Mantap 40 Juta

Selamat Datang Ke Website AURAFM.

AURAFM - GEGARAN DUNIA MUZIK INTERAKTIF

Selamat Datang Ke Website AURAFM.

AURAFM - GEGARAN DUNIA MUZIK INTERAKTIF

Selamat Datang Ke Website AURAFM.

ONAIR

Selamat Datang Ke Website AURAFM.

Sound Sistem

Selamat Datang Ke Website AURAFM.

JOM BANTERAS PENIPU ONLINE ..!!!


Sekarang ini, membeli barang melalui cara online adalah salah satu alternatif yang memudahkan masyarakat. Meskipun mudah dan begitu memanjakan, anda perlu berhati-hati. Sebahagian orang telah menjadi mangsa penipu online yang memanfaatkan sistem online ini untuk mengaut keuntungan dengan cara mudah menipu bakal pembeli. 

Jika mendapati keraguann, lebih baik anda mengadakan pertemuan dengan si penjual, atau yang lebih familiar dengan istilah cash on delivery (COD). Sebab, kepercayaan yang kamu berikan boleh saja disalahgunakan dan menyebabkan anda kehilangan wang tanpa pernah mendapat kiriman barangan. Anda mesti cerdas terhadap penawaran barang secara online, jangan tergoda kerana  harga yang begitu jauh murah dibandingkan di pasaran. 

Ini adalah inisiatif Creator @LynnSMRSM & Consultancy oleh Abg Syed @LannSMRSM
berkenaan dengan ISU PENIPUAN ATAS TALIAN yang kini semakin menjadi-jadi. 

Atas faktor tersebut, maka tertubuhnya group ini dibantu dengan satu pasukan admin yang dipilih berdasarkan kepakaran dan pengalaman mereka. 










Tujuan utama adalah untuk mendidik dan memberi PANDUAN kepada ANDA agar tidak DITIPU dengan PENJUAL ONLINE yang tidak beretika.

Assalamualaikum.

Welcome semua new member.Silakan kongsi info berkenaan..

BANTERAS PENIPU ONLINE (BPO).
VISI :
Menjadi pusat rujukan utama para PEMBELI memilih PENJUAL/EJEN yang sah. 

MISI :
Mengekang PENJAHAT dalam industri ONLINE dan membantu ANDA membeli dengan SELAMAT. 

Menjadikan BPO sebagai satu Persatuan yang berdaftar secara rasmi di Malaysia.

PERBINCANGAN : 
Jika berkesempatan. Setiap hari ada satu topik akan dibincangkan.





DILARANG IKLAN :
Admin tidak kan banned tetapi hanya delete sahaja post yang TIDAK BERKAITAN dengan BANTERAS PENIPU ONLINE. 

LINK NIAGA :
Yang di cadangkan di bawah adalah meliputi 7 INDUSTRI yang sentiasa menjadi tumpuan ANDA untuk membeli dan di sana AKAN SENARAIKAN penjual yang TELAH BERDAFTAR dan DIPERCAYAI dan in sya Allah di jamin PATUH SYARIAH.

Selamat Maju Jaya
"KEMPEN BANTERAS PENIPU ONLINE"




Group yang disokong Crew Admin 1-Malaysia: BANTERAS PENIPU ONLINE

(MSO-D5) MUAMALAT & EKONOMI ISLAM

GROUP LARIBA

Channel TRUSTED SELLER / SUPPLIER / WHOLESALER

1. MAKANAN MINUMAN
2. PAKAIAN
3. KECANTIKAN KESIHATAN
4. TELEKOMUNIKASI
5. PENDIDIKAN
6. HARTANAH
7. EMAS

*Sesiapa yang sedang buat bisnes yang berkaitan industri di atas. Silakan daftar bersama kami. Supaya kami dapat bantu anda.

**Hanya urusan bisnes yang patuh syariah dan selamat sahaja kami akan senaraikan. 
PROGRAM KUTU @ SKIM KUTIPAN WANG @ YANG BELUM SAH kami tidak akan daftarkan.

