Mantap 40 Juta

Selamat Datang Ke Website AURAFM.

AURAFM - GEGARAN DUNIA MUZIK INTERAKTIF

Selamat Datang Ke Website AURAFM.

AURAFM - GEGARAN DUNIA MUZIK INTERAKTIF

Selamat Datang Ke Website AURAFM.

ONAIR

Selamat Datang Ke Website AURAFM.

Sound Sistem

Selamat Datang Ke Website AURAFM.

Polis paksa Zamani menyanyi digantung tugas




Penyanyi kumpulan Slam, Zamani yang popular sekitar zaman 1990-an ditahan polis minggu ini dipercayai kerana memiliki dadah di sebuah rumah di Taman Keramat, Kuala Lumpur. – Gambar ihsan Malaysia Gazette

Dua anggota polis yang terlibat dalam kontroversi rakaman video penyanyi Zamani Ibrahim atau dikenali sebagai Zamani digantung tugas, selepas ramai pihak mengkritik perbuatan itu.

Tindakan penggantungan tugas itu disahkan Pengarah Kanan Jabatan Integriti Dan Pematuhan Standard (JIPS) Datuk Zubaidah Md Ismail.
“Ketua polis negara sudah memberi lampu hijau kepada jabatan untuk melucutkan tugas ke atas mereka yang terlibat dalam perkara tersebut, sementara siasatan sedang berjalan.
“Kami bukan saja menyoal siasat mereka tapi juga memantau, bagaimana kecuaian dalam prosedur polis boleh timbul. Kami sedang siasat daripada setiap sudut,” kata Zubaidah seperti dilaporkan TheStar Online hari ini.
Bagaimanapun, butiran mengenai anggota polis tersebut tidak akan didedahkan tetapi tindakan tegas akan diambil jika terlibat melanggar Peraturan Penjawat Awam (khidmat dan tingkah laku) 1993, kata Zubaidah.
Katanya, tindakan kedua-dua anggota polis tersebut juga memalukan pasukan keselamatan negara.
Kontroversi membabitkan Zamani tercetus selepas tersebar klip video berdurasi 1 minit 23 saat yang memaparkan beliau sedang menyanyikan lagu popularnya bersama kumpulan Slam, Gerimis Mengundang sambil tangannya bergari.
Video Youtube itu tersebar di laman sosial Facebook dan mendapat kecaman pelbagai pihak yang menyifatkan ia sebagai tindakan membuli dan menjatuhkan maruah Zamani.
Zamani dan seorang wanita ditahan minggu ini kerana dipercayai memiliki dadah di sebuah rumah di Taman Keramat di Kuala Lumpur.
Pihak polis menemui bungkusan disyaki mengandungi heroin seberat kira-kira 1.2 gram. Mereka ditahan reman selama empat hari.
Zamani bagaimanapun dikatakan sudah dibebaskan hari ini dengan jaminan polis. Sumber baca lanjut laporan oleh The Malayian Insider Bahasa


Rayuan dalam kes transgender diputuskan hari ini



KUALA LUMPUR: Adakah kerajaan Negeri Sembilan dan empat pihak lain akan dibenarkan untuk merayu terhadap keputusan penting Mahkamah Rayuan berhubung isu transgender membabitkan lelaki Islam yang berpakaian wanita?

Hari ini, Mahkamah Persekutuan akan mendengar rayuan mereka bagi kebenaran untuk merayu daripada mahkamah tertinggi itu terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang mengisytiharkan sebagai tidak sah enakmen Syariah negeri yang menghukum lelaki Islam berpakaian wanita.

Empat lagi pemohon adalah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan, pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan, ketua pegawai Penguatkuasa Syariah Negeri Sembilan dan ketua Pendakwa Syarie Negeri Sembilan.

Dalam permohonan bagi kebenaran, perayu mengemukakan tujuh persoalan undang-undang untuk pertimbangan mahkamah.

Pemohon dalam kes sivil perlu terlebih dahulu perlu mendapatkan kebenaran daripada Mahkamah Persekutuan sebelum memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan.

Jika Mahkamah Persekutuan membenarkan permohonan bagi kebenaran, mereka boleh terus memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan tetapi jika mereka gagal, keputusan Mahkamah Rayuan akan dikekalkan.

