Ni Cara Memilih Kad Kredit Dengan Tepat




Pada satu ketika dalam hidup anda, kebanyakan orang mungkin akan menyedari bahawa adalah berbaloi untuk mempunyai sekurang-kurangnya satu Kad Kredit, Kad Debit atau Kad Caj. Jadi katakan anda sedang mencari kad kredit, yang mana satu anda perlu dapatkan? Apakah aspek yang perlu anda bandingkan? Artikel ini akan mejelaskan kepada semua pembeli yang keliru.



Sebelum anda bermula, silalah mengunjungi laman perbandingan kad kredit Loanstreet untuk belajar sedikit tentang kad-kad kredit yang sedia ada di pasaran.

Di bawah adalah aspek-aspek yang perlu dibandingkan dan dipertimbangkan oleh seseorang apabila memilih kad kredit.



Bagi Sesiapa Yang Bawa Lebihan Baki Bulanan

Dapatkan kad kredit plain-vanilla dengan kadar faedah pembiayaan terendah.Kerana sebarang faedah yang anda bayar pada baki bawa ke hadapan akan mengimbangi sebarang faedah yang anda dapat. Juga, bandingkan Program Pembayaran Mudah / Pembayaran Flexi yang mungkin berguna untuk pembelian yang lebih besar. Anda boleh meminta bank untuk menukarkan pembelian kepada Skim pembayaran mudah / pembayaran flexi, yang meletakkan ia pada pelan ansuran tetap pada kadar faedah yang istimewa.

Jika anda sudah membawa baki yang besar, banyak kad kredit juga menawarkan Program Pemindahan Bakiyang anda perlu pertimbangkan. Program Pemindahan Baki membenarkan anda untuk memindahkan baki anda dari kad kredit semasa kepada kad yang baru pada kadar faedah yang istimewa.

Bagi Sesiapa yang Mahu Tunai Segera

Kad kredit anda boleh digunakan untuk mengambil pendahuluan tunai. Terdapat 2 cara. Yang pertama, adalah untuk menggunakan kad kredit anda di mana-mana ATM untuk membuat pengeluaran dengan kod PIN yang betul. Ingat bahawa terdapat 2 kos yang perlu dipertimbangkan apabila menggunakan kad kredit anda untuk pendahuluan tunai itu:

Yuran pendahuluan tunai (Biasaanya 5% daripada jumlah)

Kadar faedah pendahuluan tunai biasanya 18% setahun yang dikira berdasarkan dasar harian.

Kaedah yang kedua adalah untuk mendapatkan pinjaman tunai (kadang kala dikenali sebagai Mudah Tunai atau Tunai Segera atau mendial untuk kemudahan tunai). Pinjaman-pinjaman ini adalah diambil atas had kredit anda yang ada, dipindahkan ke akaun semasa atau simpanan atas pilihan anda, dan dibayar balik secara ansuran tetap dalam sesuatu tempoh. Ia adalah sama dengan “pra-kelayakan” Pinjaman Peribadi. Pelanggan ingin memohon kemudahan tersebut perlu menghubungi bank masing-masing dan membuat permintaan.

Bagi yang Pentingkan Kos

Mencari kad kredit yang tiada yuran tahunan dan pilihan untuk mengetepikan cukai perkhidmatan kerajaan. Ganjaran / manfaat / programs yang lain adalah tidak berapa penting.

Bagi Penganut Islam yang Taat

Dapatkan Kad Kredit Islamic. Kad-kad ini adalah digunakan hanya untuk urus niaga dengan peniaga halal.

Bagi Yang Lain

Jika anda adalah yang tidak membawa baki ke hadapan, tidak perlu runsing dengan membandingkan kadar faedah pembiayaan. Sebaliknya, dapatkan kad kredit yang memberikan ganjarann / manfaat yang anda benar-benar inginkan. Manfaat ini boleh dikategorikan seperti berikut:

Manfaat Pulangan Tunai – Memberi % tertentu sebagai rebat atas urus niaga kad kredit. Pertaruhan yang paling selamat bagi mereka yang tiada pilihan.

Manfaat Petrol – Memberi % rebat yang tinggi atas pembelian petrol. Untuk road worriors dan perjalanan orang jualan.

Manfaat Perjalanan – Biasanya datang dengan manfaat kekerapan penerbangan dan lapangan terbang. Terbaik untuk orang yang kerap melancong.

Mata Ganjaran – boleh ditebus untuk hadiah dan ganjaran yang lain. Untuk orang yang berbelanja besar dan gemar membeli-belah.

Hubungan peniaga / Penjenamaan Bersama – program promosi khas dengan peniaga-peniaga yang terpilih. Untuk mereka yang mempunyai kemahuan tertentu.

Bonus Pendaftaran – masa terhad untuk ganjaran promosi bagi mendaftar kad kredit dengan bank. Jika tiada apa-apa, cari kad yang mempunyai promosi daftar yang menarik.

Tips Kad Kredit yang Lain

Elakkan memohon kad kredit yang terlalu banyak pada masa yang sama. Ia membawa gambaran negative bagi profil kredit anda.

Jika anda tidak mempunyai sejara kredit di Malaysia (Sebagai contoh pinjaman kereta / pinjaman perumahan / pinjaman peribadi / kemudahan overdraf), mempunyai sekurang-kurangnya 1 kad kredit. Ia dapat membantu mengilap profil kredit anda.

Kad kredit mempunyai antara kadar faedah pembiayaan tertinggi dari semua kemudahan kredit. Cuba untuk membayar semua baki kad kredit dengan segera.

Kesimpulan

Apabila memilih kad kredit, seseorang harus melihat ke dalam semua dimensi yang berbagai, kemudian putuskan kad mana yang sesuai dengan gaya hidup anda sebelum memohon. Akan tetapi, apabila anda mendapat kad kredit anda, ingat untukmembayar baki anda pada masanya jika anda boleh!

Jadual Bertugas Deejay

Jadual Bertugas Deejay