Mantap 40 Juta

Selamat Datang Ke Website AURAFM.

AURAFM - GEGARAN DUNIA MUZIK INTERAKTIF

Selamat Datang Ke Website AURAFM.

AURAFM - GEGARAN DUNIA MUZIK INTERAKTIF

Selamat Datang Ke Website AURAFM.

ONAIR

Selamat Datang Ke Website AURAFM.

Sound Sistem

Selamat Datang Ke Website AURAFM.

Lapan perkara pelik tentang negara China

Lapan perkara pelik tentang negara China

KUALA LUMPUR: Cuti sekolah akan bermula hujung minggu ini. Jika anda merancang untuk ke negara luar, mungkin ada baiknya jika anda mengetahui serba sedikit tentang negara yang akan anda kunjungi itu.

Top 5 Kematian Tragis Akibat Menghina Tuhan



Memiliki kuasa, nama, kemewahan atau pangkat bukanlah lesen buat seseorang itu berasa gah melebihi Pencipta. Berikut merupakan lima orang berpengaruh dunia yang mati kerana menghina Tuhan.

Kenapa Perlu Memakai Cincin di Jari Manis dan Kelingking?



Nasihat Nabi Muhammad Saw. kepada Saidina Ali rhu. sesudah bernikah dengan Siti Fatimah iaitu anakanda kesayangan , Nabi Muhammad Saw.. berpesan kepada Saidina Ali iaitu kalau memakai cincin pakailah di jari:


1] jari manis
2] jari kelingking (anak jari)

dan jangan memakai pada jari:
1] jari tengah
2] jari telunjuk

Nabi Muhammad saw. melarang kerana memakai cincin pada jari telunjuk dan jari tengah adalah meniru cara berhias kaum yang dilaknat oleh Allah iaitu kaum yang derhaka di zaman Nabi Lut a.s.

Perhatian : Cara memakai cincin adalah termasuk lelaki atau pun perempuan.


Semoga bermanfaat!

FAKTA MENGENAI ORANG KIDAL

Kemahiran menggunakan tangan kiri adalah kemahiran yang biasa namun tidak semua manusia mampu menggunakan tangan kiri mereka untuk melakukan kerja-kerja seni. Berikut adalah beberapa fakta mengenai orang tangan kiri.


1. Menurut statistik, dari sebuah populasi, 15% daripadanya adalah kidal. Lelaki biasanya dua kali lebih cenderung menjadi kidal berbanding wanita.

2. Orang kidal memiliki kemungkinan lebih besar untuk mejadi genius. 20% dari jumlah anggota organisasi MENSA, sebuah organisasi untuk manusia dengan IQ tertinggi di dunia, dilaporkan kidal.

3. Jika anda seorang lelaki, kidal, dan masih belajar, maka diperkirakan anda akan 15% lebih kaya daripada lelaki yang tidak kidal. Sekiranya sudah tamat kuliah, lelaki kidal akan 20% lebih kaya!

4. Walaupun begitu orang kidal memiliki kecendrungan lebih tinggi untuk ketagih rokok.

5. Jika kedua orang tua kidal, maka ada kemungkinan 50% keturunan mereka juga akan kidal. Sebaliknya, jika kedua orang tua tidak kidal, kemungkinan tadi akan turun menjadi 2% sahaja.

6. Pakar psikologi dari Universiti Queen di Belfast menyatakan bahawa kucing betina cenderung tidak kidal, sementara kucing jantan cenderung kidal (siapa sangka, kucing boleh kidal juga!).

7. Entah mengapa, orang kidal katanya lebih tidak suka buku berjilid dibandingkan dengan mereka yang bukan kidal.

8. Orang kidal dapat merespon stimulasi (rangsangan) dengan lebih baik sehingga kebanyakan orang kidal juara dalam bermain game.

9. Semakin tua seorang wanita mengandung dan melahirkan, semakin besar kemngkinan anaknya lahir kidal.

10. 4 dari 5 desainer komputer Mac dilaporkan kidal.

11. Menurut sebuah kajian, orang kidal hidupnya 9 tahun lebih pendek dibandingkan dengan mereka yang bukan kidal.

12. Orang kidal lebih cenderung atletik, memiliki kesedaran yang lebih istimewa dan berfikir lebih cepat.

13. Menurut sebuah kajian yang dilakukan oleh Dr Alan Searleman dari St Lawrence University di New York, menunjukkan bahawa orang kidal mampu mendukung sisi kiri tubuhnya untuk semua kegiatan fisikal. Orang kidal juga dua kali lebih berjaya dalam penyelesaian masalah dan memiliki IQ lebih tinggi dari orang yang aktif dengan tangan kanan.