Pada 7 Nov tahun lepas, Mahkamah Rayuan membenarkan rayuan yang difailkan oleh tiga jurumekap pengantin - Muhamad Juzaili Mohamad Khamis, 26; Syukor Jani, 28; dan Wan Fairol Wan Ismail, 30 -- dan mengisytiharkan Seksyen 66 Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Sembilan) 1992 sebagai tidak sah dan melanggar perlembagaan.

Panel tiga hakim yang diketuai Hakim Datuk Mohd Hishamudin Mohd Yunus memutuskan bahawa peruntukan itu menimbulkan diskriminasi terhadap lelaki Islam yang mengalami keadaan dikenali sebagai Kecelaruan Identiti Jantina (GID).

Mohd Hishamudin berkata Seksyen 66 yang menghukum lelaki Islam yang berpakaian atau berlagak seperti wanita di tempat-tempat awam, tidak memberikan pengecualian untuk penghidap GID tetapi mengabaikan mereka (penghidap GID) dan  secara tidak adil meletakkan mereka tertakluk di bawah penguatkuasaan undang-undang.

Mahkamah Rayuan mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak  permohonan semakan kehakiman yang menolak permohonan untuk mengisytiharkan Seksyen 66 sebagai melanggar perlembagaan.

Dalam permohonan bagi semakan kehakiman, Muhamad Juzaili, Syukor dan Wan Fairol menamakan kerajaan Negeri Sembilan, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan, pengarahnya, ketua pegawai Penguatkuasa Syariah Negeri Sembilan dan ketua pendakwa Syarie Negeri Sembilan sebagai responden.

Laman web MAS diceroboh



KUALA LUMPUR – Ribuan pelanggan syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) di seluruh dunia semalam terkejut apabila laman web rasmi syarikat itu, www.malaysiaairlines.com digodam penjenayah siber Lizard Squad yang menganggotai satu kumpulan dikenali sebagai Cyber Caliphate atau Khalifah Siber.
Serangan 1 jam 45 minit itu bermula pukul 10 pagi dengan penggodam pada 25 minit pertama meletakkan gambar sebuah pesawat Airbus A380 dimiliki MAS pada paparan utama laman web berkenaan.
Selepas itu, penggodam itu menukar gambar pesawat tersebut dengan gambar seekor cicak memakai sut hitam dan tertera satu mesej iaitu 404-Plane Not Found, Hacked by Lizard Squad.
Laman web MAS pulih pada pukul 10.45 pagi sebelum digodam semula pukul 12 tengah hari dan berakhir pukul 1 petang.
Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Lima pelajar IPT cabar diri buka bisnes aiskrim kelapa





SIAPA sangka tatkala ramai pelajar memilih masa terluang untuk bersantai setelah seharian mentelaah pelajaran, ada juga yang memilih menceburi bidang perniagaan ketika masih menuntut.

Lima pelajar perundangan daripada Universiti Teknologi MARA (UiTM) memberanikan diri membuka cawangan perniagaan aiskrim diberi nama Sangkaya di SS15 di Subang Jaya walaupun perlu menghadiri kuliah secara sepenuh masa.

Ia bermula apabila Imran Sheik, 24, membuat keputusan untuk merasai sendiri aiskrim Sangkaya ini yang terletak di Jalan Alor, Bukit Bintang.

“Saya ke situ untuk cuba ais krim itu dan saya suka sangat rasa dan konsepnya. Kemudiannya saya berborak dengan John Isaac Ho dan Ivy Sangrida Kaya yang merupakan pengasas Sangkaya untuk mengetahui lebih lanjut mengenai konsepnya,” kata Imran.

Imran kemudiannya mengajak sahabat-sahabatnya untuk merasai sendiri sehingga mereka membuat keputusan untuk membuka kedai mereka dengan bantuan dan tunjuk ajar daripada John.

Akhirnya Imran bersama Nurin Hasanah Rahim Zain, 25, Ahmad Faris Jalil, 23, Nadiatul Liyana Zainuddin, 23, dan Mohd Hafiz Baharudin, 23, membuat keputusan untuk menjadi rakan kongsi Sangkaya SS15.



