Mantap 40 Juta

Selamat Datang Ke Website AURAFM.

AURAFM - GEGARAN DUNIA MUZIK INTERAKTIF

Selamat Datang Ke Website AURAFM.

AURAFM - GEGARAN DUNIA MUZIK INTERAKTIF

Selamat Datang Ke Website AURAFM.

ONAIR

Selamat Datang Ke Website AURAFM.

Sound Sistem

Selamat Datang Ke Website AURAFM.

Karnival Kesedaran Kesihatan Dan Mesra Pengguna Anjuran PERSATUAN USAHAWITA HULU SELANGOR (U-WITA)



Memo 

DIJEMPUT DATANG BERAMAI-RAMAI BERSAMA KELUARGA 

KARNIVAL KESEDARAN KESIHATAN DAN MESRA PENGGUNA 

ANJURAN PERSATUAN USAHAWITA HULU SELANGOR (U-WITA)

TARIKH : 8.03.2015 AHAD
MASA :8.00PG - 4.00 PETANG 
TEMPAT : TAPAK PASAR MALAM BUKIT SENTOSA

Persatuan Usahawita Hulu Selangor



Dengan adanya PERSATUAN USAHAWITA  ini sebagai gerbang untuk mencapai ilmu yang tidak ada batasannya,setiap ahli akan berpeluang untuk meningkatkan diri masing-masing supaya dapat menyumbang kepada kemajuan kendiri,keluarga,masyarakat dan negara tercinta.
Dalam pada itu, persatuan masih terus berusaha untuk menambahkan keahlian di samping berusaha menyediakan pelbagai aktiviti dan rancangan untuk mencapai matlamat penubuhan persatuan.

Pahang pakar kebangkitan



GOPINATHAN menjaringkan gol berharga buat Pahang ketika menewaskan Yadanarbon FC 3-2 dalam saingan Piala AFC di Myanmar kelmarin.


PAHANG sememangnya layak me­nyandang gelaran sebagai King of Come Back apabila berjaya memenangi aksi sulung Kumpulan G Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) 2015 de­ngan menewaskan wakil
Myanmar Yadanarbon FC 3-2 di Stadium Mandalar Thiri, Myanmar kelmarin.
Malah pengendali Tok Gajah, Zainal Abidin Hassan (gambar kecil) menganggap ia sebagai tuah kepada pasukan mereka sambil memberi pujian kepada semangat anak buahnya yang tidak pernah kenal erti berputus asa dalam menyerap tekanan tinggi ketika situasi genting pada perlawanan tersebut.
Kata Zainal, kredit perlu diberikan kepada pemain sayap, R. Gopinathan yang bijak menghidu peluang untuk menjaringkan gol, sekali gus memperoleh tiga mata penuh berharga.
“Saya akui memang berdebar melihat sorotan perlawanan semalam (kelmarin). Pahang mendahului lawan sebanyak dua kali sebelum lawan berjaya menjaringkan gol pe­nyamaan.
“Jelas kesilapan pemain yang mudah hilang fokus berjaya dimanfaatkan pasukan tuan rumah. Pemain tengah dan penyerang pula seperti hilang sentuhan untuk mencipta gol.
“Secara keseluruhan, saya berpuas hati de­ngan prestasi mereka, ada peningkatan yang ditunjukkan dan yang lebih manis, kita menang untuk kali pertama tahun ini (Liga Super dan Piala AFC),” katanya semalam.
Gopinanthan menjadi wira Pahang selepas menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-89 selepas kedua-dua pasukan terikat dengan kedudukan 2-2.
Penyerang import Tok Gajah, Dickson Nwakaeme menjaringkan dua gol untuk memberi ke­lebihan kepada Pahang sebelum berjaya diikat oleh pasukan tuan rumah.
Mengulas mengenai kad merah yang diterima oleh kapten, Mohd. Razman Roslan beliau berkata, keputusan pe­ngadil adalah muktamad dan beliau menyifatkan ia berlaku selepas pemain itu kurang berhati-hati.
Bagaimanapun, beliau berharap pemain penting itu dapat beraksi dalam perlawanan pertama Piala FA menentang Johor Darul Takzim, Isnin depan.
“Saya tak pasti sama ada digantung atau tidak, kena periksa terlebih dahulu. Razman penting untuk perlawanan tersebut,” katanya.

