Mantap 40 Juta

Selamat Datang Ke Website AURAFM.

AURAFM - GEGARAN DUNIA MUZIK INTERAKTIF

Selamat Datang Ke Website AURAFM.

AURAFM - GEGARAN DUNIA MUZIK INTERAKTIF

Selamat Datang Ke Website AURAFM.

ONAIR

Selamat Datang Ke Website AURAFM.

Sound Sistem

Selamat Datang Ke Website AURAFM.

Cara Cepat Turunkan Berat Badan Dalam 2 Minggu Dengan Air Putih

Menurunkan berat badan tidak boleh dilakukan secara serta-merta. Biasanya cara menurunkan berat badan dengan cepat adalah cara yang tidak sihat.
Untuk saiz penurunan berat badan yang sihat ialah 0.5 hingga 1 kg seminggu. Anda tetap harus melakukan senaman dan menghadkan pengambilan kalori setiap hari.

Mustahil Untuk Jual Kad Tambah Nilai Dengan Harga Asal Bermula 1 Mei - SKMM



KUALA LUMPUR: Berikutan arahan daripada pageawai Kastam Diraja Malaysia yang mengarahkan semua harga kad tambah nilai yang dicas 6% dikembalikan seperti sebelum ini, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) semalam telah tampil menjelaskan bahawa harga isian semula kad tambah nilai adalah dikenakan Cukai Barang Dan Perkhidmatan (GST).

Nexpaq : Cangkerang Telefon Modular Pertama Dunia

Nexpaq-1

Peranti pintar modular seperti Projek Ara masih lagi di peringkat prototaip. Sekiranya anda tidak sabar menunggu kewujudan peranti modular anda mungkin boleh membeli cangkerang modular Nexpaq

Harga Kad Prabayar Telefon Kekal Sebelum GST Mulai 1 Mei



Syarikat telekomunikasi akan kembali menetapkan harga tambah nilai prabayar kepada kadar asal mulai 1 Mei ini.

7 Makanan Yang Jadi Kebanggaan Orang Johor

7 Makanan Yang Jadi Kebanggaan Orang Johor - VITDAILY20150429_3221
Soalan pertama, adakah anda orang Johor? Kami bukan orang Johor tetapi kami merasakan makanan orang Johor ini unik dan juga ada ceritanya sendiri.

CHEVROLET-FNR : KONSEP KENDERAAN MEMANDU SENDIRI MASA HADAPAN (8 GAMBAR)

Vroom

Pemanduan sendiri oleh kenderaan pintar ialah sesuatu yang kami mahukan sejak semalam. Kereta pintar lebih pandai memandu dari manusia kalau di Malaysia. Di negara kita ini bagi signal tak bagi jalan. Tak bagi signal kena maki fak apa semua pasal memandu macam nakharomz. So hanya penggunaan kereta yang dikawal oleh komputer masalah pemanduan macam otak sebesar Amoeba boleh diselesaikan. Ini ialah konsep kereta masa hadapan dengan pemanduan automatik oleh Chevrolet. Chevrolet FNR diperlihatkan di Shangai Motor Show dan turut mempunyai sistem tujahan elektrik. Nice.




Sumber Autoblog

KERUSI PEJABAT YANG MEMASTIKAN KESELESAAN DAN PRIVASI (16 GAMBAR)

Nice One

Apabila di pejabat anda biasanya diberikan kubikel lengkap dengan komputer untuk bekerja. Rekaan kubikel yang digunapakai sekarang sudah ketinggalan zaman kerana direka sekita tahun 1960an. Brody ialah rekaan kubikel merangkap meja kerja untuk pejabat moden. Ia mempunyai meja untuk komputer riba boleh laras lengkap dengan pemegang tablet dan telefon pintar. Alas kaki turut disertakan bagi membolehkan pekerja melunjurkan kaki ketika bekerja. Ia boleh dipasang secara bersiri di dalam pelbagai konfigurasi. Skrin lutsinar boleh dipasang sekiranya anda memerlukan privasi. Ini memang meja kerja yang sangat sylo dan pada masa yang sama comfortable as hell. 




Sumber FastCo

Panduan Mudah Untuk Menjadi Orang Kaya Di Usia 30 Tahun!

Menjadi kaya dan berjaya adalah impian semua orang, termasuk anak muda.
Demi mendapatkan kejayaan dan kekayaan, ramai yang sanggup bekerja dari pagi sampai ke malam untuk mengumpul duit.