Sangkaya ialah pencuci mulut ais krim kelapa yang boleh dinikmati dengan kacang soya merah, nestum, sos cokelat dan pelbagai lagi - Astro AWANI / MARIAH AHMAD

Zulhelmi Zulkepli antara pekerja Sangkaya SS15 yang sentiasa bersedia untuk memberi layanan terbaik kepada pelanggan mereka - Astro AWANI / MARIAH AHMAD

Ditanya jika perniagaan Sangkaya ini mengganggu masa belajar mereka, Imran ada jawapannya: “Biasanya apa yang saya perhatikan pelajar mempunyai tiga masa - masa belajar, masa pelajar membuat sesuatu yang berguna dan masa main. Masa main macam tengok YouTube, tengok cerita atau sesuatu yang menghiburkan.

“Pada pendapat saya kalau nak bahagikan masa untuk perkara seperti ini, kena kurangkan masa untuk bermain itu. Maksudnya kurangkan aktiviti yang tidak berfaedah, jadi seseorang pelajar itu akan perasan dia ada banyak masa sebenarnya.

"Tidak bermaksud yang kami tidak sibuk kerana kami juga pelajar. Kadang-kala kami mengulang kaji di kedai ini terutama apabila musim peperiksaan menjelang,” tambah Imran.

Imran juga berkata memandangkan mereka masih belia, cabaran terbesar ialah pengalaman.

“Belia ada tenaga yang banyak, tapi kurang berpengalaman. Jadi bila buat bisnes, ia bukan seperti membuatassignmentdalam kuliah.

“Sebab kalauassignmentlambat, tidak mengapa, namun jika bisnes lambat, kita rugi duit. Jadi cabarannya, kami perlu timba banyak pengalaman contohnya dengan berhubung dengan golongan lebih dewasa,” tambah Imran.


Kelazatan ais krim Sangkaya ini bukan satu-satunya faktor yang mendorong lima sahabat ini untuk membuka cawangan Sangkaya, malah realiti keadaan ekonomi semasa membuatkan mereka mahu terus bekerja keras.

“Kami bukannya pelajar yang asalnya mewah. Bila tengok ekonomi sekarang dan juga pendapatan, untuk berhibur itu semua ada, tapi bila kami dah berjaya nanti. Maksudnya lebih baik kumpul duit sekarang dan bila dewasa sikit kita boleh berbelanja. Jadi konsepnya usaha dulu sekarang,” kata Imran.

Bagi pelanggan yang hadir hari ini, mereka kebanyakannya terdiri daripada rakan-rakan sekuliah daripada Fakulti Undang-Undang UiTM, Shah Alam.

Antaranya ialah Mustabshira Fahmi, 23, pelajar tahun akhir bersama suaminya Aker Nadjmi, 23.

“Mereka daripada awal lagi menjemput kami datang, namun kami tidak berkelapangan. Bila tengok ramaiuploadgambar Sangkaya, kami pun datang untuk memberi sokongan kepada rakan-rakan kami yang membuka cawangan bisnes ini,” kata Mustabshira.



Mustabshira Fahmi  pelajar tahun akhir perundangan UiTM Shah Alam, bersama suaminya Aker Nadjmi, hadir upacara perasmian Sangkaya SS15 untuk memberi sokongan kepada rakan-rakan kuliahnya.

Turut hadir memberi sokongan ketika upacara perasmian pembukaan cawangan ini ialah ahli keluarga mereka sendiri.

Antaranya kakak kepada Nurinhasanah Ida Mariam, 37 , yang kini berkerja sebagai penasihat undang-undang.

“Mereka melakukan bisnes ini dengan perkongsian bersama-sama, saya tidak berapa risau kerana mereka boleh membantu sesama mereka. Lagipun, bisnes mereka ini tidak nampak seperti skala besar jadi mereka seperti mampu menguruskannya bersama-sama.”

Aiskrim kelapa Sangkaya ini juga digemari golongan kanak-kanak.  - Astro AWANI / MARIAH AHMAD



Merotan ada caranya ikut Islam




SHAH ALAM - Hukuman rotan merupakan salah satu alternatif yang dibenarkan dalam Islam kepada ibu bapa untuk mendidik anak-anak agar mempunyai akhlak baik.

