Top 10: Kuih dan Biskut Raya Paling Digemari Orang Ramai

2014-07-24


Dengan kehadiran Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang tidak lama lagi, suasana dan kemeriahannya sudah pun terasa di negara kita. Pelbagai persiapan telah dilakukan oleh kaum muslimin dan muslimat termasuk lah baju raya,perhiasan rumah dan pelbagai lagi. Antara unsur yang paling penting bila tibanya hari raya ialah kuih raya. Di Malaysia, amalan kunjung-mengunjungi sempena Hari Raya Aidilfitri telah menjadi sebati dengan kaum Melayu malah merupakan amalan yang dituntut di dalam ajaran Islam itu sendiri. Bertukar salaman, memohon maaf membantu untuk mengeratkan hubungan silaturahim yang sekian lama terpisah. Semasa mengunjungi rumah sanak-saudara atau jiran tetangga, kebiasaanya tetamu akan dihidangkan dengan pelbagai jenis kuih dan biskut raya. Maka penulis ingin berkongsi dengan pembaca antara kuih-kuih dan biskut-biskut raya yang menjadi popular apabila tibanya musim perayaan ini.



          1) Biskut Tart Nenas
.
            Biskut raya ini tidak asing lagi di kalangan rakyat Malaysia. Boleh dikatakan hampir kesemua rumah  yang dikunjungi pada pagi raya akan menghidangkan kuih Tart Nenas ini. Dibuat menggunakan adunan telur,mentega,tepung gandum dan jam nenas sebagai bahan utama, menjadikan rasanya amat enak sehingga memikat hati. Datang dengan pelbagai bentuk seperti bulat atau digulung.




2) Cornflakes Madu.
Biskut cornflakes madu ini juga merupakan salah satu biskut yang amat digemari di negara kita. Dibuat dengan menggunakan bahan yang moden seperti cornflakes , ditambah dengan sedikit madu dan disediakan dalam piring kertas yang berwarna-warni bagi memeriahkan suasana hari raya Aidilfitri. Cara untuk membuatkan amat ringkas dan senang menjadikan ia sering dihidangkan di hari raya.




3) Biskut Semperit

Salah satu biskut yang tak pernah lapuk dek zaman ialah biskut semperit. Dengan teskturnya yang begitu rapuh dan tidak begitu manis membuatkan ia mempunyai peminatnya yang tersendiri. Ditengah biskut semperit ini kebiasaanya akan dihias dengan cebisan buah ceri ataupun sebiji kismis.




4) Biskut Sarang Semut

Dengan namanya yang sangat unik, ia juga datang dengan rasa dan corak yang sangat istimewa. Disediakan di dalam piring kertas mini yang berwarna-warni, dan juga dihias dengan taburan chocolate chipsyang juga berwarna-warni.




5) Biskut Arab

Biskut arab ini juga telah lama menempah namanya di negara ini. Dengan teksturnya yang sangat lembut, dan dibuat berwarna-warni, serta disaluti dengan gula, amat diminati oleh mereka yang sukakan makanan yang sedikit manis.




6) Kuih Bangkit.
Kuih tradisional yang memang amat popular di kalangan warga yang berumur ialah kuih bangkit. Nama lainnya ialah kuih bakar.Rasanya amat lemak dan enak. Kebiasaanya dibuat dengan menyerupai bentuk bintang.




7) Biskut Batang Buruk
Seperti gelarannya, biskut ini tidak dibuat dengan hiasan atau rupa bentuk yang begitu esklusif, akan tetapi keenakan dan kelazatan kuih ini setanding dengan kuih-kuih yang lain malah lebih sedap.




8) Biskut Makmur
Teskturnya yang sangat gebu menjadikan kuih ini tidak dipandang sepi setiap kali tibanya hari raya Aidifitri. Selalunya dibuat dengan inti kacang, dengan rasanya yang pelbagai serta gebu, biskut ini pasti tidak akan mengecewakan anda.




9) Kuih Bahulu.
Antara kuih tradisional yang terdapat di negara kita dan tidak kurang popular nya ialah kuih bahulu. Kuih bahulu sangat terkenal dalam kalangan orang melayu. Ia nya bukan sahaja mendapat permintaan yang tinggi semasa hari raya aidilfitri, malah kini kuih bahulu semakin terkenal dan menjadi trend dalam sesebuah perkahwinan untuk dijadikan sebagai buah tangan kepada tetamu. Selain itu, kuih bahulu juga sesuai untuk dijadikan menu minum petang bersama keluarga.




10)   Almond London
Biskut ini amat digemari oleh kanak-kanak kerana disaluti dengan chocolate serta kacang almond,malah orang dewasa juga turut meminati biskut ini. Boleh dikategorikan sebagai biskut raya moden.

Jadual Bertugas Deejay

Jadual Bertugas Deejay