Ranking ke-164 dunia, skuad bola sepak negara parah


Ranking ke-164 dunia, skuad bola sepak negara parah
KHAIRY: pada masa ini, ranking bukan menjadi matlamat utama kerana kejayaan pada temasya besar seperti Sukan SEA, Piala AFF dan Piala AFC menjadi sasarannya. - Foto Fail
PUTRAJAYA: Kedudukan pasukan bola sepak negara boleh diklasifikasikan sebagai 'parah' selepas berada pada ranking ke-164 dunia berbanding ke-153 pada Februari, kata Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin.

Khairy berkata, berdasarkan pencapaian skuad Dollah Salleh itu pada Sukan SEA dan Piala AFF Suzuki dengan layak ke separuh akhir dan final, kedudukan Malaysia yang berada di bawah sesetengah pasukan Asia Tenggara lain adalah seperti tidak masuk akal.

"(Namun) kita tidak boleh dikatakan negara paling buruk dari segi bola sepak di Asia Tenggara, tetapi ranking ini adalah berdasarkan kepada pemilihan perlawanan. FAM (Persatuan Bola Sepak Malaysia) ada perancangan sendiri.

"Mungkin pemilihan perlawanan oleh FAM itu agak sukar dan ini menyebabkan kekalahan, sekali gus menyebabkan ranking terjejas. FAM telah buat penjelasan bahawa memang pemilihan perlawanan itu sengaja menentang pasukan hebat untuk pengalaman," katanya kepada pemberita, di sini pada Selasa.

Khairy, bagaimanapun berkata pada masa ini, ranking bukan menjadi matlamat utama kerana kejayaan pada temasya besar seperti Sukan SEA, Piala AFF dan Piala AFC menjadi sasarannya.

Ranking Malaysia jatuh 11 anak tangga selepas tewas 0-6 kepada Oman pada aksi persahabatan antarabangsa di tempat lawan pada 26 Mac lepas dan ia adalah keputusan terburuk negara bagi tahun ini.

Kedudukan terkini itu meletakkan skuad kebangsaan sebaris dengan beberapa pasukan seperti Bhutan (163), Grenada (165), Puerto Rico (166) selain Hong Kong dan Bangladesh yang berkongsi kedudukan ke-167 dunia.

Dalam kalangan negara Asia Tenggara, Malaysia turun dua anak tangga untuk berada di tempat kelapan di belakang Vietnam (125), Filipina (139), Thailand (142), Timor Leste (152), Myanmar (158), Indonesia (159) dan Singapura yang berada pada kedudukan ke-162 dunia.

Kedudukan Malaysia di peringkat Asia turut menyaksikan mereka turun empat anak tangga untuk berada pada kedudukan ke-33 dari 46 negara.

Dalam perkembangan lain, Khairy menyokong cadangan FAM untuk menggunakan khidmat pemain naturalisasi selagi pemain tersebut mempunyai kaitan dengan Malaysia.

"Saya tidak menggalakkan naturalisasi warganegara asing untuk jadi atlet kebangsaan kecuali atlet itu ada talian kekeluargaan dengan (rakyat) Malaysia. Jadi langkah FAM dalam mencari pemain yang ada kacukan Malaysia, itu saya terima.

"Kita bukan macam negara lain, boleh ada pemain yang tiada kaitan langsung dengan negara mereka. Tapi kalau macam kes pemain bola sepak yang dicari, saya rasa itu adil," katanya.

TM perkenal dua pakej jalur lebar



TM perkenal dua pakej jalur lebar
Naib Presiden Eksekutif (Pelanggan dan PKS) TM Imri Mokhtar berkata pakej baharu itu akan membantu mendorong pelanggan menggunakan perkhidmatan jalur lebar berkelajuan tinggi dan menambah pengalaman mereka di rangkaian TM.
KUALA LUMPUR: Telekom Malaysia Bhd (TM) memperkenalkan dua pakej jalur lebar untuk menyokong langkah kerajaan ke arah menggalakkan langganan jalur lebar dan meningkatkan penembusan isi rumah daripada 70 peratus pada masa ini.

Katanya pertama ialah pada RM38 sebulan, tidak termasuk Cukai Barang dan Perkhidmatan (CBP), untuk 1Mbps dengan penggunaan data sehingga 1GB.

Tawaran ini 57 peratus lebih murah berbanding tawaran semasa pada RM88 untuk pakej 1Mbps yang sedia ada, katanya dalam kenyataan pada hari Khamis.

Pakej lain ialah pakej tiga serangkai 10Mbps UniFi yang baharu pada RM179 sebulan, tidak termasuk CBP.

Ia termasuk akses Internet jalur lebar tanpa had, panggilan telefon talian tetap percuma di seluruh negara dan 22 saluran asas HyppTV iaitu 10 peratus lebih murah berbanding pakej 10Mbps UniFi sedia ada pada RM199 sebulan.