Pendakwah terkenal, Datuk Hassan Mahmud berkata, Islam telah meletakkan garis panduan merotan dengan cara yang betul tanpa menyeksa, mencederakan atau meninggalkan kesan kepada kanak-kanak itu sendiri.

“Islam agama yang mementingkan kasih sayang dan dalil dalam sebuah hadis Nabi Muhammad SAW turut menyatakan tentang hukuman terhadap kanak-kanak iaitu 'pukullah mereka sekiranya sudah berusia 10 tahun dan pisahkan tempat tidur mereka (antara lelaki dan perempuan)'.

“Namun, pukul itu bukan bermaksud memukul kanak-kanak itu dalam keadaan marah sehingga mencederakan mereka tetapi dengan cara penegasan penuh kasih sayang agar tidak mengulangi kesilapan mereka,” katanya.

Hassan berkata, sebarang keputusan dilakukan menteri atau kerajaan yang mempunyai hubung kait dengan agama sewajarnya dirujuk kepada pakar agama.

“Kita ada Majlis Fatwa negara, mufti dan alim ulama yang lebih mengetahui tentang agama, mengapa mereka dipinggirkan daripada memberi pandangan?

“(Kerajaan sepatutnya) menjadikan undang-undang yang mahu dilaksanakan berlandaskan syariat Islam,” katanya.

Menurutnya, ibu bapa juga perlu memahami hukuman rotan mengikut panduan Islam agar tidak tersalah dalam mendidik anak.

“Dalam keadaan marah, ibu bapa tidak dibenarkan merotan kerana bimbang tindakan tersebut akan menyebabkan kanak-kanak tercedera. Biasanya apabila marah manusia akan bertindak di luar kawalan dan tidak rasional.

“Jadi, pukullah anak-anak ketika kita rasional kerana menghukum itu bukan sewaktu kita marah,” katanya.

Selain itu Hassan berkata, ibu bapa juga perlu mengetahui bahagian tubuh kanak-kanak yang dibenarkan untuk dirotan.

“Jangan sesekali memukul anak-anak di bahagian sensitif dan meninggalkan kesan seperti muka, leher dan lengan. Rotan di bahagian tapak tangan dan tapak kaki tanpa mencederakan mereka kerana kita hanya mahu mendidik mereka,” katanya.


Rotan boleh, mendera guna rotan tidak boleh

Sementara itu, pensyarah di Fakulti Syariah dan Undang-Undang Universiti Sains Islam Malaysia, Nabila Yusof berkata, dalam mendidik anak-anak, ibu bapa perlu menekankan aspek kasih sayang dan ketegasan.

“Jangan sesekali marah anak-anak (sebelum berumur tujuh tahun) sekiranya mereka melakukan kesalahan tetapi ajar dan sayang mereka kerana pada umur tersebut kanak-kanak hanya perlu dimanjakan dengan kasih sayang.

“Tetapi bagi tempoh tujuh tahun seterusnya, aspek ketegasan perlu ditekankan oleh ibu bapa, sebagai contoh tegas apabila anak-anak tidak menunaikan solat, rotan mereka dan beritahu mereka tentang kebaikan solat,” katanya.

Menurutnya, mendidik menggunakan rotan tidak pernah menjadi satu kesalahan dalam Islam tetapi yang dilarang adalah mendera menggunakan rotan.

"Kebanyakan kanak-kanak yang didera akan terganggu emosinya. Berbeza pula dengan kanak-kanak yang diajar mengikut panduan Islam, sebenarnya rotan mengikut syariat Islam tidak berniat mencederakan tetapi meninggalkan kesan baik untuk akhlak kanak-kanak itu sendiri kerana pukulan daripada seorang ayah dan ibu hanyalah untuk mendidik.

“Apa yang  diajar oleh Nabi Muhammad SAW kepada manusia adalah perkara yang disuruh oleh ALLAH SWT, jadi mengapa pula kita mahu mempertikaikan cara mendidik menggunakan rotan,” katanya.

