Cuma Dibayar RM50 Pelakon Tambahan Buat Laporan Polis


KONONNYAdijanjikan bayaran RM100 sehari bagi menjalani penggambaran selama 11 hari, namun semua itu hanya mimpi!



Seorang pelakon tambahan yang hanya mahu dikenali sebagai Khai, 20, mendakwa ditipusekitar November lalu setelahmenerima tawaran menjadi extra bagi sebuah filem yang menjalani penggambaran di Sabak Bernam, Selangor.


Tawaran tersebut dibuat sebuah syarikat perfileman selepas mereka mengadakan rundingan di Bandar Baru Sentul pada 10 November 2014.

Berdasarkan rundingan diasetuju untuk turut sama dalam sesi penggambaran selama 11 hari denganbayaran RM100 sehari, selaintempat tinggal dan duit petrol kenderaan disediakan syarikat terbabit.

Namun ia hanya indah khabar dari rupa! Setibanya Khai di set pada hari penggambaran, dia bersama seorang lagi pelakon tambahan dimaklumkan tentang rombakan jadual penggambaran oleh pihak produksi.

Rombakan itu membuatkan dia dankenalannya itu hanya akan terlibat dalam penggambaran bermula hari kelapan. Namun demikian, pihak produksi berjanji akan membayar mereka walaupun jadual telah dirombak.

Bagaimanapun saya terkejut apabila hanya menerima RM50 selepas selesai penggambaran. Sepatutnya saya menerima bayaran RM800, namun pihak agensi memberitahu baki bayaran akan dijelaskan kelak, kata Khai kepada Harian Metro.

Bagaimanapunsehingga kini, bayaran tersebut gagal dilunaskan oleh pihak produksi. Justeru Khai membuat satu laporan di Balai Polis Bukit Jalil bagi menuntut haknya yang dinafikan. -MYNEWSHUB.CC

Jadual Bertugas Deejay

Jadual Bertugas Deejay