***Kami masih menunggu sekurangnya 100 peniaga online untuk berdaftar sebelum kami bina list baru dalam masa terdekat.


JADILAH yang terawal. 

Sama-sama kita Banteras Penipu Online
~Crew Admin 1-MALAYSIA~

@LynnSMRSM
Admin 1-MALAYSIA | Banteras PENIPU ONLINE
As Salam & Nice Day dear frenz .. 

Ingin menjadi keluarga kami..[?]

.. pls mengisi dalam bentuk ya.. 👮

.. menjadi dikenali dipercayai pembekal | pembekal | pengguna atas talian novel |
& sbpo pasukan berwenang memberz t0o.. 👭👬👫👭 💕

🇲🇾 bersama-sama kita bersatu

@LynnSMRSM
Admin 1-MALAYSIA | Banteras PENIPU ONLINE


Untuk makluman semua AURAFM sudah menjadi rakan media online kepada BANTERAS PENIPU ONLINE.
                                                           

7 sebab mengapa GrabCar, Uber jadi pilihan



KEHADIRAN perkhidmatan aplikasi GrabCar dan Uber membuatkan pemandu teksi panas punggung kerana periuk nasi mereka diancam.Malah dalam tempoh sebulan pemandu teksi berpiket dua kali di ibu negara sehingga mengakibatkan kesesakan lalu lintas yang teruk

Persoalannya, apakah dosa pemandu teksi sehinggakan orang ramai kini beralih kepada perkhidmatan GrabCar dan Uber.

Di sini disenaraikan tujuh sebab penumpang berpaling tadah kepada perkhidmatan pengangkutan alternatif.

1. Harga berpatutan

Wujud segelintir pemandu teksi tidak mahu menggunakan meter dengan alasan jalan sesak.

Bahkan menetapkan harga tambang lebih RM10 daripada harga biasa jika menggunakan meter.

Lebih teruk lagi, pemandu teksi menutup meter dengan menggunakan tuala bagi melindungi kiraan tambang.

Berbanding GrabCar/Uber, caj tambang tidak boleh ditipu kerana menggunakan aplikasi yang wajib diakses pemandu dan pelanggan.

2. Bersih dan selesa

Kenderaan digunakan GrabCar atau Uber lebih selesa dan bersih memandangkan syarikat aplikasi itu menetapkan tahun kenderaan tidak boleh melebihi lima tahun.

Manakala teksi pula masih kekal dengan Proton Saga lama dan kereta berjenama import zaman dahulu kala.

3. Mudah

Kini semua di hujung jari. Tempahan boleh dibuat bila-bila masa dengan hanya membuat tempahan di aplikasi.

4. Promosi

Kadang-kala GrabCar dan Uber akan menawarkan promosi menarik buat pelanggan. Sebagai contohnya GrabCar menawarkan tambah serendah RM1 bagi 5km pertama.

 5. Tidak pernah menolak

Pemandu GrabCar atau Uber tidak boleh memilih pelanggan. Mereka perlu hantar ke destinasi ditetapkan. Berlainan pula dengan teksi, mereka boleh ‘menolak’ permintaan anda dan boleh menurunkan pelanggan di simpang jalan masuk ke rumah kalau rasa malas meredah kesesakan lalu lintas.

6. Tiada caj tambahan

Umum ketahui, teksi akan mengenakan caj tambahan sebanyak 50 peratus bermula 12 tengah malam sehingga 6 pagi. Tetapi GrabCar/Uber tidak mengenakan caj tambahan untuk tempoh masa sama.

7. Inisiatif

Jika anda tidak tahu bagaimana hendak pergi ke tempat yang ditujui, kebiasaannya pemandu GrabCar dan Uber akan menggunakan aplikasi Waze atau Google Map.

 Tetapi, jarang sekali kita melihat pemandu teksi mempunyai inisiatif sebegitu. Kebanyakan mereka akan menolak dan menyuruh anda mengambil teksi lain.

Atau jika tidak jumpa jalan/ sesat mereka akan caj tambang yang mahal sedangkan itu kesalahan mereka kerana tidak berusaha menggunakan kemudahan teknologi.