14. Orang dengan tangan kidal relatif lebih cerdas daripada bukan kidal (Guardian UK)

15. Orang Kidal lebih mudah mengawal emosi dibandingkan dengan bukan kidal (National Geographic)

16. Jumlah orang Kidal meningkat pesat setelah tahun 1910 (BBC)



17. Orang Kidal sehingga kini berjumlah sekitar 10% dari seluruh populasi dunia (National Geographic)

Khasiat BUDU Yang Anda Tidak Tahu



Budu,  nama yang tidak asing lagi kalau kita menjejakkan kaki di Negeri Kelantan. Budu memang sedap , apalagi dimakan dengan nasi panas dan digabungkan dengan irisan bawang merah dan cili atau perahan limau. Pasti menyelerakan bukan .  Orang luar panggil Pati Ikan Bilis , tapi orang Kelantan lebih suka menamakan BUDU .  Pekasam ikan bilis ini merupakan makanan traditional orang Kelantan yang boleh didapatkan dikedai-kedai terdekat dengan harga yang cukup murah .

Selain untuk dimakan , tahukah anda bahwa BUDU ini mempunyai banyak khasiat atau manfaat untuk kesehatan? Budu kaya dengan protein dan turut dikenali sebagai serat yang baik . Knadungan serat-serat yang ada didalam budu lebih bagus daris erat ikan-ikan lain , dan ianya mudah dicerna oleh tubuh kita. Khasiat atau manfaat budu yang perlu anda tahu :

1. Pencegah Kanser
Budu mempunyai Gluthaione sejenis anti oksidan yang mampu mengeluarkan toksin dan meningkatkan daya tahan tubuh yang memerangi berbagai penyakit berbahaya ,salah satunya kanser.

2. Awet Muda
Unsur ganestine dan phytoestrogen dalam budu mampu melawan radikal bebas yang mampu menghambat penuaan dan juga kanser payudara. Waah , untuk kalian yang ingin nampak awet muda takperlu beli ubat mahal-mahal , cukup dengan budu.

3.Turunkan Kolesterol
Tahukah anda , dengan melakukan pengambilan budu sebanyak 150gra sehari selama dua minggu , mampu menurunkan kolesterol .

4. Cegah Cirit-birit
Budu mengadungi sejenis zat antibakteria yang mampu mencegah “diarrhoea” atau lebih dikenali dengan cirit-birit. Selain itu mandaaf budu yang lain mampu menghalang penyakit seperti kencing manis , sakit jantung , dan jug hypertensi.

5. Meningkatkan IQ otak
Budu mampu merangsang sel-sel otak dan meningkatkan daya ingatan . Selain itu juga mampu membunuh bakteria yang menyebabkan perut kembung pada anak-anak .

Khasiat Budu ini diperoleh dari proses ikan bilis yang diperam. Wah , selain sedap dimakan ternyata Budu mempunyai banyak manfaat untuk kesihatan  tubuh. Pastinya anda tidak tahu bukan ?

34 Fakta Unik Kehidupan Yang Perlu Anda Tahu !

Facts-about-Computers-Internet34 Fakta Unik Kehidupan Yang Perlu Anda Tahu ! | Dalam kehidupan kita, pernahkah kita terfikir akan setiap yang berlaku sepanjang kita menjalani kehidupan seharian? Pasti tidak bukan? Jom ketahui fakta yang kita tidak terfikir sepanjang menjalani kehidupan seharian kita.