Rozana didakwa larikan anak


Saat-saat bahagia Rozana dan Awie bersama tiga anaknya.


KUALA LUMPUR – Vokalis kumpulan Wings, Awie mendakwa dua orang anaknya, Putra Ahmad Rezzki dan Puteri Qasseh Antasha dilarikan isterinya, Rozana Misbun dari sekolah pada awal Februari lalu.
Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman, 47, mendakwa, kedua-dua anaknya, Putra Ahmad Rezzki, 7, dan Puteri Qasseh Antasha, 5, ‘hilang’ pada 9 Februari lalu semasa mereka berada di sekolah.
Dakwa penyanyi rock itu, kedua-dua anaknya itu disyaki dilarikan sekumpulan lelaki yang pergi ke sekolah mereka itu bersama Rozana tanpa memaklumkan kepadanya terlebih dahulu.
“Saya agak terkilan dengan tindakan mereka itu yang mengambil anak-anak saya begitu sahaja kerana ia merupakan satu tindakan kurang ajar dan tidak bertamadun.
“Sejak itu, saya juga dihalang untuk bertemu kedua-dua anak saya di rumah Rozana dan lebih merisaukan, mereka tidak dihantar ke sekolah untuk meneruskan pelajaran,” dakwa Awie ketika ditemui selepas pelancaran album Live Wings Rockestra@Istana Budaya dan aplikasi telefon pintar Wings Mobile App di sini semalam.
Bagaimanapun, menurut Awie, seorang lagi anaknya hasil perkongsian hidup dengan Rozana, 37, Putra Ahmad Merrah, 8, masih tinggal bersamanya di Ukay Perdana dekat sini.
“Sebenarnya, saya juga bimbang perkara tersebut turut berlaku ke atas seorang lagi anak saya, Putra Ahmad Merrah sehingga saya terpaksa memberhentikan dia dari sekolah dan cuba memohon untuk bersekolah dari rumah,” jelasnya yang sedih dengan kejadian itu.


Saya dianiaya pihak berkuasa, jadi mangsa keadaan - Nik Raina


Saya dianiaya pihak berkuasa, jadi mangsa keadaan - Nik Raina
Selama ini saya betul-betul rasa seperti dianiayai pihak berkuasa dan dijadikan mangsa keadaan, kata Pengurus kedai buku Borders Malaysia, Nik Raina.
KUALA LUMPUR: “Selama ini saya betul-betul rasa seperti dianiayai pihak berkuasa dan dijadikan mangsa keadaan.”

Inilah perasaan yang dilalui oleh pengurus kedai buku Borders Malaysia, Nik Raina Nik Abdul Aziz yangdibebaskan oleh Mahkamah Tinggi Syariahdaripada pertuduhan menjual dan mengedarkan buku yang bertentangan dengan undang-undang Islam.

Nik Raina berkata walaupun dari segi pandangan luar beliau kelihatan tenang tetapi Tuhan
sahaja yang tahu perasaannya.

“Ini merupakan pertama kalinya saya dapat betul-betul menghargai betapa nikmatnya perasaan kebebasan dan bersyukur kepada Allah kerana kebenaran telah didedahkan.

“Selama tiga tahun ini saya telah memikul beban yang amat berat; yang turut juga terkesan ialah ibu bapa dan keluarga saya. Saya berasa lega dan berharap pengalaman saya tidak akan dilalui oleh mana pihak terutamanya rakan sekerja saya yang hampir 90 peratus terdiri daripada bangsa Melayu dan beragama Islam.

“Ada setengah pihak yang telah memandang serong terhadap saya sekeluarga dan sedih mengenangkan ibubapa yang terpaksa mengharungi trauma ini bersama,” kata Nik Raina dalam satu kenyataan media semalam.

Nik Raina juga berkata beliau dan keluarganya sangat terharu serta gembira dengan keputusan tersebut.

“Kini kami boleh meneruskan hidup seperti biasa. Saya masih lagi bertugas di Borders dan amat sukacita untuk meneruskan kerjaya saya kini sebagai Pengurus Pelatihan,” katanya.

Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah memberi sokongan dan kata-kata dorongan kepada beliau selama tiga tahun melalui kes itu.