Pelanggan boleh melanggan pakej 1Mbps mulai 16 Jun manakala pakej 10Mbps dari 15 Julai di mana-mana cawangan TMpoint di seluruh negara.

Naib Presiden Eksekutif (Pelanggan dan PKS) TM Imri Mokhtar berkata pakej baharu itu akan membantu mendorong pelanggan menggunakan perkhidmatan jalur lebar berkelajuan tinggi dan menambah pengalaman mereka di rangkaian TM.

"Ini sejajar dengan usaha Kementerian Komunikasi dan Multimedia untuk meluaskan capaian, terutamanya bagi yang tidak mendapat perkhidmatan itu, ke arah merapatkan jurang digital," katanya.


Farid Kamil terkilan


FARID mengakui semakin bersikap selektif terhadap filem-filem yang bakal dilakonkannya.


KISAH kontroversi yang melanda pasangan suami isteri, Farid Kamil dan Diana Danielle boleh diibaratkan seperti gulungan ombak yang membadai pesisiran pantai. Walaupun paluan gelora yang menghempas tidak tentu skala magnitudnya, namun pasir yang terhampar masih tetap menerima tujahan bertubi-tubi.
Selepas menghangatkan atmosfera dunia hiburan dengan isu cemburu yang melibatkan suaminya dan pelakon Nora Danish sekitar Januari lalu, Diana sekali lagi mencetuskan ribut kontroversi.
Kali ini, pelakon filem Magika itu tampil berani menggayakan coli pada sesi fotografi yang diaturkan oleh sebuah majalah fesyen untuk lelaki terbitan Mac lalu. Walaupun menerima banyak kritikan di blog-blog hiburan dan laman sosial, baik Farid mahupun Diana, masing-masing mengambil sikap mengunci mulut.
Justeru, sewaktu berkesempatan bertemu dengan Farid pada majlis tayangan perdana filem Abang Lejen di Cathay Cineplexes @Curve, Mutiara Damansara, Selangor baru-baru ini, peluang tersebut digunakan sebaiknya untuk mengajukan pelbagai soalan mengenai isu tersebut.
Tenang dan terus mengukirkan senyuman, Farid atau nama sebenarnya Farid Kamil Zahari, 34, merungkai satu persatu persoalan yang selama ini menerawang di benak fikiran khalayak.
Terkilan
“Saya terkilan,” ungkapnya ringkas apabila diajukan soalan mengenai kesanggupan Diana Danielle hanya mengenakan coli bagi sesi fotografi dengan sebuah majalah baru-baru ini.
“Sejujurnya, saya tidak mempunyai sebarang komen mengenai gambar tersebut. Apa yang pasti, soalan-soalan itu (berkenaan isu gambar Diana) sepatutnya ditanya kepada pihak pengurusan Diana, ProKuyaStudios.
“Jika saya menjawab soalan-soalan itu daripada sudut pandang seorang suami, bermakna saya sudah mencampuradukkan soal peribadi dan karier. Kalau boleh, saya mahu elakkan perkara tersebut daripada berlaku,” katanya.
Sebelum ini, Farid pernah mewakili isterinya dan meminta maaf selepas isu cemburu yang dicetuskan Diana di akaun Instagramnya terhadap Nora Danish hangat diperkatakan umum.
Jadi, apabila diminta mengulas mengenai isu Diana bercoli dalam majalah, Farid menjelaskan, dia tidak mempunyai sebarang hak untuk melakukan perkara tersebut.
“Saya anggap perkara itu datang daripada dua cabang seni yang berbeza. Saya tidak ada hak untuk campur tangan mahupun menjawab dengan lebih lanjut,” katanya lagi.
Ditebak dengan soalan adakah Farid ada menasihati Diana dan duduk berbincang untuk mengelakkan perkara seperti itu daripada berulang kembali, tuturnya: “Saya hanya mampu berdoa kepada Allah dan berharap semuanya baik-baik sahaja.
