luar Kelantan.
Siapa tidak suka nasi kerabu dengan solok lada. Kemudian ada pula ayam percik kuah putihnya. Kami kongsikan beberapa jenis makanan yang kami akan cuba jika menjejakkan kaki di sana.
1. Kuih Akok
Kuih akok ini memang sedap makan panas-panas. Jika mahu rasa yang betul-betul pure, memang kena datang sini baru boleh rasa asli dia. Jika ada lokasi akok sedap sekitar Lembah Klang.
2. Ketupat Sotong
9 Makane Soho Sekali Di Kelate - VITDAILY20150503_3375
Jika anda peminat sotong, ini merupakan juadah yang patut anda cuba. Ia bukan sahaja sedap malah dalam masa yang sama turut mengenyangkan perut anda yang tengah lapar.
Sila pilih sotong yang sudah disumbat pulut gemuk-gemuk
9 Makane Soho Sekali Di Kelate - VITDAILY20150503_3384
3. Set Nasi Kerabu
9 Makane Soho Sekali Di Kelate - VITDAILY20150503_3381
Kami pada mulanya tidaklah berapa suka sangat nasi kerabu sehingalah satu hari kami jumpa restoran yang betul-betul sedap diSeksyen 7, Shah Alam. Sungguh kata, memang sedap, murah, berbaloi makan di restoran tersebut.
Tapi orang kata di Kelantan, nasi kerabunya lagi murah dan sedap, bukan?
4. Ayam Percik Kuah Putih
9 Makane Soho Sekali Di Kelate - VITDAILY20150503_3377
Jika anda tanya kami ayam percik mana yang paling sedap, kami akan jawab ayam percik Kelantan. Tidak tahu mengapa jatuh hati pada kuahnya yang sedap itu. Boleh sarankan kepada kami di mana restoran atau tempat boleh dapatkan ayam percik sebegini?
5. Laksam
9 Makane Soho Sekali Di Kelate - VITDAILY20150503_3380
Laksam adalah makanan berkuah lemak. Sangat sedap dan paling sedap jika dimakan dengan belacan. Memang terasa dia punya Kelantan tersebut ditambah lagi dengan sambal dia, memang menangkap.

6. Kuih Nekbat
9 Makane Soho Sekali Di Kelate - VITDAILY20150503_3383
Masa mula-mula makan kuih nekbat ini (berbentuk macam bahulu), memang terasa dia punya manis. Paling banyak boleh dapat kuih nekbat ini adalah ketika bulan puasa. Ada yang suka dan ada yang tidak suka kuih ini. Apa-apa pun, kami kenal kuih ini melalui negeri Kelantan.
7. Nasi Kak Wok
9 Makane Soho Sekali Di Kelate - VITDAILY20150503_3382
Nasi Kak Wok ini jika makan sebungkus memang tidak kenyang jika ikut skala perut kami. Nasi Kak Wok terdiri daripada ayam goreng yang dipotong kecil bersama kuah gulai. Simple tapi puas. Ada juga yang panggil dengan nama nasi bajet.
8. Pulut Manis
9 Makane Soho Sekali Di Kelate - VITDAILY20150503_3376
Pulut manis ini terdiri daripada pulut itu sendiri dan kelapa. Pulutnya manis dan biasa juga dibuat juadah untuk sarapan. Sihat orang Kelantan pagi-pagi sudah makan manis-manis.
9. Mana boleh lupa Nasi Dagang!
9 Makane Soho Sekali Di Kelate - VITDAILY20150503_3379
Nasi Dagang dengan kuah yang sedap serta ikan tongkol yang segar adalah satu gabungan sempurna. Mana lagi mahu dapatkan makanan sedap begini jika bukan di Kelantan. Aduh, terasa lapar pula tiba-tiba.
Budu tidak ada dalam list? Kami sudah biasa makan budu di mana-mana maka kami ingin cuba makanan lain lagi. Ya, kami tahu, banyak lagi makanan Kelantan yang sedap-sedap belum kami senaraikan. 

Jadual Bertugas Deejay

Jadual Bertugas Deejay