Amukan juara Malaysia



SENGKANG, Singapura – Malaysia membuktikan watak sebenar sang juara apabila mem­belasah Poland 8-0 pada aksi final Pusingan Kedua Liga Hoki Dunia di Stadium Hoki Sengkang semalam.
Lebih manis, kejayaan itu menyaksikan skuad hoki negara akhirnya buat pertama kali berjaya menjuarai kejohanan anjuran Persekutuan Hoki Antarabangsa (FIH).
Dalam aksi berat sebelah itu, skuad hoki negara bermula garang apabila membuka tirai ja­ringan melalui gol pukulan sudut penalti daripada penyerang berbisa, Faizal Saari pada minit ketiga.
Berselang empat minit kemudian, giliran kapten pasukan, Muhammad Razie Abd. Rahim menggandakan kedudukan buat Malaysia melalui pukulan sudut penalti.
Derita Poland semakin bertambah apabila Razie meledak gol kedua peribadi menjadikan kedudukan 3-0 menerusi pukulan sudut penalti pada minit ke-21.
Poland yang menduduki ran­king ke-18 dunia seperti tidak bermaya pada separuh masa pertama apabila hanya mampu melakukan dua serangan ke arah gawang gol Malaysia.
Bersambung suku masa ketiga, selepas beberapa kali satu lawan satu, kali ini Faizal tidak mensia-siakan peluang apabila menyudahkan gol keempat Malaysia pada minit ke-33.
Tersentak dengan jaringan itu, skuad bimbingan Jerzy Joskowiak cuba bangkit de­ngan memenangi tiga pukulan sudut penalti, namun kesemuanya gagal disudahkan de­ngan baik.
Pemain pertahanan negara, Nabil Fiqri Mohd. Noor kemudiannya mengambil kesempatan kekalutan di depan gawang Poland dengan jaringan kelima Malaysia pada minit ke-42 sekali gus ‘membunuh’ sisa-sisa perjuangan pasukan lawan.
Amukan anak-anak buah Tai Beng Hai tenyata tidak terhenti di situ apabila Tengku Ahmad Tajuddin Tengku Abd. Jalil pula menjaringkan gol keenam Malaysia menerusi gerakan solo menarik pada minit ke-48.
Tidak lama kemudian, giliran Muhamad Haziq Samsul pula meledak gol ketujuh (minit ke-55) sebelum Razie melengkapkan hatriknya menjadikan kedudukan 8-0 bagi menamatkan malam pesta Malaysia pada minit ke-60.
Sementara itu, tempat ketiga menjadi milik Jepun selepas menewaskan Oman 4-0 sekali gus menempah tiket mengi­ringi Malaysia dan Poland ke separuh akhir Liga Hoki Dunia di Belgium atau Argentina pada Jun depan.
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0126&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_01.htm#ixzz3PsxCHrCn 
Hakcipta terpelihara 

Pil ‘bakar’ tubuh



Alor Setar: "Seluruh badan dan muka saya pedih seolah-olah 'terbakar' akibat melecur serta melepuh selepas mengambil dua jenis pil dari sebuah klinik swasta di Perlis, minggu lalu.
"Akibatnya, saya kini menanggung penderitaan apabila seluruh badan sakit dan hanya mampu terlantar di atas katil sejak Khamis lalu disebabkan masalah kulit ini," kata pesakit yang dipercayai alah dengan pengambilan ubat berkenaan.
Wanita berusia 35 tahun yang enggan identitinya didedahkan itu dikatakan mendapatkan rawatan di klinik berkenaan Selasa minggu lalu dan diberi dua jenis pil itu untuk membantu meredakan masalah kebas yang dialaminya.
Dia yang menghidap kencing manis sejak dua tahun lalu dikatakan baru pertama kali mendapatkan rawatan di klinik berkenaan walaupun sebelum ini sering ke hospital kerajaan untuk membuat pemeriksaan.
Akibat masalah itu, seluruh wajahnya membengkak dan melecur yang disertai air bisa, kulit badannya berbintik di seluruh badan.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/26317#sthash.mbmZIW1a.dpuf


Rumah Semakin Mahal? Jom Beralih ke Rumah Kontena








Tidak dapat dinafikan, harga rumah di Malaysia semakin hari semakin mahal. Hal ini menyebabkan mereka yang ingin membeli rumah, lebih-lebih lagi golongan belia yang mahu membeli rumah pertama mereka, buntu untuk memiliki keperluan asas ini.

