Mantap 40 Juta

Selamat Datang Ke Website AURAFM.

AURAFM - GEGARAN DUNIA MUZIK INTERAKTIF

Selamat Datang Ke Website AURAFM.

AURAFM - GEGARAN DUNIA MUZIK INTERAKTIF

Selamat Datang Ke Website AURAFM.

ONAIR

Selamat Datang Ke Website AURAFM.

Sound Sistem

Selamat Datang Ke Website AURAFM.

7 tips elak biskut raya jadi lemau


Di musim perayaan Aidilfitri, pelbagai jenis biskut raya yang korang dapat rasa. Tapi sering kali kita perhadapan dengan masalah biskut yang dibuka senang menjadi lemau.

7 Juadah Yang Paling Popular Di Hari Raya

Menjelang Hari Raya yang bakal tiba,terdapat pelbagai juadah yang popular di Hari Raya ini.Antara 7 Juadah Yang Paling Popular Di Hari Raya seperti di bawah :-

1. Lemang dan ketupat palas

1 potong : 82 kalori

1 biji : 124 kalori

2. Rendang ayam dan daging

1 potong : 148 kalori

2 biji sederhana : 64 kalori


3. Nasi impit kuah kacang


Nasi impit (6 ketul) + kuah kacang : 400 kalori



4. Lontong

1 mangkuk : 350 kalori


5. Soto

1 mangkuk : 403 kalori


6. Kuih raya

Nilai kalori sekitar 35 kalori satu biji.






7. Air sirap

1 gelas : 50 kalori

Hebat! Wanita Tanpa Tangan Jadi Juruterbang




HENDAK seribu daya, tak hendak seribu dalih.
Itulah peribahasa yang sangat sinonim dengan kecekalan serta ketabahan seorang wanita ini untuk mencapai segala keinginan walaupun tidak mempunyai tangan seperti manusiaNORMAL.


Jessica Cox, 32, dari Arizona dilahirkan tanpa kedua-dua belah tangannya namun itu tidak digunakan sebagai alasan untuknya menjadi seorang juruterbang.
arms4
Kebolehannya ternyata mengatasi kemampuan sesetengah individu sempurna, pada tahun 2008 dia berjaya memiliki lesen yang sah untuk mengendalikan pesawat.
Melalui laman webnya, selepas menimba pengalaman di tiga buah negara, empat kapal terbang, dua orang jurulatih pesawat dan mencari pesawat yang sesuai, dia akhirnya berjaya menerimaGuinness World Record kerana menjadi individu pertama yang boleh membawa pesawat menggunakan kaki.
arms2
arms3
Jessica bukan sahaja mampu terbang tinggi di udara, dia juga mampu melakukan pelbagai lagi aktiviti hanya dengan menggunakan kakinya.
Jelas wanita ini layak dijadikan inspirasi serta idola kepada semua orang dan kejayaannya juga boleh menangkis segala persepsi orang ramai yang suka memandang rendah pada golongan seperti ini. – Agensi/MYNEWSHUB.CC

10 Garis Panduan Sambutan Hari Raya Berdasarkan Quran Sunnah

hari raya
Hari raya | Eidil Fitri by djati
Seperti banyak masyarakat lain di dunia, masyarakat Melayu tidak terlepas daripada pertembungan antara adat dan agama dalam banyak aspek kehidupan mereka.
Pertembungan ini lebih ketara dalam urusan-urusan perayaan dan keraian.
Bagi seorang Muslim, sambutan hari raya adalah syariat secara prinsipnya. Maka, bagi setiap satu syariat itu, Allah SWT telah tentukan garis panduan pelaksanaannya.
Mari kita perhatikan 10 garis panduan sambutan Hari Lebaran berdasarkan Quran dan Sunnah. Moga-moga sambutan hari lebaran kita mengundang keredhaan Allah SWT.

Raya Sehari atau Sebulan?

1)Hari Raya Aidil Fitri adalah perayaan yang berlangsung selama satu hari sahaja, bukan sebulan.

Hari Raya Hari Bergembira

2) Ia adalah hari pada mana Allah perintahkan kita untuk bergembira. Maka, ciptalah kegembiraan untuk diri kita dan orang-orang di sekeliling kita; tinggalkanlah perkara-perkara yang boleh mengundang duka.
Sebagaimana yang diceritakan dalam satu hadith yang diriwayatkan oleh Saidatina A’isyah r.a., Rasulullah SAWbersabda, “Wahai Abu Bakr, setiap kaum mempunyai hari perayaan (hari untuk bergembira), dan hari ini (Eidul Fitri) adalah hari perayaan untuk kita. (Hadith riwayat Muslim)

Malam Raya

3) Banyakkan bertakbir. Tempoh bertakbir bermula daripada lepas solat fardhu Maghrib pada malam raya sehingga bermulanya solat sunat hari raya.
”…dan Allah menghendaki) agar kamu sempurnakan tempoh puasa (selama sebulan) dan membesarkan-Nya (dengan bertakbir) atas segala yang telah dihidayahkan kepada kamu…” (Surah al-Baqarah; 185)