Nik Raina, 39, ditahan pada 30 Mei 2012 dan didakwa di bawah Seksyen 13 Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah Persekutuan) 1997 kerana ‘menyebar dan mengedar’ dengan kaedah menjual buku berjudul "Allah, Liberty and Love" (Allah, Kebebasan dan Cinta) yang kandungannya bertentangan dengan undang-undang Islam.

Dia didakwa di Mahkamah Tinggi Syariah pada 19 Jun 2012, dan pada 22 Mac tahun lalu Mahkamah Tinggi membuka peluang perbicaraan semula kepada Berjaya Books.

Bagaimanapun, pada 30 Disember tahun lalu, Mahkamah Rayuan membuat keputusan bahawa serbuan dan rampasan buku Irshad Manji oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) di kedai buku Borders tidak sah di sisi undang-undang kerana dibuat tanpa sebarang pengumuman larangan atau pengharaman oleh pihak kementerian.


Azmil Bergelar Juara Mentor Legend, Bawa Pulang RM300,000








Memperoleh 86 peratus markah secara keseluruhan, protege kepada Dayang Nurfaizah iaitu Azmil menepati ramalan apabila berjaya meraih gelaran juara program Mentor Legend yang berlangsung di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam, malam tadi.

Sisi serius Zizan,legasi Cicakman




ZIZAN RAZAK atau nama sebenarnya, Mohd. Razizan Abdul Razak sudah melangkah ke dalam dunia hiburan sejak mula menyertai program Raja Lawak musim pertama pada tahun 2007.
Meskipun usia penglibatannya masih hijau dalam kancah dunia seni, namun pencapaian yang diraih jejaka berasal dari Dungun, Terengganu itu benar-benar berjaya memahatkan namanya setanding barisan aktor hebat yang lain meskipun membawa profil diri sebagai pelawak.
Namun, kemuncak popularitinya sejak kebelakangan ini agak tergugat oleh beberapa kisah yang sedikit kelabu untuk dipamer kepada khalayak. Mungkin itulah harga yang perlu dibayar untuk anak seni sepertinya sepanjang merentasi paras pasang surut karier seni.
Satu hal yang ketara, Zizan jarang membuka mulut bercakap tentang galau yang berserakan di dadanya. Berkesempatan menemu ramah pelawak, pelakon, penyanyi dan pengacara itu dalam sesi temu bual eksklusif di PNB Darby Park Executive Suites, PNB Darby Park, Kuala Lumpur baru-baru ini, memberi ruang kepada Kosmo! untuk berkongsi lanjut kisah terkini lelaki itu kepada umum.

BUKAN sudah bosan tetapi acap kali dimomokkan dengan watak kelakar membuatkan Zizan teringin mencuba pelbagai watak lain, khususnya karakter serius dalam lakonan.


Tidak kisah soal populariti
Sekitar penghujung tahun lalu, namanya pernah diheret dalam kancah kontroversi dunia hiburan, sementelah dikatakan berlakunya perselisihan faham dengan bekas pengurus syarikat miliknya, WireFame Entertainment Sdn. Bhd.
Tambah memburukkan keadaan, perselisihan tersebut berlanjutan ke mahkamah dan episod saman menyaman mula mengeruhkan keadaan.
Bukan hanya melibatkan karier, bahkan catatan hidup jejaka yang merupakan anak bongsu daripada dua beradik itu kembali tergugat apabila kisah cinta bersama kekasih hati, pelakon Emma Maembong berantakan tidak lama selepas itu.
Bagaikan sudah tertulis rapi di atas kertas kehidupannya, Zizan akui, perkara tersebut datangnya sebagai ujian dan perginya sebagai pengajaran.
Namun, Zizan tidak memandang dugaan bertubi-tubi yang mencalar reputasi nama dan kariernya itu sebagai titik hitam, sebaliknya dia nekad untuk kembali bertatih sebelum gagah berdiri semula melawan deru arus cubaan di hadapan.
"Siginifikan popular itu tidak akan bererti kalau tiada bakat. Saya sangat berpegang bahawa populariti seseorang anak seni itu harus didahului dengan bakat, bukan rupa atau nama semata-mata.
"Itu menjadi rencah utama untuk sentiasa dihargai oleh peminat dan kekal menyinar dalam dunia seni yang tidak sah tanpa fenomena pasang surut.
"Kalau ditanya mengenai soal jatuh bangun saya sebagai seorang artis, saya tidak boleh memberi sebarang jawapan yang ampuh. Sebaliknya, apa yang saya boleh katakan, rezeki itu semuanya datang daripada Allah. Saya hanya mampu berusaha sekeras mungkin demi membina nama dan kepercayaan peminat.
"Saya tidak berapa kisah soal populariti tetapi untuk kerjaya sendiri, saya ada peraturan. Apa yang saya lakukan sekarang perlu seiring dengan peredaran zaman. Itu sangat penting kerana perkara itu berkait dekat dengan peminat. Jadi, berikanlah apa yang peminat kita suka, bukan apa yang kita suka," ujar Zizan panjang lebar.