Memahami masalah ini tidak dapat dielakkan, seorang anak muda tempatan yang juga seorang web designer, Mohd Azree mengambil langkah alternatif iaitu dengan membina sebuah rumah kontena, trend rumah yang semakin popular di barat. 




Rumah kontena, atau dalam bahasa inggerisnya, container house merupakan rumah yang terbina dari beberapa blok kontena, yang biasanya boleh dijumpai di atas kapal pengangkut barang. Kemudian blok-blok kontena ini disambungkan menjadi sebuah rumah yang selesa mengikut citarasa pemilik sendiri.

7 Cara Paling Berkesan Menghalau Tikus Di Rumah!



Adakah anda fobia akan kehadiran makhluk yang bernama tikus? Jangan risau admin akan kongsikan cara menghalau tikus.

Tikus merupakan sejenis binantang yang bukan sahaja kotor dan cukup menggelikan, tetapi juga mengundang pelbagai penyakit yang boleh membawa kepada kematian.

Kehadirannya di dalam sesebuah kedai aman biar punhanya seekor sudah cukup membuatkan seseorang itu berasa tidak senang duduk!

Tidak seperti binatang lain seperti nyamuk, membasmi atau menghalau tikus sangatlah sukar. Ini adalah kerana umur tikus yang relatifnya lebih panjang serta kemampuannya membiak memang cukup tinggi. Sekali melahirkan, minimumnya enam ekor dalam masa kehamilan yang singkat.

Jadi, tidak harianlah jika anda melihat tikus yang menjadi penghuni tidak diundang di kediaman anda semakin hari semakin banyak, seakan tidak habis-habis.

Disebabkan itulah juga kita memerlukan cara efektif agar tikus berasa tidak tenang berada di rumah kita. Ada beberapa cara yang kerap di lakukan untuk menghalau dan membasmi tikus seperti menggunakan racun tikus, perangkap tikus dan penghalau tikus elektrik.

‘Saya maafkan’

Oleh Riadz Radzi 

riadz@hmetro.com.my





Kuala Lumpur: Bekas penyanyi Slam, Zamani Ibrahim, 43, memaafkan pihak yang bertanggungjawab merakam dan menyebar video dia disuruh menyanyi dalam keadaan tangan bergari ketika ditahan, baru-baru ini.
Abangnya, Zulfazil, 50, berkata, permintaan itu dilakukan Zamani sendiri ketika dia berjumpa dengan penyanyi itu di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang, di sini, 3.30 petang tadi.
“Dia takkan ambil apa-apa tindakan. Walaupun terkejut dengan keputusan Zamani tetapi saya bangga dengan tindakannya itu.
“Dia juga nampak sihat dan bersemangat kerana tahu ramai yang bersimpati dengannya berikutan kejadian itu,” katanya.
Zulfazil hadir ke IPD Ampang ditemani Presiden KARYAWAN Datuk Freddie Fernandez dan pengurus Zamani, Johan Aziz.
Zulfazil berkata, Zamani hanya tahu video berkenaan menjadi ‘viral’ selepas diberitahu Johan dalam pertemuan mereka petang tadi.
“Ketika bertemu saya tadi, dia bertanya sama ada penyebaran video itu serius atau tidak. Saya katakan ia serius kerana sudah menjadi viral di Internet serta menerusi aplikasi WhatsApp,” katanya.
Zulfazil berkata, dia yang mewakili keluarganya juga tidak akan mengambil tindakan kerana menghormati keputusan Zamani itu serta menyerahkannya kepada pihak polis.


Kisah Bayi Malang



Mari lah kita bersama mendoakan bayi ini sembuh dan dpt nikmati idup seperti bayi yg lain...ALLAHU AKBAR....menitis airmata lihat bayi ini menanggung derita...ya Allah...tlg la bayi ini...