KESIMPULAN

Ini adalah beberapa sebab mengapa penumpang memilih GrabCar dan Uber berbanding teksi. Walau bagaimana, bukan semua pemilik teksi begitu. Ada saja pemandu teksi yang baik dan jujur sehinggakan ada yang memberi diskaun lagi.

Bak kata pepatah, kerana nila setitik rosak susu sebelanga. Sesetengah pemandu teksi tidak bertanggungjawab telah menyebabkan nama teksi ‘busuk’.

Pandangan kami, apa kata tingkatkan lagi kualiti dan mutu perkhidmatan daripada anda mogok di tengah jalan raya sehingga memberi keuntungan lebih buat GrabCar dan Uber.

Tepuk dada tanya selera.



Sumber: www.pandulaju.com.my

Ni Cara Memilih Kad Kredit Dengan Tepat




Pada satu ketika dalam hidup anda, kebanyakan orang mungkin akan menyedari bahawa adalah berbaloi untuk mempunyai sekurang-kurangnya satu Kad Kredit, Kad Debit atau Kad Caj. Jadi katakan anda sedang mencari kad kredit, yang mana satu anda perlu dapatkan? Apakah aspek yang perlu anda bandingkan? Artikel ini akan mejelaskan kepada semua pembeli yang keliru.



Sebelum anda bermula, silalah mengunjungi laman perbandingan kad kredit Loanstreet untuk belajar sedikit tentang kad-kad kredit yang sedia ada di pasaran.

Di bawah adalah aspek-aspek yang perlu dibandingkan dan dipertimbangkan oleh seseorang apabila memilih kad kredit.



Bagi Sesiapa Yang Bawa Lebihan Baki Bulanan

Dapatkan kad kredit plain-vanilla dengan kadar faedah pembiayaan terendah.Kerana sebarang faedah yang anda bayar pada baki bawa ke hadapan akan mengimbangi sebarang faedah yang anda dapat. Juga, bandingkan Program Pembayaran Mudah / Pembayaran Flexi yang mungkin berguna untuk pembelian yang lebih besar. Anda boleh meminta bank untuk menukarkan pembelian kepada Skim pembayaran mudah / pembayaran flexi, yang meletakkan ia pada pelan ansuran tetap pada kadar faedah yang istimewa.

Jika anda sudah membawa baki yang besar, banyak kad kredit juga menawarkan Program Pemindahan Bakiyang anda perlu pertimbangkan. Program Pemindahan Baki membenarkan anda untuk memindahkan baki anda dari kad kredit semasa kepada kad yang baru pada kadar faedah yang istimewa.

Bagi Sesiapa yang Mahu Tunai Segera

Kad kredit anda boleh digunakan untuk mengambil pendahuluan tunai. Terdapat 2 cara. Yang pertama, adalah untuk menggunakan kad kredit anda di mana-mana ATM untuk membuat pengeluaran dengan kod PIN yang betul. Ingat bahawa terdapat 2 kos yang perlu dipertimbangkan apabila menggunakan kad kredit anda untuk pendahuluan tunai itu:

Yuran pendahuluan tunai (Biasaanya 5% daripada jumlah)

Kadar faedah pendahuluan tunai biasanya 18% setahun yang dikira berdasarkan dasar harian.

Kaedah yang kedua adalah untuk mendapatkan pinjaman tunai (kadang kala dikenali sebagai Mudah Tunai atau Tunai Segera atau mendial untuk kemudahan tunai). Pinjaman-pinjaman ini adalah diambil atas had kredit anda yang ada, dipindahkan ke akaun semasa atau simpanan atas pilihan anda, dan dibayar balik secara ansuran tetap dalam sesuatu tempoh. Ia adalah sama dengan “pra-kelayakan” Pinjaman Peribadi. Pelanggan ingin memohon kemudahan tersebut perlu menghubungi bank masing-masing dan membuat permintaan.

Bagi yang Pentingkan Kos

Mencari kad kredit yang tiada yuran tahunan dan pilihan untuk mengetepikan cukai perkhidmatan kerajaan. Ganjaran / manfaat / programs yang lain adalah tidak berapa penting.

