APRIL 1946
Penubuhan Radio Malaya di Singapura.
1950 AN
Memandangkan kegiatan pengganas komunis semangkin meningkat dan sukar dibendung, siaran Radio Malaya telah diperluaskan. Kegiatan siaran Radio Malaya telah ditempatkan di Jalan Young, Kuala Lumpur.
1956
Siaran Radio Malaya telah berpindah ke Bangunan Persekutuan (Federal House) Kuala Lumpur.
16HB SEPTEMBER 1963
Nama Radio Malaya telah bertukar kepada RADIO MALAYSIA.
9 HB Mei 1972
Siaran Radio Malaysia telah berpindah ke bangunanya yang sekarang di Wisma Radio, Angkasapuri, Kuala Lumpur.
1994
Lesen radio swasta pertama telah dikeluarkan kepada TIME HIGHWAY RADIO (THR).
1995 DAN TAHUN-TAHUN SETERUSNYA:
Pengwujudan berbagai siaran Radio Swasta.
2009
JUMLAH STESEN RADIO: 62 BUAH (RTM: 32; SWASTA: 30)
KURSUS-KURSUS
ANJURAN BIRO DJ, PENGACARA & PENYIARAN KARYAWAN MALAYSIA:
Kursus Persembahan & Penyampaian Radio
Kursus Pengacaraan Bicarawara TV (TV Talk Show)
Kursus Pengucapan Awam ( Untuk Pengacara)
KURSUS PERSEMBAHAN & PENYAMPAIAN RADIO
OBJEKTIF:
Memberikan panduan dan latihan asas lengkap penyiaran radio masa kini kepada para Penyiar/Juruhebah/DJ veteran yang sedang berkhidmat dan tidak mempunyai latihan penyiaran rasmi kaedah penyiaran radio masa kini.
Memperkembang, memaju, merngubah dan membentuk para Penyiar/Juruhebah/DJ veteran agar menjadi satu produk baru, dapat bersaing dengan stesen-stesen swasta saingan yang mepunyai Penyiar/Juruhebah/DJ jenerasi muda yang mendahului dan lebih menonjol dipasaran radio masa-kini.
Memberi panduan dan latihan asas lengkap penyiaran radio masa-kini kepada bakal Penyiar/Juruhebah/DJ jenerasi baru yang ingin bersaing dipasaran. Mereka adalah Penyiar/Juruhebah/DJ pelapis pada masa akan datang.
Menyuntik Etika dan Dasar Penyiaran Negara kepada mereka agar tidak tercedera dan menyimpang didalam mengendalikan penyiaran radio masing-masing.
Menimba ilmu dan pandangan penyiaran masa kini dari pengajar yang berpengalaman mengendali dan menguruskan berbagai stesen radio swasta.
Untuk mendapat Pengakuan Akhir atau ENDORSEMENT dari pengajar yang berpengalaman terhadap mutu persembahan dan penyampaian masing-masing.
HASIL-KURSUS:
Kesemua peserta Penyiar/Juruhebah/Dj Veteran dan jenerasi baru akan berimej dan bernafas baru, terlatih, lebih kreatif , berdayasaing dan mampu mengubah scenario penyiaran sekarang ini kepada mutu penyiaran masa depan yang lebih bercorak visual dan digital dengan tida kmengenepikan etika dan dasar penyiaran Negara.
Meningkatkan kewibawaan ketua penyiaran radio dinegeri masing-masing.
Mempertingkat jumlah pendegar atau rating sesebuah stesen radio dinegeri masing-masing.
Mempertingkatkan perolehan pendapatan pengiklanan ditempat masing-masing.
Produk stesen radio masing-masing akan lebih bercorak `mengikut kehendak pasaran’ dan mempermudahianya dipasarkan ke agensi-agensi pengiklanan dan k klien ditempat masing-masing.
