Wajah Raja Ema Persis Eina Azman Selepas Perangkan Rambut

Pelakon popular 80-an Raja Ema telah memuat naik beberapa keping foto terbarunya di akaun peribadi Instagramnya pada Isnin.

Gaya terkini Raja Ema itu menarik perhatian ramai pengikutnya apabila tampil dengan warna rambut perang keemasan.

Selain peminat yang memuji gaya terbarunya, ada juga yang berpendapat wajah Raja Ema persis pelakon Eina Azman dengan warna rambut barunya itu.

Foto-foto tersebut di kongsi Emma untuk mempromosikan koleksi baju tidur jenamanya sendiri iaitu ‘Raja Ema Sleep Wear Collection 2015’.

Bagaimanapun, tidak kurang juga yang menghentam pelakon berusia 40an itu kerana berasakan gaya terkininya seakan tidak bersesuaian umurnya.

Antara pengikut-pengikut Instagram Raja Ema yang meninggalkan komen pada foto-foto yang di ambil ketika sesi fotografi pakaian tidur tersebut:

Raja Ema atau nama sebenarnya Raja Ema Raja Ibrahim adalah seorang penyanyi, pelakon dan model terkenal di Malaysia pada pertengahan 1980-an dan awal 1990-an.

Lagu-lagu beliau cukup popular sekitar era 80an dan sering kali diputarkan di corong-corong radio, antara lagunya iaitu Jejaka Idaman, Pertemuan Ini, Kekasih Sepi, Angan-angan, Sebuah Catatan Remaja dan Mentari Korea.

Selain menyanyi, dia juga merupakan seorang pelakon filem terkenal di era 80an dan awal 90an, antara filem lakonannya ialah Sayang, Mawar Merah, Boss, Queen Control dan Cikgu Romantik.

Raja Ema juga telah berlakon dalam 7 buah filem di Indonesia.

Allahyarhamah ibunya Yusni Jaafar juga merupakan seorang pelakon.                                                           

Jadual Bertugas Deejay

Jadual Bertugas Deejay