ZIZAN bakal muncul dalam filem terbaharu terbitan KRU Productions Sdn. Bhd., Cicakman 3 yang akan ditayangkan di pawagam pada 12 Mac depan.


Jadi adi wira
Menyentuh soal filem terbaharunya, Cicakman 3 yang bakal ke pawagam bermula 12 Mac depan, Zizan berbesar hati memikul satu tanggungjawab meneruskan legasi watak adi wira tempatan itu.
"Sejujurnya, kalau ditanya perasaan saya ketika mendapat tawaran untuk memegang watak sebagai adi wira Cicakman, semua orang mempunyai jawapan yang sama. Sudah tentu saya sangat gembira, teruja, terkejut dan pada masa yang sama, berasa sedikit gementar.
"Saya memang pengikut setia filem Cicakman dan Saiful Apek pula merupakan pelawak kegemaran saya. Memang sangat terkejut ketika KRU Productions menawarkan watak Cicakman kepada saya. Ia bagaikan suatu mimpi di siang hari.
"Memang satu kesilapan jika saya tidak menerima tawaran berkenaan. Bukan memikirkan soal watak, nama atau imbuhan tetapi dalam hati, saya memang punya keinginan untuk membawa watak besar seumpama ini. Lagipun, filem Cicakman ialah produk kebanggaan pihak KRU Productions," ujar pelakon utama filem Abang Long Fadil itu.
Bercerita lanjut, kemunculannya sebagai adi wira dalam filem Cicakman 3 bukanlah untuk melupuskan ingatan peminat filem aksi komedi itu terhadap hero asalnya, Saiful Apek. Sebaliknya, dia hanya menjadi penyambung legasi kepada peninggalan karakter Saiful.
"Rasa teruja saya berpada-pada memandangkan keseronokan saya berlakon dalam filem ini sedikit terbatas kerana bimbang dibayangi oleh karakter Saiful yang dahulu. Saya tidak nafikan akan wujud perbandingan antara watak yang dibawa oleh kami berdua.
"Bukan hak saya untuk komen apa-apa kalau ada juga sesetengah pihak membuat perbandingan kelak. Itu semua terpulang kepada individu untuk menyatakan pendapat masing-masing. Bagi saya, kepada sesiapa yang mengikuti dua buah filem Cicakman terdahulu, maka mereka akan mengenal pasti kelainan, sekali gus menilai dengan mata hati kerja kami sebagai Cicakman.
"Saya berusaha keras untuk membawa watak tersebut dengan cara sendiri. Di tangan Yusry KRU dan Ghaz Abu Bakar selaku pengarah, mereka juga memastikan yang terbaik agar saya tidak dibayangi Saiful Apek," ujar Zizan yang pernah menyandang gelaran juara dalam rancangan Super Spontan 2012.
Idam watak baharu
Lahir dalam industri sebagai seorang pelawak, tidak hairanlah jika sifat komedi yang diketengahkan dalam kebanyakan filem dan drama lakonannya. Lumrah seorang anak seni, menguasai karakter yang sama bukanlah suatu kepuasan. Zizan kini memasang impian memburu karakter baharu sebagai variasi kerja lakonnya.
"Dalam filem Tokan dahulu, itulah kali pertama saya diberi kepercayaan memegang watak yang serius. Watak sebagai Mat Lobe dalam filem itu membuktikan bahawa saya juga boleh melakukan sesuatu di luar kebiasaan.
"Sudah lama saya pasang impian untuk berlakon watak romantik komedi. Kebiasaannya orang akan lihat saya sebagai seorang lelaki kelakar tetapi kali ini saya mahu berada di tengah-tengah antara watak kelakar dengan serius," getus Zizan yang bakal muncul dengan dua buah filem baharu, Polis Evo dan Usop Wilcha Dalam Werewolf Dari Bangladesh tidak lama lagi.