  1. Lidah adalah otot yang terkuat dalam badan kita.
  2.  Jantung akan berhenti selama 1mili-saat ketika kita bersin.
  3.  Patah tulang rusuk, pembuluh darah di kepala dan leher terputus, dan kematian boleh terjadi jika andabersin dengan terlalu kuat.
  4.  Darah dapat dipam sejauh 30 kaki oleh jantung manusia.
  5. Headphone yang dipakai selama satu jam dapat menstimulasikan perkembangan bakteria dalam telinga sebanyak 700 kali ganda.
  6.  Selain jari, lidah juga mempunyai ruas yang berlainan.
  7. Seseorang wanita yang ingin memperbesarkan ukuran bahagian dada haruslah menyanyi dengan suara lantang- Hippocrates.
  8. Wanita kurang tersedu berbanding lelaki.
  9. Jika rokok direndam dalam air dan dibiarkan selama beberapa minit, ia akan membunuh seseorang itu dengan serta merta jika air rendaman rokok itu diletakkan dalam pembuluh darah seseorang.
  10.  Bulu hidung akan memanjang sehingga 2 meter jika dibiarkan sehingga anda tua.
  11.  Wanita berkelip 2 kali ganda lebih daripada lelaki.
  12. 25000 gelen air liur dikeluarkan oleh tubuh manusia sepanjang hayatnya.
  13. Orang kidal akan menggunakan tangan kanannya untuk menggaru dan orang yang menggunakan tangan kanan pula adalah sebaliknya.
  14. Kebanyakan orang akan ketawa sebanyak 13kali sehari.
  15. Cuba anda ukur panjang kaki anda pada pagi dan pada sebelah petang. Kaki anda akan panjang sehingga 5-10% pada sebelah petang.
  16. Sisa dari sel kulit mati anda membentuk 90% debu dalam rumah anda.
  17. Tulang rusuk lelaki bagi manusia kurang 1 daripada wanita diketahui pada tahun 1543 semasa pembedahan autopsi yang pertama kali dilakukan.
  18. Jumlah air mani lelaki tidak lebih daripada 2 sudu teh ketika ejakulasi berlaku.
  19.  Seseorang lelaki berejakulasi sebanyak 7200 kali sepanjang hayat secara puratanya.
  20. Seseorang lelaki  melancap/masturbasi sebanyak 2000 kali secara puratanya sepanjang hayat mereka.
  21. 14 gelen air mani lelaki akan terhasil jika air mani tersebut dikumpulkan sepanjang hayatnya.
  22. Kelajuan pancutan air mani ketika ejakulasi adalah 55 km/jam.
  23. Jumlah kalori bagi satu sudu air mani adalah 7 kalori.
  24. Waktu menghairahkan bagi seseorang lelaki untuk bersetubuh adalah pagi hari.
  25. Untuk menguatkan kemampuan alat seksual anda adalah berhenti merokok, bersenam dan jaga pemakanan.
  26. Makanan untuk menguatkan kemampuan alat seksual anda adalah kerang, daging tanpa lemak, roti gandum dan seafood.
  27. 60% daripada jumlah lelaki di dunia ini pernah melancap/masturbasi.
  28. Secara umumnya bau air mani bergantung pada apa yang dimakan. Jika terlalu banyak makan makanan berlemak baunya adalah hanyir dan jika pemakanan anda seimbang baunya sedikit hamis. Dan jika makan asparagus bau air mani akan menjadi sangat kuat.
  29. Rekod dunia zakar terpanjang adalah sepanjang 13.5 inchi lebih kurang 34.29 cm.
  30. Wanita hanya memerlukan zakar sepanjang 6 cm sahaja untuk memuaskan mereka. So, jangan la rasa rendah diri jika ‘benda’ anda pendek yer.
  31. Ketika ini berjuta tindak balas dan reaksi kimia yang berbeza dalam otak anda.
  32. Masa yang diperlukan oleh manusia untuk melelapkan mata ketika mula tidur adalah 7 minit secara purata.
  33. Mulut paling kotor (bakteria) adalah mulut kucing dan tempat kedua adalah mulut manusia.
  34. Setiap manusia pasti tidak akan dapat menjilat sikunya sendiri kecuali yang mempunyai kelebihan istimewa.
Sejauh mana kebenaran fakta ini kami juga tidak dapat dipastikan kerana hanya berdasarkan emel-emel dari yahoo group yang kami dapat.

Petua Menjaga Kesihatan Mata

Petua Menjaga Kesihatan Mata

 Mata merupakan organ yang telah terbentuk untuk mengesan cahaya. Mata yang paling ringkas hanya berfungsi mengesan sama ada keadaan sekeliling terang atau gelap. Mata yang lebih rumit berfungsi untuk memberikan deria penglihatan.
1. Setiap kali mandi atau berwudhu, pastikan jangan pejamkan mata semasa air melalui mata anda, sebaliknya kelip-kelipkan mata anda beberapa kali, biar air mandian itu mencuci mata anda. Memang mata kita akan terasa pedih sikit. Walaupun tiada kajian saintifik mengenai petua ini, tetapi setelah mengamalkannya beberapa lama, setakat ini mata tidak mudah rabun (melainkan berpenyakit),  biarpun berjam-jam di depan komputer.
2. Untuk menyegarkan mata yang letih atau rasa gatal-gatal akibat sakit mata, ambil beberapa helai daun sirih muda, basuh bersih-bersih. Ramas-ramaskan sampai lumat dan didihkan seketika. Tapis airnya dengan kain bersih ke dlm mangkuk dan biar hingga suam-suam kuku. Lepas itu rendamkan atau jiruskan terus pun boleh pada mata anda sambil kelip-kelipkan mata berulang kali.
3. Amalkan senaman untuk mata anda.
Caranya:
a. Pergi ke luar rumah, lihat satu objek berdekatan anda, kemudian beransur-ansur lihat pula objek yang lebih jauh, dan jauh, jauh lagi, sejauh-jauhnya. Selepas itu balik semula beransur-ansur lihat objek yang berdekatan anda. Ulang proses ini beberapa kali.
b. Gerakkan mata anda ke kanan semaksimum mungkin,berhenti sekejap, kemudian ke kiri, berhenti sekejap, seterusnya ke atas, bawah dan tengah (sampai mata naik juling), beransur-ansur lajukan proses ini.
c. Setelah 1-2 jam di depan komputer, berhenti sekejap, lihatlah objek-objek berwarna hijau di luar rumah anda, seperti pokok-pokok dan sebagainya. Sesungguhnya warna hijau itu menenangkan dan merehatkan mata anda.
4. Amalkan makan makanan yang kaya dengan vitamin A & C – susu, sayur (terutama carrot dan broccoli) dan buah-buahan (terutama aprikot dan anggur) dan sebagainya.
Selamat mencuba dan terus berusaha! :)