PESERTA (KEUTAMAAN):
Penyiar/Juruhebah/DJ veteran yang telah lama diudara distesen masing-masing. dan yang mempunyai sikap mahu berubah dan pengimejan semula berdasarkan trend penyiaran masa-kini.
Bakal-bakal Penyiar/Juruhebah/DJ jenerasi baru .
MODUL KURSUS
A: INTEROGASI RADIO
Ini merupakan satu sesi penting bagi membedah-siasat secara mendalam setiap peserta yang menghadiri kursus berdasarkan : status kerjaya, status pengalaman , status pencapaian dan status perubahan setiap individu mengikut trend penyiaran masa kini.
Megenalpasti setiap kelemahan dan kekurangan setiap individu berdasarkan trend penyiaran masa-kini
Menyuntik pembaikan kepada kelemahan dan kekurangan setiap individu.
B: KREATIF RADIO
Ini merupakan satu modul lengkap yang meliputi segala aspek penyiaran radio masa-kini dengan mengutamakan etika dan dasar penyiaran Negara.
Sejarah dan Perkembangan Penyiaran Radio-Dulu & Sekarang
Kajian Perbandingan: Stesen RTM & Radio Swasta
Perancangan Interaktif Radio (inter-active Radio Programming): sasaran pendengar, format rancangan, format musik, format penyampaian & persembahan.
Mengena lvokal dan cara penyampaian
Interaktif Wawancara / Telefon / SMS - Salutasi dan Protokol
Mengenal Pemasaran Radio (Radio Marketing): Strategi Promosi & Pemasaran, Scenario Perbelanjaan Pengiklanan Radio atau RADIO-ADEX (RADIO Advertisement Expenditure)
C: FORENSIK RADIO
Persembahan praktikal oleh setiap peserta dan bedah-siasat setiap penyampaian.
Nama Kursus:
PENGACARAAN BICARAWARA TV (TV-TALK-SHOW)
Objektif:
Memupuk, mendidik, melatih dan menyuntik keaedah Pengacaraan Bicarawara TV masa kini kepada para peserta yang berpotensi agar menjadi seorang pengacara, penyampai atauTV Host profesional khususnya untuk rancangan Bicarawara TV.
Ini adalah satu-satunya modul kursus Bicarawara TV yang menggunakan Bahasa Malaysia sebagai bahasa komunikasi agar ianya lebih difahami oleh para peserta yang mengguna Bahasa Malaysia didalam pengacaraan rancangan Bicarawara TV, distesen masing-masing. Dengan cara demikian, para peserta akan dapat lebih memberi perhatian dan menjiwai modul yang diserapkan kepada mereka.
Hasil Kursus:
Diakhir kursus, adalah diharapkan para peserta akan menjadil ebih berkeyakinan
Peserta (keutamaan)
Bakal Pengacara TV Jenerasi Baru yang tidak berpengalaman / yang telah lulus ujian bagi Pengacaraan TV/ Pengacara Veteran yang ingin penjenamaan dan pengimejan semula melalui kaedah pengacaraan TV masa-kini..
Asas Pengacaraan
BICARAWARATV (TVTALK-SHOW)
Asas Pengacaraan TV
Jenis Pengacaraan TV
Bicarawara TV
KURSUS PENGUCAPAN AWAM (PUBLIC SPEAKING)
UNTUK PENGACARA
Ringkasan topik
Memahami urutan, model, kepentingan komunikasi dan pengucapan awam
Sebab-sebab permasalahan berkomunikasi
Teknik-teknik membina kredibiliti pengacara
Kepentingan dan cara menganalisis audien
Penggunaan bahasa dan stail
Kepentingan dan cara menjadi pendengar yang efektif
Teknik berfikir secara logikal dan kritikal dalam pengucapan awam dan persembahan
Cara memilih topik yang berkesan
Kategori-kategori pengucapan awam dan persembahan
Teknik persembahan (pembukaan, kandongandanpenutup)
Latihan dan ‘role-play’ para peserta
- penilaian