Teknologi rumah pintar


TEKNOLOGI rumah pintar kawal kelengkapan di rumah dari jarak jauh.

Kuala Lumpur: Anda di pejabat atau sedang beriadah di luar rumah, tiba-tiba teringat paip gas memasak di rumah atau lampu masih tidak dimatikan. Apakah tindakan anda? Pulang ke rumah atau biarkan saja dengan bersangka tiada perkara buruk akan berlaku.

Situasi ini sememangnya biasa berlaku dalam kalangan kita yang kadangkala terlupa untuk melakukan perkara yang boleh mengelakkan pembaziran atau melindungi aset berkenaan daripada terdedah dengan ancaman kemalangan.

Namun, sejak kebelakangan ini pelbagai syarikat teknologi memperkenalkan rumah pintar yang mana pemilik kediaman boleh meninjau persekitaran rumah dan mengawal selia penggunaan elektrik hanya menerusi telefon pintar.

Perkembangan teknologi ini nampaknya semakin menular dalam pelaksanaan projek kediaman di Malaysia kerana ia menjadi salah satu cara yang boleh membantu pemaju memperkenalkan produk kediaman secara unik dan mengikut perkembangan semasa.
EzVille iaitu salah satu jenama asing yang mempunyai teknologi berkenaan dan di Malaysia ia diedarkan secara eksklusif oleh Somfy Pte Ltd.

Pengurus bagi pasaran Malaysia dan Brunei EzVille, Chua Kian Lin berkata, ketika ini situasi pasaran kediaman di Malaysia memerlukan sesuatu yang baru di dalam konsep pembinaannya yang mana bukan sekadar mewujudkan satu ruang untuk didiami pembeli, tetapi perlu mewujudkan satu keperluan baru iaitu teknologi rumah pintar.

Beliau berkata, teknologi rumah pintar mudah untuk digunakan bagi satu kawasan berpagar atau mempunyai komuniti tersendiri seperti kondominium atau apartment.
“Ini kerana, satu sistem induk akan diwujudkan dalam kawasan perumahan itu bagi memudahkan pengurusan rumah pintar dilakukan oleh pihak pengurusan.
“Sistem bersepadu rumah pintar ini mempunyai banyak manfaat sama ada kepada pemilik kediaman atau pihak pengurusan kediaman terutama boleh mengurangkan tenaga kerja manusia,” katanya.

Antara manfaat daripada pemasangan sistem rumah pintar ini ialah pemilik boleh mengawal selia penghawa dingin sistem dan elektrik menerusi aplikasi gajet pintar, membuat pesanan atau nota kepada pihak pengurusan hanya menerusi skrin yang disediakan, membuat tempahan penggunaan gym, sauna atau pembelian barang runcit.

Chua berkata, bagi kos pemasangan sistem rumah pintar ini lebih murah sekiranya kerjasama dengan pemaju perumahan diadakan kerana kos produk akan dimasukkan terus dalam nilai penjualan rumah kepada pembeli.

“Sekiranya ia dipasang mengikut rumah individu akan lebih mahal kerana dianggarkan harga minimum bagi satu kediaman saja bagi sistem asas boleh mencecah RM30,000.
“Pasaran kediaman Malaysia ketika ini ke arah sistem perumahan lebih berteknologi sama seperti yang berlaku di Korea sejak tahun 2007 kerana di negara berkenaan, sekiranya sistem rumah pintar tidak diwujudkan, ia akan mengurangkan permintaan pembeli kerana masyarakat kini ingin sesuatu yang mudah dan memberi perlindungan kepada mereka,” katanya.

Katanya, pihaknya melihat penggunaan sistem rumah pintar akan berkembang di banyak projek kediaman di Malaysia dalam tempoh lima tahun kerana ketika ini terdapat banyak syarikat pemaju mula ke arah penyediaan teknologi itu kepada pembeli.

