Dalam pada itu, persatuan masih terus berusaha untuk menambahkan keahlian di samping berusaha menyediakan pelbagai aktiviti dan rancangan untuk mencapai matlamat penubuhan persatuan.
2.Antara program yang bakal dilaksanakan ialah Kanival usahawita ,ceramah kesihatan,motivasi diri,kelas-kelas masakan dan lain-lain kelas dengan kerjasama kolej komuniti hulu Selangor,dan lain-lain lagi.
3.Kami juga menganjurkan seminar-seminar, perbincangan, bengkel-bengkel serta roadshow dalam setiap kawasan yang dikunjungi bagi memenuhi keperluan para usahawan untuk menempuh dunia perniagaan yang kian mencabar masa kini.Selain itu, kami berusaha untuk menyediakan satu platform bagi memudahkan urusan para usahawan serta mendapat sokongan dari agensi kerajaan yang menyokong penuh program yang di anjurkan oleh USAHAWITA bagi membantu bakal usahawan.
4.Selain itu, pihak kami akan memberi nasihat serta bimbingan tentang pembiayaan perniagaan bagi usahawan-usahawan yang ingin memulakan perniagaan atau yang ingin merancang untuk mengembangkan lagi perniagaan mereka.
5.Akhir sekali, pihak USAHAWITA akan membantu Ahli-ahli yang bercadang untuk berniaga atau yang mempunyai masalah dalam perniagaan mereka melalui sesi kaunseling perniagaan yang mana merupakan komunikasi berkesan untuk menyelesaikan permasalahan mereka.
VISI
Membangunkan Usahawita yang berilmu dan berwawasan,berkualiti sejajar dengan saranan kerajaan mewujudkan budaya keusahawanan dikalangan rakyat Malaysia khasnya WANITA.
MISI
Melahirkan generasi USAHAWITA profesional dan berjaya yang dilengkapi dengan teknologi terkini dalam pasaran domestik menjadi usahawan yang berdaya saing dipasaran global.
OBJEKTIF
Menjayakan seranan kerajaan dalam bidang keusahawanan USAHAWITA dan membantu rakyat untuk mencapai wawasan 2O2O.