Sebelum solat sunat hari raya

4) Jangan lupa tunaikan zakat fitrah sebelum solat sunat Eidul Fitri.
Saidina Abdullah ibnu Umar RA meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah memfardhukan zakat fitrah sebanyak satu sha’ tamar atau satu sha’ gandumke atas hamba sahaya / orang merdeka, lelaki / perempuan, muda / tua dari kalangan kaum Muslimin; dan Baginda menyuruh agar dikeluarkan (zakat)sebelum ke tempat solat sunat hari raya. (Hadith Muttafaqun ‘alaih)
5) Mandi dan makan walaupun sedikit sebelum keluar untuk solat sunat hari raya.
Pakailah pakaian yang baik-baikdan peliharalah aurat. Makanlah makanan yang baik-baik (lazat & berkhasiat). Tetapi bersederhanalah, jangan berlebih-lebihan.
Saidina Abdullah ibnu Umar RA tidak pernah keluar untuk solat sunat Aidil Fitri berjamaah sebelum beliau mandi. (Al-Muwatta’)
Saidina Anas ibnu Malik RA meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW akan makan beberapa biji tamar (dalam bilangan yang ganjil) sebelum baginda keluar ke masjid untuk solat sunat hari raya. (Hadith riwayat Bukhari)
Saidinia Jabir RA meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW mempunyai jubah khas yang akan baginda pakai pada hari raya dan hari Jumaat. (Sahih Ibn Khuzaimah)
Dan makan dan minumlah, tetapi janganlah kamu berlebih-lebihan. Allah sangat tidak sukaorang-orang yang berlebih-lebihan.”(Surah al-‘Araaf; 31)

Pada hari raya

6) Mengucapkan selamat dan berdo’a untuk satu sama lain.
Wathilah mengucapkan “taqabalAllahu minna wa minka” apabila bertemu dengan Rasulullah SAW pada hari raya. Rasulullah SAW membalas dengan do’a / ucapan yang sama pada beliau. (Hadith riwayat al-Baihaqi)
7) Datang awal ke masjid untuk solat sunat hari raya dan dengar khutbah dengan penuh perhatian dan keinsafan.
8) Jagalah waktu solat-solat fardhu, terutamanya solat Subuh. Sebaiknya berjemaahlah di masjid bagi kaum lelaki.
Sesungguhnya solat itu telah diwajibkan bagi orang-orang yang beriman pada yang waktu-waktu yang ditentukan.(Surah an-Nisa'; 103)

Selepas hari raya

9) Segera mulakan puasa sunat 6 hari dalam bulan Syawal.
Abu Ayub r.a. meriwayatkan daripada Rasulullah SAW., “Sesiapa yang berpuasa di bulan Ramadhan, kemudian mengiringinya dengan puasa sunat 6 hari di bulan Syawal, pahalanya seperti berpuasa setahun.” (Hadith riwayat Muslim)
10) Teruskan amalan soleh yang telah kita usahakan sepanjang Ramadan, seperti membaca al-Quran, bersikap murah hati, dan perbanyakan solat sunat.
Perkara ini akan lebih istiqamah sekiranya dilakukan bersama-sama ahli keluarga atau rakan-rakan kerana kita boleh saling ingat-mengingati.
ScreenHunter_111 Jul. 21 14.30
Tidak salah untuk kita hiasi sambutan hari raya dengan adat yang tidak bertentangan dengan prinsip syariat, seperti ziarah-menziarahi, memberi duit raya dan sebagainya.
Tetapi, apabila berlaku perselisihan antara adat dan syariat, sebagai seorang hamba Allah kita hendaklah sentiasa mendahulukan kehendak syariat.
Semoga Allah menerima seluruh amalan kita pada Ramadhan kali ini dan sudi menerima kita sebagai tetamu-Nya dalam bulan Ramadhan pada tahun-tahun yang mendatang.
Selamat hari raya Aidil Fitri!
****
Artikel ini adalah perkongsian ilmu daripada Dr Harith Fakhrudin(http://medicislam101@blogspot.com/). Semoga ilmu yang beliau coretkan memberi manfaat kepada semua pembaca. InsyaaAllah =)

Top 10: Kuih dan Biskut Raya Paling Digemari Orang Ramai

2014-07-24


Dengan kehadiran Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang tidak lama lagi, suasana dan kemeriahannya sudah pun terasa di negara kita. Pelbagai persiapan telah dilakukan oleh kaum muslimin dan muslimat termasuk lah baju raya,perhiasan rumah dan pelbagai lagi. Antara unsur yang paling penting bila tibanya hari raya ialah kuih raya. Di Malaysia, amalan kunjung-mengunjungi sempena Hari Raya Aidilfitri telah menjadi sebati dengan kaum Melayu malah merupakan amalan yang dituntut di dalam ajaran Islam itu sendiri. Bertukar salaman, memohon maaf membantu untuk mengeratkan hubungan silaturahim yang sekian lama terpisah. Semasa mengunjungi rumah sanak-saudara atau jiran tetangga, kebiasaanya tetamu akan dihidangkan dengan pelbagai jenis kuih dan biskut raya. Maka penulis ingin berkongsi dengan pembaca antara kuih-kuih dan biskut-biskut raya yang menjadi popular apabila tibanya musim perayaan ini.

10 Biskut Raya Moden Mesti Di Cuba!














Menjelang hari raya, umat Islam akan mula sibuk membeli dan membuat biskut raya. Biskut-biskut yang biasanya kita dengar adalah seperti Tat Nenas, Kuih Suji, Semperit, Kuih Makmur dan banyak lagi. 

Kini, bermacam-macam jenis biskut raya moden mula dijual dipasaran dan boleh juga dibuat sendiri. Jadi bolehlah variasikan kuih muih dirumah anda pada raya kali ni.

Jadual Bertugas Deejay

Jadual Bertugas Deejay