Kenangan yang ditinggalkan Sudirman segar selama-lamanya


Kenangan yang ditinggalkan Sudirman segar selama-lamanya
Berita kematian Sudirman Hj Arshad di muka depan akhbar Mingguan Malaysia pada 23 Februari 1992 - Foto Mingguan Malaysia

KUALA LUMPUR: Hari ini, 22 Februari genap 23 tahun pemergian penyanyi kesayangan ramai Dato Sudirman Hj Arshad pulang ke pangkuan Ilahi.

Sudir, nama yang akan terus meniti bibir peminatnya saban tahun, tidak pernah lekang namanya dari ingatan terutama para peminatnya.

Awal pagi tadi, anak saudara kesayangan Sudirman Hj Arshad, Atai bersama keluarga dan beberapa peminat hadir ke Tanah Perkuburan Islam Chengal untuk menziarahi pusara Penghibur Nombor Satu Asia itu.

Atai anak saudara Allahyarham bersama keluarga dan peminat di pusara Allahyarham Sudirman Hj Arshad di Tanah Perkuburan Chengal, Pahang. - Foto Facebook Sudirman Hj Arshad

Atai anak saudara Allahyarham bersama keluarga dan peminat di pusara Allahyarham Sudirman Hj Arshad di Tanah Perkuburan Chengal, Pahang. - Foto Facebook Sudirman Hj Arshad

Sudir legenda muzik negara, tiada galang ganti dan legasi yang ditinggalkannya terus segar hingga ke hari ini.

Siapa yang boleh melupakan lagu-lagu ikonik Allahyarham antaranya Pelangi Petang, Merisik Khabar, Warisan, Milik Siapakah Gadis Ini, Sepetang Di Pinggir Bukit dan banyak lagi.

Bait lirik daripada lagu nyanyiannya, Warisan baru-baru ini diangkat sebagai tema Hari Kebangsaan yang ke-57 "Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta".


Doa Naik Kenderaan Dan Tip Perjalanan Jarak Jauh


 

Doa Naik Kenderaan Dan Tip Perjalanan Jarak Jauh 

Doa kepada Allah swt mohon keselamatan semasa memandu dalam perjalanan kita.... Memandu kenderaan untuk perjalanan jarak sama ada pulang ke kampung atau ada urusan lain yang jauh memerlukan persiapan dari segi fizikal dan mentaliti. Semua persiapan ini adalah bagi mengelakkan berlakunya perkara yang tidak diingini sepanjang perjalanan.
Sesal dulu pendapatan, sesal kemudian tiada pendapatan bukan?

Penyanyi lagu "Getaran", Famiza meninggal dunia


Penyanyi lagu "Getaran", Famiza meninggal dunia
Famiza mula menempa nama dalam industri muzik tempatan ketika baru berusia 16 tahun menerusi pertandingan Bintang RTM 1988. - Gambar Facebook Famiza

KUALA LUMPUR: Penyanyi yang pernah terkenal dengan lagu “Getaran”, Famiza Zulkifli meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL) malam tadi akibat masalah jantung.

Sinonim dengan nama komersil Famieza pada era 80-an penyanyi berusia 43 tahun dan menghembuskan nafas terakhir pada jam 11.20 malam.

Bakat Famiza mula diasah ketika berusia 16 tahun dan beliau mula mendapat perhatian peminat menerusi pertandingan Bintang RTM pada tahun 1988.

Tengku Mahkota Kelantan ziarah keluarga, pusara Nik Aziz


TMK

Tengku Mahkota Kelantan, Dr Tengku Muhammad Fa'iz Petra Sultan Ismail Petra (tengah) mengaminkan doa ketika menziarahi kubur Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. - Foto Bernama


KOTA BHARU: Tengku Mahkota Kelantan Tengku Muhammad Faiz Petra hari ini berkenan menziarahi keluarga bekas menteri besar Kelantan Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Pulau Melaka di sini.

Tengku Muhammad Faiz yang berangkat tiba pada kira-kira 5.30 petang, disambut isteri Allahyarham, Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak, anaknya Nik Mohamad Abduh dan beberapa anggota keluarga yang lain.

Hadir sama bonda saudara Tengku Mahkota Kelantan, Tengku Datuk Salwani Sultan Yahya Petra.