Kisah Benar, Rezeki Dari Allah



Cerita petang tadi. Benar-benar terkesan di hati saya.
Sejak petrol turun harga saya tak pandai nak anggar harga petrol nak isi dalam cik bibah. Tadi tank masih ada dua bar. So saya agak ada la kat dlm 10-15 rggt je. So saya bayar di kaunter untuk isi RM50. Rupanya bila rm42 dah penuh.. saya pump juga sampai rm45. Takut nak isi lagi.. sebab pernah terjadi melimpah2 keluar petrol.
Saya malas nak gi masuk dalam minta refund lagi rm5. Nak burn je sayang pulak. Saya pegang nozzle sambil perhati kot2 ada motor masuk.. takde pon. Saya hampir nak letak balik sebab nak tutup lubang tempat isi minyak kat kereta, tapi saya cuba pegang nozzle sebelah tangan kiri, tu sambil tu tangan kanan menutup lubang minyak tu.. buat lambat2 sikit. Niat nak tunggu kot2 ada motor masuk.
Selesai je, hampir saya nak letakkan nozzle, ada satu motor datang ke pump sebelah. Budak muda, awal 20an saya kira. Saya panggil dia suruh tolak motor ke pump ni, saya cakap ada rm5 lagi, ambillah. Dia tolak motor ke tempat saya, dia seluk poket nak bayar, saya cakap tak payah, saya pass nozzle ke dia.

Mengembalikan mood yang hilang.





TIADA siapa di muka bumi ini yang menjalani hidup tanpa sebarang masalah. Cuma bagaimana cara masing-masing menangani dan berhadapan dengan masalah tersebut berbeza antara satu sama lain.
Adakalanya, masalah yang dihadapi memang betul-betul mencabar kesabaran dan berasakan bahawa ia tidak adil untuk diri anda.

Apabila semua itu berlaku, anda pasti tidak mempunyai mood atau semangat untuk meneruskan kerja atau aktiviti harian. Mood tidak baik itu akan dapat dilihat pada ekspresi wajah anda dan tanpa disedari membiarkan mood tersebut menguasai diri seterusnya memberi impak kepada orang lain.
Tahukah anda apabila mood anda tidak baik ia bukan sahaja memburukkan rupa anda malah menurut kajian, ia turut akan merendahkan sistem imunisasi tubuh. Dan apabila sistem imunisasi menurun anda kini lebih terdedah kepada pelbagai penyakit.
Panduan di bawah boleh menaikkan semula mood yang hilang seterusnya membakar semangat untuk hidup dalam suasana yang lebih sihat, ceria dan harmoni.

Rahsia Huruf Pertama Nama Anda

Pemilihan huruf pertama pada nama juga adalah penting. Berikut sebagai sedikit panduan.

A
Ramah dan murah senyuman. Mereka juga pandai menyesuaikan diri dalam pergaulan selain bijaksana dan cerdas. Kelemahannya, sangat mudah berasa hati, dan mudah mengeluarkan kata-kata pedas ketika meluahkan perasaan marah. Meskipun begitu marahnya mudah reda.

B
Selalu tenang dalam menghadapi masalah yang rumit dan membahayakan dirinya adalah ciri penampilannya. Mereka juga sangat setia dan penyabar, yang menjadikannya amat disenangi dalam pergaulan. Kelemahannya, sangat mudah tersinggung.

C
Ramah dan pandai berbicara. Ini yang menjadikannya popular di kalangan rakan-rakan. Mereka tidak bersungguh dalam bertindak dan selalu menganggap masalah yang dihadapi adalah remeh.

Fakta DJ

DJ...adalah satu nama @ gelaran yg. dipetik dr. singkatan perkataan bahasa inggeris DISC JOKIE @ DISCO JOKIE". Gelaran yg.diberi kepada seseorang yg. tugasnya menyampaikan maklumat & dlm. masa yg.sama turut bertanggungjawab menceriakan suasana@majlis dgn lagu2 & celoteh..bagi mendapatkan maklumat yg. mampu memberi kesan kepada pendengar, seorang DJ harus membuat rujukan dgn.mendapatkan fakta setiap cerita @ berita yg.ingin disampaikan..Banyak membaca antara formula yg. mudah diamalkan dlm.mendapatkan sesuatu maklumat @ berita..Apapun bergantung pd. kategori berita @ maklumat.

