Hebat! Wanita Tanpa Tangan Jadi Juruterbang




HENDAK seribu daya, tak hendak seribu dalih.
Itulah peribahasa yang sangat sinonim dengan kecekalan serta ketabahan seorang wanita ini untuk mencapai segala keinginan walaupun tidak mempunyai tangan seperti manusiaNORMAL.


Jessica Cox, 32, dari Arizona dilahirkan tanpa kedua-dua belah tangannya namun itu tidak digunakan sebagai alasan untuknya menjadi seorang juruterbang.
arms4
Kebolehannya ternyata mengatasi kemampuan sesetengah individu sempurna, pada tahun 2008 dia berjaya memiliki lesen yang sah untuk mengendalikan pesawat.
Melalui laman webnya, selepas menimba pengalaman di tiga buah negara, empat kapal terbang, dua orang jurulatih pesawat dan mencari pesawat yang sesuai, dia akhirnya berjaya menerimaGuinness World Record kerana menjadi individu pertama yang boleh membawa pesawat menggunakan kaki.
arms2
arms3
Jessica bukan sahaja mampu terbang tinggi di udara, dia juga mampu melakukan pelbagai lagi aktiviti hanya dengan menggunakan kakinya.
Jelas wanita ini layak dijadikan inspirasi serta idola kepada semua orang dan kejayaannya juga boleh menangkis segala persepsi orang ramai yang suka memandang rendah pada golongan seperti ini. – Agensi/MYNEWSHUB.CC

Jadual Bertugas Deejay

Jadual Bertugas Deejay