Pelakon Datuk Eizlan Yusof sah cerai talak satu


Vie Santie, selaku plaintif memfailkan permohonan pengesahan lafaz cerai itu mengikut Seksyen 57 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Negeri Selangor 2003. - Gambar fail

KUALA LUMPUR: Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur semalam mengesahkan pelakon filem Pisau Cukur, Datuk Eizlan Yusof dan isterinya, Datin Vie Santie Harun cerai talak satu.

Mahkamah mendapati lafaz yang diucapkan oleh Eizlan terhadap Vie Santie pada 28 September tahun lalu adalah sah dan mengikut syarak, lapor Harian Metro.

Mahkamah juga merekodkan perjanjian persetujuan bersama pasangannya itu antaranya nafkah edah diserahkan pada budi bicara Eizlan dan Vie Santie tidak akan menuntut mutaah.

Hak penjagaan anak diserahkan kepada Vie Santie namun Eizlan diberi hak bersama dan bermalam dengan tiga anak mereka pada bila-bila masa yang munasabah seperti dipersetujui pasangan itu.

Vie Santie memfailkan permohonan pengesahan lafaz cerai itu mengikut Seksyen 57 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Negeri Selangor 2003.

Hasil perkahwinan pasangan itu dikurniakan tiga cahaya mata Vie Zaara, Zareef Yusof dan V Zaalia yang berusia antara dua hingga enam tahun.


Calon lima teratas ABPBH 2014 diumum


 FINALIS ABPBH 2014 bergambar di sisi Toyota Vios yang bakal dihadiahkan kepada pembaca bertuah selepas majlis pengumuman finalis ABPBH di Hotel Royale Chulan, Kuala Lumpur hari ini. - Foto Sairien Nafis

KUALA LUMPUR: Bahang kehangatan Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) 2014 terus dirasai saat ini apabila calon lima teratas bagi 15 kategori dipertandingkan diumumkan di lokasi penaja rasmi sidang media, Hotel The Royale Chulan.
Turut diumumkan finalis untuk setiap tujuh kategori online. Jelas di sebalik kemaraan calon wajah baru, calon lama yang cukup sinonim dengan anugerah kebanggaan akhbar ini juga terus relevan.
Contohnya seperti Aaron Aziz, Shaheizy Sam, Fara Fauzana, Datuk Aznil Nawawi, Zizan Razak, Didie Alias, Jihan Muse, Hafiz dan Stacy.
Nama baharu yang dilihat menepati ramalan berdasarkan populariti segera diraih pula seperti Ayda Jebat, Amyra Rosli, Puteri Balqis dan Zul Ariffin.
Pencarian Bintang Popular untuk setiap 15 kategori yang dipertandingkan dan Bintang Paling Popular bermula dari 18 Februari hingga 25 Mac 2015. Borang undian pusingan kedua akan disiarkan di akhbar BH dan BH Ahad untuk pembaca memilih artis kesukaan mereka bagi setiap kategori.
Pemenang Bintang Popular dan Bintang Paling Popular dipilih berdasarkan kiraan undi tertinggi yang diterima oleh BH. Mekanisme yang sama juga digunakan untuk pemilihan pemenang kategori online yang turut bermula dari tarikh yang disebut tadi.
Undian boleh dibuat menerusi laman web ABPBH; www.abpbh.com.my. Selain dari siri jelajah yang diadakan di lokasi seperti Village Mall, Sungai Petani Kedah (6 & 7 Mac), Kompleks Pasir Gudang Johor (13 & 14 Mac) dan lokasi terakhir Berjaya Mega Mall, Kuantan Pahang (20 & 21 Mac), ABPBH tidak ketinggalan meneruskan Program Tanggungjawab Sosial pada tahun ini.
Pengumuman disempurnakan oleh Pengarang Hiburan BH merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengelola ABPBH 2014, Shamshul Azree Samshir.
Beliau turut mengumumkan peraduan #abpbhcinta di laman sosial instagramnya bermula 2 Februari hingga 25 Mac depan.
Peraduan yang berlangsung selama empat minggu ini membawa empat tema yang berlainan iaitu minggu pertama, adalah 'Cinta Alam' yang bermula pada 2 hingga 11 Februari, minggu kedua 'Cinta Fauna' pada 16 hingga 25 Februari, seterusnya 'Hubungan Akrab' pada 2 hingga 11 Mac dan yang terakhir adalah 'Gaya Hidup' pada 16 hingga 25 Mac.
PENGARANG Kumpulan BH, Datuk Mahfar Ali (tengah) bergambar bersama penaja dan finalis   ABPBH 2014 selepas majlis pengumuman di Hotel Royale Chulan, Kuala Lumpur hari ini. - Foto Sairien Nafis