DJ ORANG KAHWIN...antara yg. paling mudah cara kendaliannya..maklumat biasanya hanya berkaitan keluarga pengantin, jemputan yg. hadir, susunan majlis (Istiadat), senda ringan & sesetengahnya turut di sulam dengan sessi nyanyian (Karaoke)...Tapi..kalau kena tuan rumah yg. ada "bajet" besar...aku buat mcm2. spt. acara permainan & kuiz..Walau nampak mudah tp. kena hati2 kerana ini majlis org. kalau tak kena gaya lain jadinya..

SEJARAH RADIO (DULU DAN SEKARANG)

APRIL 1946
Penubuhan Radio Malaya di Singapura.
1950 AN
Memandangkan kegiatan pengganas komunis semangkin meningkat dan sukar dibendung, siaran Radio Malaya telah diperluaskan. Kegiatan siaran Radio Malaya telah ditempatkan di Jalan Young, Kuala Lumpur.
1956
Siaran Radio Malaya telah berpindah ke Bangunan Persekutuan (Federal House) Kuala Lumpur.
16HB SEPTEMBER 1963
Nama Radio Malaya telah bertukar kepada RADIO MALAYSIA.
9 HB Mei 1972
Siaran Radio Malaysia telah berpindah ke bangunanya yang sekarang di Wisma Radio, Angkasapuri, Kuala Lumpur.
1994
Lesen radio swasta pertama telah dikeluarkan kepada TIME HIGHWAY RADIO (THR).
1995 DAN TAHUN-TAHUN SETERUSNYA:
Pengwujudan berbagai siaran Radio Swasta.
2009
JUMLAH STESEN RADIO: 62 BUAH (RTM: 32; SWASTA: 30)

Tentang AuRa FM





Assalamualaikum wbt dan Selamat Sejahtera!!!

Salam Siaran 1 Malaysia kepada anda!!!

Kami di AURAfm ingin mengucapkan Selamat Datang kepada anda.

1. Apakah AURAfm?

AURAfm - Gegaran Dunia Muzik Interaktif , merupakan salah sebuah radio online yang akan memberikan hiburan muzik dan informasi berguna setiap masa/waktu, tidak kira dimana jua anda berada. Dan AURAfm adalah sebuah radio dimana memberikan kelainan yang unik kepada para pendengar radio AURAfm. Mula ditubuhkan pada 3 Mei 2011 bertujuan untuk menjadi nombor 1 interaktif radio online dan seterusnya menjadi stesen radio berfrekuensi di Malaysia.Objektif utama adalah untuk membina masyarakat belia yang bersatu padu, berdisiplin, berakhlak tinggi dan bergerak maju dalam bidang sosial dan ekonomi serta untuk membina masyarakat yang sihat, cergas dan berbudaya sukan ke arah perpaduan dan pembangunan negara.” AURAfm juga mahu memastikan pendengar berpuas hati dengan lagu-lagu yang terkini yang diputarkan oleh Dj-dj AURA yang berpengalaman, mantap berserta info-info yang menarik.
2. Dan apa tu, AURAFM In The House?

Ya, AURAFM In The House adalah salah satu saluran kami berinteraksi bersama pendengar-pendengar dan pengikut setia kami. Dan anda berpeluang beramah mesra dan menambah kenalan menerusi di laman facebook kami di sini.

3. Senarai laman web / jaringan rasmi AURAfm?

http://www.aurafm.net/ ( Laman AURAfm)

4. Bagaimana nak dengar radio AURAfm?

UNTUK MENDENGAR RADIO KLIK SALAH SATU LINK DIBAWAH

Website Stream : http://www.aurafm.net/
nak dgrkan melalui BB.Android dan Iphone

5. Menarik di AURAFM In The House:

Keahlian tetap di AURAFM In The House.
Berpeluang untuk mendedikasikan ucapan dan lagu kepada orang yang anda sayang, rakan atau keluarga anda di radio AURAfm.
Berpeluang menjadi orang yang pertama, mengetahui undian, peraduan, informasi dan berita terkini mengenai aktiviti-aktiviti semasa radio AURAfm.
Jadi apa lagi!!! Jom beramai-ramai setia bersama kami di AURAfm melalui AURAFM In The House !!

Terima kasih kerana sentiasa bersama dengan kami di,

AURAfm - Gegaran Dunia Muzik Interaktif .

Jadual Bertugas Deejay

Jadual Bertugas Deejay