Legoland Malaysia rai hari Star Wars esok


Legoland Malaysia rai hari Star Wars esok
Sepanjang bulan ini, peminat dan keluarga berpeluang memenuhi minat mereka terhadap Star Wars menerusi pelbagai aktiviti yang disediakan. - Gambar Fail
NUSAJAYA: Lima ratus peminat pertama yang hadir berpakaian mengikut watak dalam Star Wars di Legoland Malaysia Resort esok, akan menerima hadiah istimewa sebagai sebahagian sambutan Hari Star Wars taman tema itu.

Mereka akan menerima baucar beli-belah Legoland Malaysia bernilai RM100, figura mini eksklusif LEGO Star Wars Stormtrooper Sergeant, set LEGO Star Wars Microfighter dan rantai kunci LEGO Star Wars.

Legoland Malaysia Resort dalam satu kenyataan di sini, berkata sepanjang bulan ini, peminat dan keluarga berpeluang memenuhi minat mereka terhadap Star Wars menerusi pelbagai aktiviti yang disediakan.

Pengunjung juga boleh menyaksikan filem LEGO Star Wars di LEGO Mindstorm Centre selain mengambil bahagian dalam bengkel bertemakan LEGO Star Wars.

Esok juga merupakan hari terakhir promosi pas tahunan 'beli tiga, percuma satu' yang ditawarkan oleh Legoland Malaysia Resort sejak Jumaat


Jadual Bertugas Deejay

Jadual Bertugas Deejay