Bagi Penganut Islam yang Taat

Dapatkan Kad Kredit Islamic. Kad-kad ini adalah digunakan hanya untuk urus niaga dengan peniaga halal.

Bagi Yang Lain

Jika anda adalah yang tidak membawa baki ke hadapan, tidak perlu runsing dengan membandingkan kadar faedah pembiayaan. Sebaliknya, dapatkan kad kredit yang memberikan ganjarann / manfaat yang anda benar-benar inginkan. Manfaat ini boleh dikategorikan seperti berikut:

Manfaat Pulangan Tunai – Memberi % tertentu sebagai rebat atas urus niaga kad kredit. Pertaruhan yang paling selamat bagi mereka yang tiada pilihan.

Manfaat Petrol – Memberi % rebat yang tinggi atas pembelian petrol. Untuk road worriors dan perjalanan orang jualan.

Manfaat Perjalanan – Biasanya datang dengan manfaat kekerapan penerbangan dan lapangan terbang. Terbaik untuk orang yang kerap melancong.

Mata Ganjaran – boleh ditebus untuk hadiah dan ganjaran yang lain. Untuk orang yang berbelanja besar dan gemar membeli-belah.

Hubungan peniaga / Penjenamaan Bersama – program promosi khas dengan peniaga-peniaga yang terpilih. Untuk mereka yang mempunyai kemahuan tertentu.

Bonus Pendaftaran – masa terhad untuk ganjaran promosi bagi mendaftar kad kredit dengan bank. Jika tiada apa-apa, cari kad yang mempunyai promosi daftar yang menarik.

Tips Kad Kredit yang Lain

Elakkan memohon kad kredit yang terlalu banyak pada masa yang sama. Ia membawa gambaran negative bagi profil kredit anda.

Jika anda tidak mempunyai sejara kredit di Malaysia (Sebagai contoh pinjaman kereta / pinjaman perumahan / pinjaman peribadi / kemudahan overdraf), mempunyai sekurang-kurangnya 1 kad kredit. Ia dapat membantu mengilap profil kredit anda.

Kad kredit mempunyai antara kadar faedah pembiayaan tertinggi dari semua kemudahan kredit. Cuba untuk membayar semua baki kad kredit dengan segera.

Kesimpulan

Apabila memilih kad kredit, seseorang harus melihat ke dalam semua dimensi yang berbagai, kemudian putuskan kad mana yang sesuai dengan gaya hidup anda sebelum memohon. Akan tetapi, apabila anda mendapat kad kredit anda, ingat untukmembayar baki anda pada masanya jika anda boleh!

Apa Sebenarnya Warna Putih Yang Keluar Dari Jerawat Tu?



Oleh Razzlyn Rosli.


Siapa yang suka picit jerawat pasti perasan ada benda putih yang akan keluar setiap kali jerawat dipicit. Apa sebenarnya benda putih tu? Adakah selepas dikeluarkan jerawat akan cepat sembuh?

Rembesan dari sebum : Jerawat
Benda putih tersebut adalah rembesan dari kalenjar sebum. Lemak yang dirembeskan dari kulit kebiasaanya bewarna putih dan rembesan berlebihan dari lemak akan menyebabkan pori - pori tersumbat lalu menjadi jerawat.
Cecair putih yang keluar daripada kulit kita adalah minyak berlebihan serta bakteria.  Ia terbentuk kerana kalejar sebum kulit anda merembeskan minyak secara berlebihan.
Ramai yang menyangka jerawat akan cepat pulih jika benda putih tersebut daripada jerawat tetapi ternyata jangkaan anda salah. Wajah manusia terdapat banyak pembuluh darah, dan jika cara picit dilakukan dengan teknik yang salah dia akan menyebabkan kuman mudah masuk, mudah terkena jangkitan sekali gus menyebabkan jerawat semakin teruk dan lebih teruk lagi meninggalkan kesan jerawat atau parut.
Sumber artikel : Media Kesihatan.

Cermin Mata Yang Manakah Sesuai Untuk Anda?