Sumber: Petua Menjaga Kesihatan Mata - Fuh.My 

Kereta Paling Pelik Dan Unik Di Dunia

Kereta kadang-kadang dicipta tidak hanya sebagai alat pengangkutan biasa melainkan juga sebagai kenderaan yang tidak biasa baik fungsinya mahupun teknologinya. Kereta aneh ini selain berkonsep ekonomik dan mesra alam, juga digunakan untuk kegunaan-kegunaan yang ekstrem seperti untuk keadaan-keadaan offroad ataupun hanya sekadar untuk mencari populariti untuk dimasukkan dalam rekod dunia.

Kereta Terleper Di Dunia Berkuasa Jet
Kereta paling leper ini akan dimasukkan Guinness Book sebagai kendaraan paling nipis ataupun leper sedunia. Seberapa leper ?kereta ini tingginya cuma 19 inci. Penciptanya Perry Watkins memasang mesin turbin jet di enjin keretanya. Tidak dapat dipastikan samada kereta ini sah dipakai dijalanraya ataupun tidak.
Colim: Trailer yang Copotable
Kenderaan ini direka oleh Christian Susana yang merupakan hasil gabungan sebuah kereta dan trailer untuk camping. Bahagian depannya boleh ditanggal-tanggal jika tidak digunakan untuk camping, dan boleh juga menjadi sebuah kereta dengan dua tempat penumpang. Mungkin penampilannya pelik, tapi fleksibilitinya sangat menggagumkan.

Limosin Terpanjang Di Dunia
Limosin ini panjangnya 30 meter. Punya 26 tayar, ruangan yang luas untuk penumpang, pemanas jacuzzi, dek mandi matahari, beberapa tempat tidur dan sebuah ...kawasan mendarat helikopter !!!

Dream Car 123: Kereta Elektrik Piramid
Dream Car 123 adalah sebuah kenderaan seberat 8000 pound yang bentuknya seperti piramid, dibina seperti layaknya tank dan jika malam hari bermandikan cahaya dari lampu-lampu neon warnanya. Yang paling menarik adalah kenderaan ini digerakkan dengan menggunakan tenaga elektrik. Hanya perlu cas selama 3,5 jam sebelum digunakan dan mampu bergerak sejauh 240 mil pada kepantasan hingga 40 mph (batu per hour). Penciptanya, Greg Zanis, juga mencipta sebuah menara bertenaga solar dan tenaga angin untuk mencas kereta pelik ini.

Peel 50: KeretaTerkecil di Dunia
Kereta beroda tiga ini memecahkan rekod sebagai kereta terkecil di dunia yang akan dihasilkan dan boleh mencelah-celah di tengah2 kesesakan di jalan-jalan di England.

LEGO F1: Kereta Lumba Ferrari
Terdiri dari 80.000 lego yang menyusunnya, inilah kereta lego terbesar dan paling menyamai ukuran aslinya. Kereta lego ini dihasilkan dengan skala 1:1 berdasarkan kereta ferrari F2008 yang sepertinya boleh dipandu. Dihasilkan di Amsterdam, Belanda pada acara tahunan "Lego World".

Evolution: Kereta Paling Ekonomi
Berbeza dari kereta ekonomi pada umumnya, konsepnya bukan seperti kereta hybird, tapi pada beratnya yang cuma 450 kg. Kepantasannya mencapai 160 km/jam dengan mesin turbo diesel 2 silinder. Pintunya unik kerana tidak berada di bahagian sisi-sisinya melainkan menggunakan sebuah pintu sayap di depan.

Truck Mattrack: Kereta Ski
Sebenarnya truck ini truck biasa yang roda-rodanya diganti dengan tali pengikat mattrack. Syarikat pembuatnya - Mattrack - tampaknya mampu membuat kenderaan sejenis ini dari semua kendaraan 4x4 - dari ATV hingga truck seberat 20 tan. Tali pengikat yang pendek membuat Truck Mattrack berjalan hampir dimana saja kecuali pada salji yag terlalu tebal atau dalam. Pada salji yang dalam, tali pengikat yang lebih panjang diperlukan. Tali pengikat yang pendek tersebut juga boleh digunakan ketika melintasi glasier (sungai salji) yang pendek, sedangkan untuk glasier yang lebar digunakan tali pengikat yang panjang.