“Mungkin ini (kontroversi) merupakan cabaran yang perlu ditempuh oleh seseorang anak seni demi mencipta nama sebagai pelakon legenda,” katanya yang turut menyimpulkan kontroversi sebagai satu perkara yang datang tanpa diduga.
Memilih
Walaupun seringkali dihambat dengan pelbagai kontroversi, Farid masih lagi mampu berdiri sama tinggi dengan pelakon-pelakon seangkatan dengannya.
Bermula dengan membawakan peranan kecil dalam filem seram berjudul Mistik pada tahun 2003, graduan jurusan Seni Persembahan dari Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam itu terus mengambil peluang tersebut mencipta nama sebagai pelakon.
Antara filem yang menaikkan nama Farid sebagai pelakon termasuk Evolusi KL Drift, Papadom, I’m Not Single, Lagenda Budak Setan dan Estet.
Begitupun, sejak akhir-akhir ini, rutin Farid sebagai pelakon tidak lagi serancak dahulu. Walaupun hadir dengan empat buah filem pada tahun lalu seperti Anak Jantan, Kaki Kitai, Pengantin Malam dan Apokalips X, pelakon yang berasal dari Alor Setar, Kedah itu lebih selesa memilih karya-karya yang dekat dengan jiwanya.
Ditambah dengan faktor usia, Farid lebih mengutamakan kualiti sesebuah karya berbanding kuantiti filem yang dijayakannya.
“Sebenarnya, bukan tujuan saya berada dalam industri untuk menjadi pelakon yang jarang muncul di layar perak. Apabila difikirkan perihal umur, saya menjadi lebih memilih terhadap filem yang ingin saya lakonkan.
“Sebelum ini, saya mengejar kuantiti berbanding kualiti. Tetapi, kini, saya mengutamakan karya yang mampu diingati oleh penonton sehingga 20 tahun yang akan datang,” katanya.
Diusik dengan pertanyaan, sama ada umurnya masih sesuai untuk memegang watak hero ataupun tidak, Farid menjelaskan, dia akan terus berlakon selagi masih diperlukan.
“Saya akan kekalkan apa yang saya lakukan sekarang. Jadi, jika rezeki dan peluang masih ada, saya tidak akan sia-siakan,” ujarnya.
Abang Lejen
Melanjutkan perbualan mengenai filem terbaharunya, Abang Lejen, Farid menganggap ia sebagai sebuah karya yang unik dan sedikit berbeza jika dibandingkan dengan karya-karya komersial sedia ada.
“Filem ini boleh dikatakan berbeza berbanding dengan filem-filem yang pernah saya lakonkan. Abang Lejen mengangkat kisah kasih sayang dan konflik yang tercetus antara seorang adik lelaki dengan abangnya.
“Saya percaya, subjek ini jarang diketengahkan oleh pembikin filem. Pada masa yang sama, elemen humor dan romantik turut diselitkan dalam filem yang diarahkan oleh Azaromi Ghozali ini,” katanya.
Dalam pada itu, Farid menambah, antara perkara yang tidak boleh dilupakan sepanjang sesi penggambaran filem Abang Lejen ialah ‘kejutan’ yang diterimanya sewaktu menjayakan babak nyanyian dan tarian.
“Pengarah tidak memberitahu saya terlebih dahulu mengenai babak tersebut. Saya hanya tahu bahawa saya perlu menari dalam sebuah babak setelah tiba di lokasi.
“Selepas diajar koreografi, saya terus merakamkan babak tersebut sehingga lewat petang,” kata Farid sambil tertawa.
Filem Abang Lejen mengisahkan pasangan adik beradik bernama Ajim lakonan Farid Kamil dan Aman (Fadlan Hazim). Selepas kematian kedua ibu bapa, Ajim bertanggungjawab menguruskan kehidupan adiknya sehingga dewasa.
Sengketa antara Ajim dan Aman mula tercetus apabila rahsia kematian ibu bapa mereka diketahui oleh Aman.