Cermin Mata Yang Sesuai Dengan Bentuk Muka & Personaliti Anda

Kita semua mempunyai keperluan asas yang tersendiri: kot hitam yang dipakai ketika musim sejuk, but yang nampak cantik jika dipadankan dengan semua pakaian yang ada di almari, dan beg tote yang membawa semua barang keperluan kita. Dan satu keperluan yang kebanyakkan daripada kita sememangnya tidak boleh bangun dari katil tanpanya: cermin mata.

Tidak seperti beg tangan, cermin mata bukanlah jenis barang yang sesuai dengan semua jenis muka dan indidvidu. Mencari sepasang cermin mata yang sempurna sedikit menguji kesabaran anda. Adakah mereka comel dan tahan lasak? Adakah mereka menarik perhatian dan sesuai dipadankan dengan apa sahaja yang dipakai? Adakah mereka sememangnya sesuai atau kita sahaja yang membayangkan diri kita Zooey Deschanel?

Kami menjelaskan tentang bagaimana membeli-belah cermin mata dan caranya dengan merujuk terus kepada pakar : Sarah Betzwieser, Lily Algair, and Catherine Magee from Ditto; Vanina De Preneuf fromglasses.com; and Selima Salaun of Selima Optique.

[Tweet “Cermin Mata Yang Sesuai Dengan Bentuk Muka & Personaliti Anda”]

Beri perhatian kepada bentuk muka

Apakah yang paling utama dalam menentukan cermin mata yang manakah sesuai dengan bentuk muka anda dan cermin mata yang manakah tidak sesuai dengan bentuk muka anda. Terdapat tujuh jenis bentuk muka: bulat, petak, oval, bentuk hati, bentuk tiga segi dan bentuk permata. Jika anda tidak pasti anda di kategori apa, Frames Direct mencadangkan hanya lukis garis tepi diwajah anda menggunakan gambar anda sendiri dan tentukan apakah bentuk yang sangat menyerupai muka anda.

Pilih cermin mata yang sesuai

Sebaik sahaja anda sudah mendapatkan bingkai cermin mata, anda perlulah fokus pada perinciannya: terutamanya, warna cermin mata anda. Anda ingin mencari warna cermin mata yang padan dengan warna kulit dan rambut anda. Salaun berkata: jika anda mempunyai warna rambut yang gelap, dia mencadangkan cermin yang mempunyai tona gelap akan menyerlahkan kekayaan dalam pewarnaan anda. Jika anda mempunyai warna rambut yang terang, anda mungkin perlu memilih bingkai yang mempunyai warna krim, ia akan memberi efek cerah kepada kulit dan rambut anda. Bingkai yang gelap akan menjadikan kulit lebih pucat dan bingkai yang betina sederhana akan menyerlahkan lagi warna merah di muka anda.

Logik Kanta

seterusnya, anda perlu mengisi bingkai anda dengan kanta yang sesuai-sudah semestinya, objek yang akan memperbaiki penglihatan anda. Terdapat empat kategori kanta utama, menurut allaboutvision.com: plastik, polycarbonate, trivex dan plastic berindeks tinggi.

Tanggapan Pertama Adalah Penting

Bila tiba masa untuk mencuba pilihan anda, tanggapan pertama adalah kuncinya “ tanpa menghiraukan bentuk muka anda. Perhatikan jika bingkai itu yang memakai anda, Salaun memberikan pendapat, atau jika anda melihat diri anda dahulu. Jika perkara pertama yang anda lihat anda cermin mata, anda hendaklah bertukar kepada yang sepasang cermin mata yang lebih halus,jadi efeknya tidaklah terlalu jelas.

Kedua-dua Salaun dan Algair bersetuju yang kebanyakkan kesalahan umum yang mereka lakukan ketika membeli cermin mata adalah mereka lebih tertarik dengan pilihan yang nampak cantik dipakai oleh orang lain. Kita semua mahu meniru idola kegemaran kita yang berkaca mata empat, tetapi kita perlulah meletakkan diri kita (dan ciri-ciri kita) dahulu.