Sementara itu, Pengarang Kumpulan BH juga selaku Penaung ABPBH 2014 Datuk Mahfar Ali, turut menerima penyerahan tajaan daripada rakan penaja iaitu Harmony Mall Sdn Bhd, pengeluar kosmetik Zarra Sinar Puteri yang menjadi penaja platinum manakala penaja emas adalah Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam, Alam Flora Sdn Bhd, SWM Environment Sdn Bhd dan Environment Idaman Sdn Bhd.
UMW Toyota Motor Sdn Bhd pula menaja kereta Toyota Camry dan Vios bagi pemenang utama. Stesen Televisyen Malaysia Berhad (TV3) sebagai penyiar televisyen rasmi, HotFM sebagai radio rasmi dan TonTon sebagai platform digital rasmi.
Rakan penaja lain seperti Resorts World Genting yang menaja lokasi rasmi ABPBH 2014 dan Hotel The Royale Chulan Kuala Lumpur yang menaja lokasi sidang media rasmi serta HTC Malaysia Sdn Bhd dan The Swatch Group (Malaysia) Sdn Bhd.
Anugerah 'People's Choice' terunggul ini yang sudah memasuki edisi ke-28 akan bersiaran secara langsung dari Arena of Stars, Kota Keriangan Genting Highlands dan disiarkan secara langsung di stesen televisyen TV3 dan radio HotFM pada jam 9 malam, 5 April 2015.
Kategori dipertandingkan
1 - Artis Baharu Lelaki Popular
Hafreez Adam
Hisyam Hamid
Nazrief Nazri
Shukri Yahaya
Syarul Ridzwan
2 - Artis Baharu Wanita Popular
Aisyah Aziz
Amyra Rosli
Ayda Jebat
Indah Ruhaila
Puteri Balqis
3 - Pengacara TV Lelaki Popular
AG
Awal Ashaari
Datuk AC Mizal
Datuk Aznil Nawawi
Zizan Razak
4 - Pengacara TV Wanita Popular
Fara Fauzana
Heliza Helmi
Jihan Muse
Neelofa
Scha Alyahya
5 - Penyanyi Lelaki Popular
Aizat Amdan
Akim
Asfan
Hafiz
Hazama
6 - Penyanyi Wanita Popular
Adira
Alyah
Dayang Nurfaizah
Fynn Jamal
Stacy
7 - Artis Duo/Berkumpulan Popular
6ixth Sense
Akim & The Magistrate
Azhael
Black & RJ
Hijjaz
8 - Pelakon TV Lelaki Popular
Aaron Aziz
Adi Putra
Amar Baharin
Shah Iskandar
Sharnaaz Ahmad
9 - Pelakon TV Wanita Popular
Atikah Suhaime
Ayda Jebat
Emma Maembong
Nad Zainal
Siti Saleha
10 - Pelakon Filem Lelaki Popular
Aaron Aziz
Adi Putra
Shaheizy Sam
Zizan Razak
Zul Ariffin
11 - Pelakon Filem Wanita Popular
Atikah Suhaime
Cristina Suzanne
Neelofa
Sara Ali
Siti Saleha
12 - Artis Komedi Lelaki Popular
Abam
Achey
Jep Sepahtu
Shuib Sepahtu
Zizan Razak
13 - Artis Komedi Wanita Popular
Didie Alias
Dottie
Enot
Ifa Raziah
Jihan Muse
14 - Penyampai Radio Lelaki Popular
AG (Hot)
Deen (Hot)
Ebby Halim (Klasik)
Johan (Era)
Salih Yaccob (Sinar)
15 - Penyampai Radio Wanita Popular
Abby Fana (Sinar)
Adibah Noor (Suria)
Anisma Azwati Ahmad (Klasik)
Dina Nadzir (Era)
Fara Fauzana (Hot)



Jadual Bertugas Deejay

Jadual Bertugas Deejay