Dipandu oleh ‘robot’ sejauh 5,470km



Banyak yang kita sudah dengar daripada syarikat pengeluar kereta mengenai usaha membangunkan pemanduan autonomous, terutamanya Audi yang kami anggap sebagai peneraju teknologi ini. Tetapi, apa yang Audi (ataupun mana-mana syarikat kereta) capai tidak semestinya hanya dengan usaha satu pihak.

Untuk pemanduan autonomous, antara pihak ketiga yang membantu adalah Delphi, syarikat teknologi yang banyak menyumbang kepada industri automotif dan berpengkalan di UK.

Jika Audi boleh berbangga dengan kereta autonomous mereka yang boleh mengelilingi litar perlumbaan dan lebuhraya Autobahan, Baru-baru ini pasukan penyelidikan Delphi telah berjaya menjadi penumpang kepada sebuah kenderaan R&D autonomous sepenuhnya yang mereka gelar sebagai ‘Roadrunner’.

Jarak yang dilalui sungguh mengujakan iaitu melebihi 5,470km dari San Francisco, California ke kota New York! Ini jarak dari pantai barat Amerika Syarikat hinggalah ke pantai timurnya, merentas 15 negeri dan mengambil masa sembilan hari.

Perjalanan mereka bermula pada Mac 22 lalu dengan sebuah jentera Audi Q5 khas yang dilengkapi enam radar jarak jauh, empat radar jarak dekat, tiga kamera visual, enam unit LIDAR (teknologi ‘remote sensing’ yang mengukur jarak menggunakan pancaran laser), satu sistem lokalisasi, algoritma perisian pintar dan pelbagai sistem bantuan pemandu termaju. Mengikut Delphi, sehingga 99% daripada waktu pemanduan adalah tanpa input pemandu dan sepenuhnya menggunakan kawalan autonomous.

Sudah pasti pelbagai keadaan berjaya dilalui, termasuk jalan berbukit, kesesakan di samping terowong, halangan jalan raya dan suhu serta cuaca yang berubah-ubah. Pengguna jalan raya lain yang agresif juga tidak menjadi masalah besar kepada sistem ini dan mampu mengekalkan keselamatan penumpang.

Pasukan penyelidik Delphi mengumpul hampir tiga terabyte maklumat sewaktu perjalanan ini. Dan semuanya akan dianalisa untuk menambah baik teknologi keselamatan aktif yang juga sektor teknologi yang paling aktif berkembang bagi industri automotif.


Chong Wei perlu tunggu tiga minggu lagi



Chong Wei perlu tunggu tiga minggu lagi
Datuk Lee Chong Wei dijangka mengetahui nasibnya berhubung kes doping, dalam tempoh tiga minggu lagi.
KUALA LUMPUR: Bekas pemain nombor satu dunia Datuk Lee Chong Wei dijangka mengetahui nasibnya berhubung kes doping, dalam tempoh tiga minggu lagi.

Anggota Majlis Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Jadadish Chandra yang mengiringi jaguh badminton negara itu, memberitahu bahawa prosiding kes yang didengar panel tiga anggota iaitu dua dari Eropah dan seorang dari India,  mengambil masa kira-kira lapan jam di bilik Saturn Hotel Sheraton Lapangan Terbang Amsterdam, Belanda.

Proses pendengaran dipercayai diadakan kira-kira lapan jam bermula 9.25 pagi Sabtu (3.25 petang waktu tempatan).

"Prosiding pendengaran kes berakhir hari ini, keputusan akan diumumkan dalam tiga minggu. Prosiding dijalankan di hadapan tiga anggota panel...biasanya keputusan boleh diketahui dalam tempoh tiga hari tetapi saya tidak tahu, mengapa ia mengambil masa tiga minggu untuk kes ini.

"Setakat ini, kami tidak mempunyai tempoh khusus bila keputusan akan diumumkan," katanya.

Jadadish berkata tarikh hari ini (11 April) tidak mungkin menyaksikan berakhirnya prosiding kes berkenaan kerana BAM atau Persekutuan Badminton Dunia (BWF) boleh merayu terhadap keputusan panel tersebut kepada Mahkamah Timbang Tara Sukan di Zurich.

Selain Jadadish, turut menemani Chong Wei ialah Pengurus Besar BAM Kenny Goh dan peguam sukan terkemuka, Mike Morgan yang dilantik oleh BAM untuk mengendalikan kes tersebut.

Dalam pada itu, Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin juga mengesahkan bahawa keputusan kes itu akan diketahui dalam tempoh tiga minggu.

"Dapat maklumat terkini daripada @LeeChongWei di Amsterdam. Prosiding tatatertib BWF selesai.

Keputusan dalam tempoh 3 minggu. Sekarang hanya tunggu," kata Khairy dalam laman twitternya.

Chong Wei, 32, kini digantung oleh BWF selepas didapati positif menggunakan bahan terlarang itu ketika beraksi pada Kejohanan Dunia di Copenhagen, Ogos tahun lepas dan boleh digantung sehingga dua tahun jika didapati bersalah.

Berkuat kuasa 1 Jan tahun ini, BWF meminda peraturan dopingnya dan mereka yang disahkan mengambil bahan terlarang boleh digantung sehingga empat tahun.

Sementara itu, Chong Wei dalam catatan terbaharunya dalam laman Facebook beliau, berkata: "Pendengaran (kes) baru selesai, keputusan akan diumumkan dalam masa tiga minggu lagi."

Kucing Yang Sedih


Ini adalah gambar seekor kucing paling sedih di dunia. Dilahirkan dengan sebelah matanya juling, kucing ini agak terpinggir. Tiada sesiapa pun yang inginkannya. Apa yang ia mahukan hanyalah satu pelukan kasih sayang dan belaian mesra kerana eisha percaye, ia tak pernah lagi merasai semua tu seumur hidupnye.


Gaun Filem Cinderella Dibuat Selama 5 Bulan


Gaun Filem Cinderella

Sebanyak 20 orang pekerja mengambil masa selama lebih lima bulan untuk menyiapkan gaun yang dipakai oleh Lily James dalam filem Cinderella yang ditayangkan baru-baru ini.