Minta Pertolongan

Jangan berasa takut! â€Å“pakar optik telah melihat pelbagai jenis muka dan mereka lebih mahir dengan koleksi mereka sendiri,kata Salaun.Jika anda mempunyai hubungan yang baik dengan pakar optik anda, anda akan lebih mahir mencari bingkai yang sesuai dengan anda.

Dengan pertolongan pakar optic, kita akan menjumpai bingkai optikal dan cermin mata untuk setiap bentuk muka “ untuk menjadikan sesi membeli-belah cermin mata menjadi kurang susah. Lihat tip-tip dan pilihan cermin mata kami.

1) Bentuk muka segi empat

bentuk-muka-segi-empat

kalau korang mempunyai bentuk muka segi empat, spec yang paling sesuai adalah berbentuk bulat,bujur atau korang juga boleh pilih spec yang berbentuk cat eye. Nampak bergaya sikit ya tak?


2) Bentuk muka bujur sirih

bentuk-muka-sirih

Bentuk muka ini paling sesuai untuk semua jenis spek. Tidak kisah, bujur, bulat petak atau sebagainya. Kesemua jenis rekabentuk spec yang ada ternyata memang sesuai dengan bentuk muka anda.


3) Bentuk muka bulat

bentuk-muka-bulat_1

4) Bentuk muka seperti hati

bentuk-muka-seperti-hati

Jika anda mempunyai dahi yang agak luas dan dagu yang runcing, maka bentuk muka anda adalah berbentuk hati. Pemilihan spek yang paling sesuai adalah berbentuk rama-rama ataupun cat eye adalah yang terbaik dan sesuai dengan anda.

INILAH 5 Sebab Kenapa Anda Tidak Patut Beli Barang Sendiri dan Bawa ke Bengkel



Pemilik kenderaan sentiasa mencari jalan untuk memastikan apabila menghantar kenderaan mereka untuk dibaiki, kosnya dapat dikurangkan. Salah satu cara yang dilakukan adalah dengan membeli barang sendiri di kedai alat ganti dan membawanya ke bengkel untuk ditukar.



Sementara langkah ini memang berkesan terutamanya apabila berurusan dengan bengkel yang sudah dikenali, ia juga mempunyai beberapa kesan negatif lain.

1- Bengkel tidak akan bertanggungjawab sekiranya alat itu rosak atau gagal berfungsi.

Disebabkan barang tersebut dibeli sendiri oleh anda, pihak bengkel tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakan pada barang tersebut dan tiada jaminan dari pihak bengkel. Dari pandangan seorang mekanik di bengkel, anda boleh membeli barang ini daripada pelbagai sumber seperti individu lain (terpakai) atau barang yang murah tetapi tidak berkualiti.
2- Barang yang anda beli mungkin tidak betul

Ini sering terjadi bagi mereka yang tidak berpengalaman atau sekadar mempunyai pengetahuan asas sahaja. Anda boleh menjangka apa masalah kenderaan anda, kemudiannya membeli barang yang dirasa perlu ditukar. Tetapi apa akan terjadi apabila masalah sebenarnya bukan datang dari alat yang anda beli itu? Apatah lagi, kenderaan moden sekarang mempunyai sistem canggih dan bengkel mempunyai alat diagnosis untuk mengesan sebarang masalah.
3- Leceh

Apabila berlaku situasi seperti di atas, anda perlu membawa barang itu kembali ke kedai alat ganti dan menukarnya. Jika anda membelinya dari seseorang, ia perlu dipulangkan kembali dengan harapan mereka akan menerimanya dan memulangkan wang. Jika dibeli secara ‘online’?
4 – Barang yang anda beli mungkin bukan yang terbaik

Untuk membeli barang sendiri anda juga perlu tahu yang mana satu adalah berkualiti baik dan sebaliknya. Disebabkan ingin mengurangkan kos, anda mungkin berakhir dengan alat yang tidak berkualiti. Mekanik di bengkel sudah berpengalaman dalam perkara ini dan berdasarkan hubungan perniagaan yang baik dengan pengedar alat ganti, mereka boleh membuat permintaan untuk barang yang baik.
5- Penjimatan anda mungkin tidak begitu berbaloi