Peugeot Capsule: Mobil Kecil untuk Melarikan Diri
Pereka Alp Germaner memimpikan kenderaan untuk melarikan diri, tapi bukan untuk dipakai melarikan diri ke luar angkasa seperti konsep di filem-filem fiksi, melainkan akan membawa anda ke kawasan off-road. Peugot Capsule yang diinspirasi dari motor KLR 650 ini bergerak dengan tenaga elektrik. Lengkap dengan GPS, LCD screen yang sekaligus berfungsi sebagai kaca cermin belakang, penyambungan internet, dan ruang bagasi yang cukup untuk anda.

Eclectic: Kenderaan energy-autonomous Pertama di Dunia ?
Kereta ini dilengkapi dengan panel suria dan kincir angin sebagai sumber tenaganya dan juga sebuah plug untuk mengecas kembali tenaga elektriknya kerana panel suria dan kincir anginnya hanya mampu membawa kereta ini sejauh 14 batu dan tenaga dari elektrik tersebut akan memanjangkan masa perjalanannya. Harganya sekitar US $31.500 dollar.

Thrust SSC: Bergerak Hingga 750 batu per Jam
Thrust SSC (Super Sonic Car) digerakkan oleh dua mesin turbojet Roll Royce 205. Tenaga yang disemburkan setara dengan 145 mobil Formula Satu (F1). Beratnya 10 tan dan pernah mencatat kepantasan maksimum 766 batu per hour di gurun Black Rock, Nevada, USA pada Oktober 1997.

Bigfoot 5 : Truk Monster Terbesar di Dunia
Bigfoot 5 merupakan truck monster terbesar dan terberat di dunia. Badannya dari pickup Ford F250 tahun 1996 dengan mesin 460 cu inch V8 sabagai sumber tenaganya. Bigfoot memiliki berat 28.000 pound dan tingginya mencapai 15 kaki 6 inci. Tayar-tayar raksasanya berasal dari kenderaan jelajah tentara Amerika di Alaska di tahun 50-an.

Ikan Paling Mahal Di Malaysia

Malaysia adalah negara yang sangat terkenal dengan pelbagai jenis makanan yang sedap. Makanan di Malaysia boleh dilabel dari kategori paling mahal hingga paling murah. Jadi di sini disenarai tiga ikan paling mahal di Malaysia.

Ikan Empurau

Ikan Empurau
Ikan Empurau berharga RM550 sekilogram. Ikan air tawat ini hanya boleh ditemui di Sarawak sahaja. Ikan ini berhaga mahal kerana ianya terkenal dengan rasa daging yang manis, daging ikan yang lembut dan kulit yang licin.

Kenapa ikan ini begitu mahal, kerana ikan ini hanya memakan 'Engkabang Fruit' sahaja. Ikan ini juga pernah dijual di pasar ikan Kuching dengan harga RM2,000 sekilogram.

Ikan Jelawat

Ikan Jelawat

Ikan Jelawat mempunyai sifat yang sama seperti Ikan Empurau iaitu ikan ini mempunyai rasa daging yang manis serta isi ikan yang lembut. Ikan ini hanya memakan buah-buahan yang terdapat di muara sungai. Ikan ini berharga RM320 sekilogram, jadi hanya yang benar-benar mampu sahaja mampu memesan hidangan ikan ini.

Ikan Semah

Ikan Semah
Ikan Semah berasal dari spesis ikan Tor Labeobarbus. Ikan sungai ini hanya boleh didapati di dalam hutan dara Borneo.

Ikan ini hanya memakan buah-buahan di muara-muara sungai. Bagi yang ingin memakan ikan ini, mereka perlu menyediakan wang sebanyak RM300 bagi setiap sekilogram berat ikan ini.

Sungguhpun harga ikan ini mahal tetapi amat berbaloi kerana rasa ikan ini amat manis dan terlalu lazat.


Ikan Patin Muncung

ikan patin muncung Sungai Pahang

Harga ikan Patin Muncung Sungai Pahang mendominasi senarai harga ikan air tawar di negeri tersebut apabila mencecah RM280 hingga RM300 sekilogram.

Permintaan bagi ikan Patin Muncung biasanya untuk ikan yang mempunyai berat sekitar satu hingga tiga kilogram. Bagi yang bersaiz lebih besar, harganya murah sedikit tetapi masih melebihi RM200 setiap kilogram.

Ikan Ketutu

Harga Ikan Ketutu

Setiap kali mendengar nama Ikan Ketutu, pasti di kalangan kita cuba membayangkan bentuk fizikal dan keunikan yang terdapat pada ikan tersebut. Ikan Ketutu juga dikenali dengan nama saintifiknya Marbled Goby. Di kalangan masyarakat kampung, ikan ketutu lebih sinonim dengan panggilan haruan bodoh, ikan hantu dan belantuk atas sebab fizikalnya lain daripada ikan yang biasa dilihat.