Gaun Filem CinderellaGaun mewah tersebut dihasilkan oleh pereka fesyen Sandy Powell dan Jane Law untuk digayakan dalam adegan tarian filem arahan Kenneth Branagh itu.

Mereka sebelum itu memilih fabrik berkualiti serta mempunyai pelbagai warna biru yang berkilauan dalam menghasilkan busana yang dianggap magik asli.

“Gaun dihasilkan secara berstruktur dengan dimulakan di bahagian pakaian dalam, korset dan kemudian gelung skirt yang diperbuat daripada besi,” ujar Powell.

Gaun yang begitu besar dan dilengkapi kristal Swarovski jahitan tangan itu juga telah menyebabkan pinggang pemakainya kelihatan begitu ramping.

Lily James memerlukan masa 20 minit untuk memakai gaun itu dan ia tidak boleh dicuci sekiranya kotor.



Gaun Filem Cinderella

Peguam Zamani akan kemuka surat representasi kepada Peguam Negara



Peguam Zamani akan kemuka surat representasi kepada Peguam Negara
Pihak Zamani akan mengemukakan representasi kepada Jabatan Peguam Negara Isnin ini supaya mempertimbangkan pertuduhan terhadap mereka. - Gambar Fail
KUALA LUMPUR: Peguam mewakili penyanyi Zamani Ibrahim dan pembantu peribadinya Nur Juliana Abdul Rani hari ini memberitahu Mahkamah Majistret Ampang di sini pihaknya akan mengemukakan representasi kepada Jabatan Peguam Negara Isnin ini supaya mempertimbangkan pertuduhan terhadap mereka.

"Surat ini bagi memohon agar Peguam Negara meneliti semula pertuduhan yang dihadapi kedua-dua anak guam saya berdasarkan fakta semasa.

"Saya failkan representasi hanya terhadap pertuduhan mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang dihukum di bawah Seksyen 12(3)akta yang sama", kata Ahmad Zaharil Muhaiyar di hadapan Majisret Ayuni Izzaty Sulaiman.

Ayuni Izzaty menetapkan 5 Mei depan untuk pengurusan kes.

Dalam prosiding itu juga, Zamani, 43, daripada Kumpulan Slam dan Nur Juliana, 32, mengaku tidak bersalah terhadap dua pertuduhan pindaan yang dibacakan kepada mereka.

Mereka didakwa bersama-sama memiliki dadah jenis heroin dengan berat bersih 0.60 gram di No 31, Jalan Enggang Timor Satu, Taman Keramat di sini, pada pukul 12.30 pagi, 21 Jan tahun lepas.

Nur Juliana juga didakwa mengambil dadah jenis Methamphetamine di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya di sini, pada pukul 2.05 pagi pada tarikh sama.

Bagi pertuduhan memiliki dadah, mereka didakwa mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 12(3) akta sama dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman denda RM100,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun, atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan mengambil dadah, mereka didakwa mengikut Seksyen 15(1)(a) akta sama dan boleh dihukum di bawah Seksyen 15 akta sama dan jika sabit kesalahan, boleh didenda tidak melebihi RM5,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Goh Ai Rene.

Ketika ditemui pemberita di luar mahkamah, Ahmad Zaharil berkata beliau berharap Peguam Negara dapat menimbang semula pertuduhan terhadap Zamani antaranya mengambil kira keadaan positif anak guamnya yang semakin pulih sejak mendapat rawatan di sebuah pusat pemulihan dadah selain penyanyi itu sedang mengalami sakit belakang yang memerlukan rawatan perubatan.

10HariGST : Warga kota mengeluh harga barang meningkat


#10HariGST : Warga kota mengeluh harga barang meningkat
#10HARIGST : Berikutan beberapa perubahan harga barang selepas pelaksanaan GST, ada dalam kalangan masyarakat terpaksa mengatur semula perbelanjaan kehidupan seharian mereka.
KUALA LUMPUR: Sejak berkuatkuasa pada 1 April lalu,Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST)sedikit sebanyak memberi kesan kepada cara perbelanjaan dalam kalangan masyarakat.

Ada yang terpaksa berbelanja lebih, ada juga yang terpaksa mengatur semula perbelanjaan kehidupan seharian mereka berikutan beberapa perubahan harga barang.

Tinjauan Astro AWANI di sekitar ibu kota mendapati kebanyakan mereka kecewa dengan peningkatan beberapa harga barang selepas sepuluh hari pelaksanaan GST.

Bagi pelajar Wan Sabrina, 20, kenaikan caj perkhidmatan prabayar selepas GST adalah satu perkara yang mengecewakan.

