Home »
» Berhati-hati Beli Ikan Keli Di Pasaran, Elak Dari Sumber Diragui
Berhati-hati Beli Ikan Keli Di Pasaran, Elak Dari Sumber Diragui
By AuRa FM
KUALA TERENGGANU, 2 Feb (Bernama) - Orang ramai di Terengganu dinasihatkan supaya supaya lebih berhati-hati ketika membeli ikan keli di pasar-pasar negeri ini bagi mengelak mendapatkannya daripada sumber yang diragui kehalalannya.
Pengarah Perikanan Terengganu, Abdul Khalil Abdul Karim berkata ketika ini terdapat banyak lambakan ikan keli dari pantai barat yang dijual di sini dengan harga yang murah tanpa diketahui sumber halal dan haramnya ikan itu.
"Biarlah kita tahu dari mana ikan-ikan itu, halal haramnya dan tahap kebersihannya. Ini kerana kita sedia maklum terdapat ikan keli yang dipasarkan bercanggah dengan fatwa yang dikeluarkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) tentang status halal haramnya ikan berkenaan," katanya kepada Bernama pada Isnin.
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-73 yang bersidang pada April 2006 memutuskan bahawa ikan yang dipelihara di dalam kolam ternakan dan seupamanya adalah haram dimakan sekiranya ikan itu sengaja dipelihara dalam air najis seperti daging babi, bangkai atau sebagainya.
Abdul Khalil berkata kesan dari lambakan ikan keli itu menyebabkan penurunan harga ikan keli di pasaran negeri ini serta menjejaskan kehidupan penternak hidupan itu yang turut mengalami kerugian.
Sebelum ini, seorang pengusaha ikan keli terbesar di Terengganu, Zakaria Harun, yang memiliki sijil halal ternak keli, mendakwa banyak penternak ikan keli di negeri ini mengalami kerugian ekoran lambakan ikan itu yang dijual dengan harga serendah RM3 sekilogram.-bernama
Related Posts:
Tahukah anda apa kandungan asap jerebu?Tahukah anda apakah kandungan yang terdapat dalam asap jerebu serta beza antara zarah jerebu 10 mikron atau jirim zarahan, PM10 dan PM2.5? Kajian memb… Read More
Kamera Baharu Kesan Nombor Plat Kenderaan Dengan Saman TertunggakKUALA LUMPUR: Dalam satu strategi terkini terhadap pengguna jalan raya yang mempunyai saman tertunggak, polis akan mula menggunakan 20 kamera dilengka… Read More
Dengarkan siaran langsung di AuraFM pada 24.10.2015 di Alami Garden Hotel,Shah Alam 📡 Siaran Langsung di Radio Internet AuraFM pada 24.10.2015 di Alami Garden Hotel Shah Alam dalam segmen Info Niaga.Jom temui dj-dj aurafm di temp… Read More
Rahsia Besar Lynk.My Yang Perlu Anda Tahu Ini adalah maklumat yang baru saya terima. Saya ingin berkongsi kepada anda semua beberapa rahsia besar mengenai Lynk.my yang dimiliki oleh… Read More
5 "Trik" Dealer Kereta Yang Semua Orang Perlu Tahu Untuk "Selamat" Semasa Membeli Kereta.Membuat keputusan untuk kereta bukan perkara yang mudah.Disebabkan itu di setiap tempat menjual kereta, anda akan menemui seseorang yang dipanggil "ca… Read More
Jadual Bertugas Deejay