Harga pasaran semasa ikan ketutu yang masih hidup ialah RM100 sekilogram. Harga ikan ketutu yang siap dimasak di restoran-restoran pula adalah RM150 sekilogram di Kota Kinabalu, Sabah.

Desa Tersembunyi Yang Cukup Indah Yang Buatkan Anda Terpesona

Furore adalah sebuah perkampungan kecil yang terletak di Pantai Amalfi, di wilayah Salerno di rantau Campania di barat Itali. Pada zaman dahulu, terdapat sebuah perkampungan kecil di sini bertaburan di gunung yang menghadap ke laut, di sepanjang jalan yang indah. Tiada sebarang medan pusat dan tidak kelompok ketat rumah. Laluan dan tangga yang membawa kepada kampung juga tidak boleh dilihat dari pantai, jadi

Suatu masa lalu Furore adalah tempat yang tersembunyi kepada pengembara yang melalui kawasan ini. Furore yang bermaksud "kampung yang tidak wujud." Kini Datuk Bandar memutuskan sudah tiba masanya untuk meletakkan desa kecil ini di atas peta. Beliau memerintahkan setiap rumah dicat  terang supaya mereka tidak boleh melarikan diri dari pelancong. Tradisi ini dikekalkan sehingga tarikh ini, dengan menjemput artis dari seluruh dunia setiap bulan September untuk melukis dan menghias bangunan tempatan dengan mural.







Jangan Terkejut Lihat Siapa Sebenarnya Lelaki Kacak Ini


Balian Buschbaum dilahirkan pada 1980 sebagai Yvonne Buschbaum, dan dia adalah bekas atlet sukan lompat galah, Jerman. Beliau adalah yang kedua terbaik lompat galah perempuan di Jerman, pada 2007 Buschbaum mengumumkan persaraannya kerana kecederaan yang berterusan. Beliau juga menyatakan keinginannya untuk memulakan terapi jantina . Pada tahun 2008 beliau secara rasmi menukar namanya dan menjalani pembedahan tukar jantina untuk menjadi seorang lelaki.



Punca ibu ‘dihalau’ dari majlis konvokesyen anak



Seorang wanita Sarawak, Marjorie Abdullah tidak dibenarkan menghadiri majlis graduasi anak perempuannya di Universiti Teknologi Mara (UiTM) di Shah Alam kerana memakai seluar, lapor sebuah portal berita.

“Saya tidak sepatutnya memakai seluar, tetapi kerana saya berada di Sarawak dan tidak melihat kad jemputan yang mencatatkan kod berpakaian kerana ia ada pada anak saya. Jadi mereka tidak benarkan saya masuk dan tidak terima alasan saya,” katanya.
Menerusi paparan itu, wanita yang bergambar bersama anaknya, Nadia dan tunangnya, Marjorie menulis:”Anak saya dan tunangnya juga enggan menghadiri majlis graduasi mereka kerana marah saya dilayan sedemikian.”

Malahan, wanita itu juga memberitahu lagi bahawa mereka bertiga kemudiannya menikmati hidangan sushi yang enak untuk makan tengahari selepas tidak dibenarkan masuk untuk majlis itu.

 ”Terima kasih kepada semua yang prihatin, kami keluar dan menikmati sushi yang enak, manakala rakan-rakan anak saya mengirim khidmat pesanan ringkas menerusi telefon menyatakan mereka bosan menunggu giliran nama dipanggil dan perlu bertepuk dengan sopan,” katanya.

Wanita itu juga menambah, mungkin kerana jari kakinya yang tidak ditutup menjadi antara sebab dia tidak dibenarkan untuk menghadiri konvokesyen anaknya

Kolagen pembunuh senyap




Makanan tambahan kolagen semakin mendapat tempat di hati masyarakat memandangkan khasiatnya dikatakan mampu mengembalikan keanjalan dan mencerahkan kulit.



Namun, tahukah bahawa kolagen boleh menjadi pembunuh dalam senyap?

Di pasaran, terdapat pelbagai produk dengan kandungan kolagen yang dijual sehingga 20,000Mg.

Pengambilan kolagen dalam kuantiti banyak boleh memberikan kesan kepada fungsi hati dan buah pinggang yang akan menyebabkan kegagalan kepada fungsi kedua-dua organ penting ini.

Pastikan, jangan tersalah langkah, lihat dahulu kondisi kandungan dan lebih penting dapat nasihat daripada pakar.

PPIM terima aduan pengguna

PERSATUAN Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menerima aduan mengenai produk makanan tambahan seperti kolagen yang dibeli tidak memberikan hasil seperti dijanjikan.

Ketua aktivisnya, Datuk Nadzim Johan berkata, keadaan itu seolah-olah menipu pengguna untuk membeli produk tersebut.  