“Saya berasa sangat kecewa kerana hari itu saya menambah nilai untuk telefon bimbit sebanyak RM45, kemudian saya dikenakan caj sebanyak RM2.70. Saya rasa perkara ini tidak patut.

"Dengan RM2.70 itu sebenarnya saya boleh membeli sesuatu yang lebih bagus. Contohnya dengan membeli makanan," ujar Sabrina.

BACA: Harga kupon tambah nilai prabayar kembali ke asal bulan depan - Ahmad Maslan

Selain itu pelajar Aishah Aznam, 20, juga mengeluh dengan kenaikan harga makanan di beberapa gerai yang mengakibatkan dirinya terpaksa mengatur semula perbelanjaannya.

“Kalau membeli makanan di kedai seperti kuih muih pun sudah naik harga. Jadi jika mahu membeli makanan untuk kehidupan seharian sebagai pelajar daripada pagi sampai malam tu, kemungkinan kami terpaksa mengurangkan perbelanjaan sedikit.

“Mungkin kami hanya boleh makan sekali sahaja dalam sehari.

"Ada juga dalam kalangan kami akan membuat kerja sampingan untuk menanggung perbelanjaan yang lain seperti duit minyak, memandangkan ada juga antara kami menggunakan kereta sendiri," jelas Aishah.

Bagi ahli peniaga Prema Mathibalan, perbelanjaan kehidupan sehariannya sedikit terganggu selepas GST dilaksanakan.

“Kalau membuat perbelanjaan yang sedikit, mungkin kita tidak terasa sangat (terganggu perbelanjaan).

"Namun jika kita membeli barang-barang yang banyak contohnya untuk mengubah suai rumah sudah tentunya kita terasa terganggu kerana contohnya kita terpaksa membayar lebih sebanyak RM70 atau RM60. Padahal nilai RM60 atau RM70 itu boleh digunakan untuk membeli barangan yang lain. Dari situ kita akan rasa membebankan."

BACA : GST: FOMCA terima 600 aduan pengguna

Walaupun terasa beban dengan cukai ini, Prema berasakan orang ramai juga perlu bekerja keras untuk menjana pendapatan yang lebih baik.

“Jujurnya cukai GST ini membebankan, namun kita harus berusaha keras to menjana pendapatan yang lebih kerana di Malaysia kita ada pelbagai lapisan masyarakat daripada miskin sehingga kaya.

“Jika kita menjana pendapatan yang baik, mungkin kita tidak sangat terasa bebannya seperti mereka yang lain. Namun bagi mereka yang berada di peringkat bawahan, mungkin dia akan rasa lebih membebankan daripada mereka yang berada.

Selain itu, dalam tinjauan yang sama juga, ada juga mengharapkan kerajaan dapat meningkatkan kesedaran mengenai GST supaya orang ramai dapat memahami cukai ini dengan lebih baik.

“Pada pendapat saya, kalau boleh kita mahu tahu apa kesan baik daripada pelaksanaan GST. Kita tidak kisah untuk mengeluarkan duit namun kita mahu tahu apakah impaknya?

“Kita harap impaknya positif contohnya sekiranya dengan GST ini, kita boleh membantu mereka yang berada di luar bandar. Kalau daripada GST itu kita boleh meningkatkan kehidupan luar bandar, bagi kemajuan kepada mereka, tiada salahnya bagi pandagan saya,” kata pekerja swasta, Nordiana Muaidi, 36.


Ketahui Kegunaan Kulit Telur



Selain sebagai sumber makanan, telur diperakui mempunyai kepelbagaian kegunaan termasuk di taman kerana kulitnya mengandungi kandungan kalsium yang tinggi. Fakta mengatakan 95 % bahagian kulit telur adalah kalsium karbonat iaitu bahan yang sama terdapat pada cangkerang, batu karang dan batu kapur. Nutrien ini penting dan memberikan manfaat kepada tanah bagi pertumbuhan tanaman. Ketahui kegunaannya di taman.

1.Mengandungi kalsium bertindak sebagai suplemen semula jadi
Tanah yang mempunyai kandungan pH yang rendah biasanya mengandungi kandungan kalsium yang rendah. Menaburkan kulit telur yang telur dihancurkan pada permukaan tanah tersebut akan meningkatkan kandungan pHnya tersebut. Ini sesuai bagi taman yang mempunyai tanah jenis berasid. Jadi, penambahan kulit telur akan bertindak sebagai suplemen yang akan menyuburkan tanaman.

Kaedah: Hancurkan kulit telur sehingga halus bagi mempercepatkan penyebaran kalsium kepada tanah. Taburkan secara sekata di sekitar tanaman ataupun digaulkan bersama bahan kompos.