Memang, bengkel mempunyai nisbah keuntungan tertentu daripada alat ganti. Tetapi, harga yang mereka dapat daripada pengedar alat ganti adalah lebih rendah berbanding harga yang kita sendiri beli kerana mereka adalah klien tetap kepada pengedar alat ganti tersebut.
Apapun, segalanya bergantung kepada anda. Perkara yang kami nyatakan di atas sekadar kemungkinan yang boleh berlaku dan anda masih boleh mengelakkannya terutamanya apabila berpengetahuan luas berkenaan kenderaan anda dan mempunyai hubungan baik dengan bengkel. Lagi bagus, jika anda boleh terus melakukannya sendiri. Jadi jika ada apa-apa berlaku, tiada orang lain yang akan dipersalahkan selain diri sendiri.

INILAH Cara Sangat MUDAH Keluarkan Angin Dalam Badan Yang Perlu Anda TAHU !!

susu-halia

Kalau korang rasa badan korang lenguh2. sengal2 . nak sendawa tapi tak lepas . kaki rasa tak selesa.

Ibu2 mengandung yang tak sedap badan tu.
Badan berangin tak elok.

Tanda-tanda banyak angin:

• Rasa lesu/letih/tidak bertenaga.
• Selalu rasa kebas/lenguh/sengal.
• Tapak tangan/kaki berasa sejuk.
• Selalu menguap/mudah mengantuk.
• Sukar bernafas/nafas pendek.
• Rasa ketegangan di tengkuk dan pinggang.



Bahan-bahan :

susu kotak ( brand apa pun boleh )
kalau nak guna susu pekat tin pun blh

halia ( besar ibu jari ) lbeh kurang 3-4cm
halia ni ikut ketahanan tekak , kalau nk kaw dan pedas masuk banyak sikit . kalau setakat 3-4cm tak rasa apa2 pun tapi tetap berkesan.

Cara membuatnya
Hiris halia nipis2 reneh dgn susu sampai susu mendidih dgn api pelahan .

Sedia untuk di minum .

Seeloknye minum ketika susu masih suam .
Kesan serta merta .
Tiba-tiba korang sendawa dan kentut non stop .

BOLEH DI MINUM OLEH :

Lelaki dan wanita
Ibu mengandung dan menyusu pun boleh tapi jangan letak halia banyak . cukup 2-3cm je

Petua ni sgt berkesan .
Boleh minum bila2 masa .
Pagi boleh mlm boleh.
Seminggu 2-3kali pun ok.

Aircond Kereta Tak Sejuk? Ini Cara Mudah D.I.Y Yang Ramai Tak TAHU !!



Musim-musim panas ni kalau aircond kereta buat hal kejap sejuk kejap tak jom lah kita buat sikit D.I.Y ni untuk sejukkan aircond kereta tanpa perlu ke bengkel kereta yang entah berapa RM kena cas nanti kan.

Tak mahal pun buat D.I.Y ni, beli beberapa barang yang tak sampai rm50 je pun, dah boleh sejuk kereta korang.

MUDAH & SAVE BUDGET dengan ekonomi negara dan ekonomi sendiri tak menentu ni.

Antara bahan-bahannya ialah :



Foam Pipe
Aluminium foil tape
Cable Ties
Pisau @ Gunting



Dah ada bahan-bahannya boleh lah mula membalut... Jom kita mulakan.



Kalau tak tahu nak cari mana salur paip aircond. Buka aircond kereta anda kemudian tunggu beberapa minit kemudian matikan engine. Tengak mana-mana salur dekat bahagian engine yang nampak macam basah-basah sket. Kemudian cuba sentuh jika sejuk. Itulah salur aircond kereta anda. Dan boleh lah mulakan proses D.I.Y sejukkan aircond kereta anda.



Kasi balut habis dari paip bawah sampai ke hujung. Sejukkk woo aircon keta nanti.



Selamat Mencuba..

Sumber: Info Terbaik

Jadual Bertugas Deejay

Jadual Bertugas Deejay