“Pada kebiasaannya harga untuk produk kolagen itu mencecah ratusan ringgit dengan menjanjikan bahawa ia akan memberikan hasil menakjubkan.

“Tetapi ada yang datang kepada kami menyatakan mereka ditipu setelah membelanjakan ratusan ringgit, tetapi hasil yang diperoleh tidak memuaskan,” katanya.

Menurutnya, tidak semua pengeluar produk makanan tambahan menipu pengguna sebaliknya ada segelintir  cuba mengaut keuntungan dengan cara mudah.

“Mereka (pengeluar produk) perlu wujudkan satu persatuan dalam kalangan mereka supaya wujud etika dalam setiap pengeluaran produk dan tidak mengambil kesempatan menjual dengan harga tinggi.

“Terdapat juga pengeluar produk berasaskan krim kolagen meletakkan bahan yang merbahaya. Memang akan nampak kesan positif tetapi untuk jangka masa panjang ia akan menyebabkan masalah kulit,” katanya.

Katanya, pengguna perlu peka dengan kandungan dalam makanan tambahan diambil dan tidak terlalu mempercayai promosi yang dibuat syarikat pengeluaran produk makanan tambahan.

“Kadang-kadang yang datang untuk jual produk itu adalah rakan-rakan sendiri ataupun daripada kalangan keluarga sendiri yang menjual produk.

“Pengguna perlu tahu sesuatu produk sesuai atau tidak sebelum membelinya walaupun yang menjual adalah kenalan kita sendiri,” katanya.

Rosakkan organ dalaman

MAKANAN tambahan seperti kolagen jika diambil secara berlebihan bakal mengundang risiko terhadap sistem dalam badan.

Pakar Toksikologi, Keselamatan dan Terapi Makanan Jabatan Sains Nutrisi, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Dr Norazlanshah Hazali berkata, kesan pengambilan kolagen tanpa had tidak akan dilihat serta-merta sebaliknya, pada jangka masa panjang jika digunakan secara berterusan.

“Apabila produk dengan kandungan kolagen masuk dalam badan, ia akan diproses di hati dan dipecahkan kepada molekul kecil.

“Jika diambil berlebihan, ia memberikan beban kepada hati yang perlu bekerja keras memproses bahan tersebut,” katanya.

Katanya, selepas selesai proses di hati, kolagen akan diangkut dalam darah untuk dihantar ke seluruh badan.

“Kolagen akan diuraikan kepada asid amino dan diangkut melalui darah ke kawasan diperlukan seperti otot dan kulit.

“Lebihan kolagen pula tidak boleh disimpan di dalam badan sebaliknya perlu dikumuhkan keluar melalui air kencing dan najis,” katanya.     

Katanya, pengguna berisiko mengalami kerosakan sel hati.

“Suplemen ini tidak mengandungi kolagen semata-mata, tetapi berkemungkinan ada pengawet digunakan bagi memastikan produk itu stabil,” katanya.

Dr Norazlanshah berkata, proses ini berlaku di buah pinggang dan jika dikumuhkan secara berlebihan, sel buah pinggang akan rosak dalam jangka masa panjang.

Beliau menasihati pengguna supaya mendapatkan konsultasi daripada pakar perubatan sebelum mengambil kuantiti kolagen yang sesuai.

“Daripada segi kuantiti kolagen, biasanya wanita memerlukan lebih berbanding lelaki kerana ia mudah dicerna dalam tubuh,” katanya.

Katanya, pembaziran berlaku jika badan tidak memerlukan banyak kolagen tetapi ia diambil tanpa mendapatkan sebarang nasihat pakar.

“Sekiranya ingin mencuba kolagen, pengguna perlu menyedari industri suplemen ini tidak dipantau. Kandungan kolagen dan keberkesanan sesuatu produk sukar diketahui.

“Dari sudut perubatan, pengambilan kolagen sebenarnya adalah suntikan yang bukan melalui salur darah tetapi dimasukkan di bawah lapisan kulit (filler),” katanya.

Rumpai laut tidak mengandungi kolagen

RUMPAI laut yang dibungkus di pasaran dengan label menarik seperti ‘marin kolagen’, 'ibu kolagen' atau ‘kolagen mentah’ sebenarnya tidak mengandungi kolagen.

Herbalis, Bahrain Samah berkata, setakat ini tiada sebarang kajian sains dilaporkan dalam jurnal terkemuka menunjukkan rumpai laut dari mana asalnya didapati mengandungi kolagen.

“Kolagen hanya terdapat dalam tubuh haiwan sama ada bertulang belakang atau tiada tulang belakang.

"Ia tidak wujud dalam tumbuh-tumbuhan. Kajian-kajian terhadap komposisi rumpai laut hanya menemui protein. Kolagen adalah sejenis protein,” katanya.