2.Bekas pembenihan
Gunakan kulit telur sebagai bekas penyemaian biji benih. Selain daripada bersifat keras dan mampu menampung tanah, kandungan kalsium yang terdapat pada kulit telur juga dapat membantu tumbesaran biji benih.

Kaedah: Kulit telur dibersihkan terlebih dahulu, kemudian medium penanaman 2:1:1 (2 tanah loam, 1 bahan organik: 1 pasir) dimasukkan separuh daripada ruang telur. Masukkan biji benih dan tunggu sehingga bijih benih bercambah. Seterusnya boleh dipindahkan ke dalam pasu yang lebih besar.

3.Lilin penghalau nyamuk
Apabila memiliki taman yang menghijau dan subur pasti menggamit serangga penghisap darah, nyamuk. Lilin yang diperbuat daripada serai wangi mampu menghalau nyamuk serta serangga perosak di kediaman anda. Buat sendiri lilin ini menggunakan kulit telur sebagai bekas acuan. Letakkan lilin ini di atas meja ruang tamu, anjung atau decking untuk membantu mengurangkan serangan nyamuk dan serangga lain.
Kaedah: Pecahkan telur di bahagian paling atas. Cuci kulit telur sehingga bersih. Keringkan dan masukkan serai wangi dan lilin yang telah dipanaskan. 

11 Cara Mudah Untuk Perbaharui Perabot Lama Anda!

Anda bosan dengan perabot lama anda? Jangan sesekali membazir dengan membuang perabot lama, semata-mata untuk membeli perabot baru.
Yela, bukannya rosak pun kan! Mungkin ada perabot yang sudah pudar warnanya atau kurang menarik di mata anda.
Apa kata anda guna kreativiti anda untuk mencantikkan semula perabot lama anda.
Jika anda tidak tahu bagaimana untuk lakukannya, anda boleh ikuti cara muda ini!

1. Tukar Warna Perabot Menjadi Ombre’

1

2. Ubah Kerusi Pejabat

2

3. Ubah Kerusi Ruang Tamu Lama

3

4. Hiasi Meja Kopi Dengan Buku Lama

11

5. Hiasi Meja Belajar Dengan Wallpaper

10

6. Hiasi Meja Dengan Komik Kegemaran 

9

7. Cat Kerusi Kelas Dengan Warna Ceria

8
anigif_enhanced-18264-1407585567-11

8. Ubah Dan Ceriakan Meja Kanak-kanak

8

9. Warnakan Kerusi Dengan Warna Pastel

7

10. Perbaharui Meja Kopi Anda

4

11. Ubah Suai Kepala Katil Anda

6

Buat Kek Coklat Guna Periuk Nasi? Jom Lihat 6 Resepi Lain Yang Boleh Di Hasilkan Dengan Periuk Nasi!

Selalunya, periuk nasi digunakan untuk memasak nasi sahaja.
Tapi, ramai yang tidak mengetahui bahawa pelbagai resepi yang anda boleh hasilkan dengan periuk nasi anda itu.

Pengguna Whatsapp gembira dengan ciri panggilan suara percuma



Pengguna Whatsapp gembira dengan ciri  panggilan suara percuma

KUALA LUMPUR: Dalam kekecohan pengguna hari ini yang mahu mencuba segala macam cara berjimat kerana tidak pasti dengan impak pelaksanaan sistem Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), aplikasi Whatsapp secara kebetulan dan rasmi telah memperkenalkan fungsi panggilan suara.

Kisah Titanic Tenggelam Terdapat Dalam Surah Yasiin



Siapa yang tidak tahu tentang kisah tragik kapal RMS Titanic tenggelam di tengah laut Atlantik Utara tahun 1912. Ramai sedia maklum bahawa kapal gergasi yang paling mewah ketika itu tenggelam kerana melanggar bongkah ais gergasi.

Seluruh dunia mengetahui kisah tenggelamnya kapal Titanic yang sangat tragis. Selain itu, pelbagai novel telah menceritakan kisah memilukan dalam tragedi tersebut bahkan telah difilemkan.

Proses Membotolkan Air Zam-zam Palsu



Proses membuat air Zam-zam palsu yang dikesan. Pihak kami tak pasti edaran jenama ini ada di Malaysia atau tidak.

Mama Juwie meninggal dunia


BEKAS wartawan hiburan, Juwie atau nama sebenar, Abdul Jalil Salleh.
KUALA LUMPUR : Kolumnis hiburan BH, Juwie, 62, meninggal dunia kira-kira jam 10.30 malam tadi di Pusat Perubatan Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Cheras, dekat sini akibat komplikasi pelbagai penyakit termasuk kanser prostat.

Jadual Bertugas Deejay

Jadual Bertugas Deejay