Menurutnya, protein memiliki sifat-sifat kimia dan fizikal, menepati sifat kolagen barulah boleh dipanggil sebagai kolagen.

“Kenyataan rumpai laut mengandungi kolagen semata-mata kerana terdapat protein di dalamnya adalah tidak tepat," katanya.

Katanya, istilah kolagen menarik perhatian orang ramai kerana mereka mengetahui bahawa kolagen merupakan sejenis protein penting kepada tubuh.

"Lebih kurang 30 peratus daripada keseluruhan protein dalam tubuh manusia adalah kolagen," katanya.

Tambahnya, ramai wanita mengamalkan pengambilan gel rumpai laut kerana percaya ia mengandungi kolagen.

“Pengambilan pada dos sesuai dan konsisten boleh menghasilkan kesan positif terutama pada kesihatan kulit.

"Jika tidak terdapat kolagen adakah kandungan protein dalam rumpai laut membantu mencantikkan kulit dan membantu proses awet muda? Jawapannya ialah paras protein rendah dalam pengambilan harian gel rumpai laut dipercayai tidak memenuhi keperluan asas tubuh untuk membina dan memulihara pelbagai jenis protein,” katanya.

Bergantung pada badan

KEBERKESANAN produk kolagen bergantung kepada keupayaan badan untuk menyerapnya.

Pakar Kulit Poliklinik Dr Suraya, Dr Suraya Sudin berkata, kandungan kolagen tinggi dalam produk di pasaran tidak menjamin keberkesanan produk itu.  

“Pada usia 40 tahun, kolagen semakin berkurangan dan perlu ada pengganti. Kerana itu ramai yang mengambil produk tambahan,” katanya.

Produk kolagen terdapat di pasaran berfungsi mencantikkan kulit.

"Vitamin C perlu dititikberatkan dalam menghasilkan kembali kolagen kepada badan. Ada produk mengandungi 20,000Mg kolagen untuk setiap penggunaan.

"Jumlah tinggi tidak menjamin hasil yang bakal diperoleh. Pengguna perlu cuba dan melihat hasilnya sendiri," katanya.

Beliau berkata, tiada kesan juga mungkin disebabkan ia adalah kolagen tiruan atau tidak sesuai dengan tubuh badan seseorang.

"Kolagen disuntik lebih diyakini berkesan kerana ia diserap kulit. Pastikan ia asli supaya tidak memudaratkan kesihatan," katanya.

Jelasnya, pengambilan kafein bersama kolagen juga antara penyebab ia tidak berkesan pada tubuh.

“Bukan tidak boleh minum kafein, cuma itu antara faktor menyebabkan kolagen cepat hilang. Jika ambil gula yang banyak boleh kurangkan kolagen.

“Asap rokok dan cahaya matahari terik juga menyebabkan kolagen pecah dan terurai,” katanya.

Saran penggunaan pada kuantiti betul

Pen gguna seharusnya tidak mengambil makanan tambahan seperti kolagen dalam kuantiti banyak. Peniaga makanan tambahan kolagen, Wan Hidayah Omar, 32 berkata, pengguna seharusnya mengikut sukatan yang di tulis pada pembalut produk.

“Saya sentiasa menasihati pelanggan supaya mengamalkan makanan tambahan mengikut kuantiti ditetapkan.

“Jangan kerana hendak cepat cantik, soal kesihatan diabaikan. Sesuatu produk perlu mengambil masa tertentu supaya ia boleh memberikan kesan kepada badan,” katanya.

Menurutnya, walaupun pengguna makan kolagen dalam kuantiti banyak, ia tetap diserap pada kuantiti tertentu yang diperlukan tubuh.

“Perkara paling penting adalah minum air pada kuantiti banyak selepas makan kolagen itu,” katanya. Dia juga menasihati pelanggannya supaya menghentikan pengambilan sekiranya terdapat gejala atau tanda luar biasa pada kulit.

Sementara itu, peniaga lain, Nur Amira Suhaimi, 29 berkata, pengambilan produk tiruan kolagen dikhuatiri menjadi punca masalah kesihatan.

Dia berkata, setakat ini masih belum menerima aduan daripada pelanggannya yang mengatakan mengalami masalah kesihatan selepas mengamalkan produk yang dijual.

“Sekarang ini berlaku lambakan produk makanan tambahan di pasaran dan kita tidak tahu mana asli atau palsu. Produk tiruan dijual dalam pembungkusan yang lebih kurang sama dengan yang asli.

“Kebanyakan produk tiruan ini bakal menyumbang kerosakan organ dalaman kerana di campur dengan bahan pengawet tidak dibenarkan,” katanya.

Katanya, pengguna perlu memperhalusi label pada pembungkus produk dan membeli daripada penjual yang diyakini.  - Sinar 

Jadual Bertugas Deejay

Jadual Bertugas Deejay