Mantap 40 Juta

Selamat Datang Ke Website AURAFM.

AURAFM - GEGARAN DUNIA MUZIK INTERAKTIF

Selamat Datang Ke Website AURAFM.

AURAFM - GEGARAN DUNIA MUZIK INTERAKTIF

Selamat Datang Ke Website AURAFM.

ONAIR

Selamat Datang Ke Website AURAFM.

Sound Sistem

Selamat Datang Ke Website AURAFM.

Projek MUSLIM FACTORY HUB

Imej mungkin mengandungi: pencakar langit

[KAJI SELIDIK BMF]

Sekiranya ada satu kumpulan orang muslim kita cuba menjayakan BMF ini, adakah ahli group ini akan sokong 100%??

Sekarang ini sedang giat sekumpulan orang bumiputra muslim kita berusaha menjalankan projek MUSLIM FACTORY HUB.

Projek MUSLIM FACTORY HUB ini mengambil tanggungjawab menghimpunkan semua produk keluaran Kilang Muslim kita seluruh Malaysia di sebuah tempat untuk memudahkan pemasaran produk-produk tersebut sampai kepada pemborong muslim, peruncit muslim, peniaga muslim dan seterusnya kepada pengguna muslim khasnya.

Ia bertujuan untuk memudahkan orang ramai terutamanya orang islam kita mendapatkan produk-produk keluaran muslim di seluruh Malaysia. Kini, masalah yang sedang berlaku adalah ramai orang islam kita sukar untuk mendapatkan produk-produk muslim di kedai-kedai, pasaraya dan pasar-pasar.
Ramai dikalangan kita bersemangat untuk menyokong #BMF ini tetapi penawaran produk-produk muslim di seluruh negara sukar dijumpai, terhad dan terhalang.
Pada masa yang sama, pemborong bagi produk-produk muslim kita adalah dari kalangan bukan islam. Mereka ini mengambil kesempatan dengan tidak membekal dan mengedarkan produk-produk muslim ke seluruh tempat dan kedai- kedai. Mereka cuba mematahkan semangat orang islam yang menyokong #BMF ini. Bahkan Pasaraya Besar juga mengambil tindakkan yang sama dengan melewat-lewatkan order produk-produk keluaran muslim yang telah habis untuk diletakkan dalam pasaraya mereka.
Dengan cara itu, orang islam kita terpaksa membeli produk bukan muslim sebagai pilihan yang ada pada masa tersebut. Jika dibiarkan perkara ini berterusan secara tidak langsung umat islam yang berjuang untuk meningkatkan ekonomi dikalangan muslim kita akan gagal dan kembali seperti sediakala. Kelak semangat #BMF itu sendiri akan menjadi hambar tiada sambutan akhirnya.

Dari sebab itu, maka MUSLIM FACTORY HUB ini diusahakan untuk membina rangkaian ekosistem perniagaan bermula dari kilang muslim terus kepada pembekal. Dan dari pembekal terus kepada pemborong. Dan dari pemborong terus kepada peniaga hingga seterusnya sampai kepada pengguna muslim itu sendiri.
Semua pemborong dan peniaga akan secara terus mendapatkan produk-produk keluaran kilang Muslim di MUSLIM FACTORY HUB dan akan mengedarkannya ke seluruh kedai-kedai muslim seluruh negara dari utara hingga selatan, pantai timur dan barat. Dengan cara ini, maka ia akan memudahkan ramai orang islam memperolehi produk-produk keluaran Muslim di pasaran seluruh Malaysia

Muhd Sofi Eimani‎ @ PERSATUAN EKONOMI MUSLIM MALAYSIA (ڤرساتوان ايكونومي مسلم مليسيا)
Tiada penerangan foto disediakan.

BMF.fm - Radio Komuniti Untuk Kempen #BuyMuslimFirst




BMF.fm - Radio Komuniti Untuk Kempen #BuyMuslimFirst #BMF
RADIO BMF·

SELASA, 22 OKTOBER 2019·


Radio BMF.fm ini diasaskan oleh IslamicTunes iaitu sebuah komuniti platform bagi Muslim musicpreneur seluruh dunia yang pertama mewujudkan perkhidmatan digital streaming khusus untuk konten audio zikir, nasyid, islamic music, qasidah, doa, munajjat, selawat, ceramah, tausiyah dan tilawah serta lain-lain. Kini terdapat lebih dari 15,000 tracks telah diupload ke https://islamictunes.net dari talent seluruh dunia termasuk Malaysia, Indonesia, Thailand, Singapore, Hong Kong, Jordan, Egypt, US, UK, France dan lain-lain. IslamicTunes adalah jenama yang dicipta oleh Loonaq Records, record label dari Malaysia yang juga mempunyai wakil di Indonesia iaitu Loonaq Records Indonesia.
Kesan dari viralnya kempen #BMF ini, Loonaq Records yang juga telah mempunyai radio internet IslamicTunesFM ingin menyumbang dan berbuat sesuatu untuk membantu kempen ini dan hasil dari perbincangan dengan pihak Metronews Sdn. Bhd. sebuah agensi pembekal berita yang telah pun lama membantu pihak Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) untuk berita dan Channel video PPIM, telah secara rasminya bersetuju untuk mewujudkan sebuah radio khusus untuk komuniti yang menyokong #BMF dan #SPPZ, iaitu sebuah lagi komuniti ‘Sokong Peniaga Pembayar Zakat (SPPZ) yang diwujudkan oleh PPIM dengan nama Radio BMF.fm

Misi dan Visi

- MEWUJUDKAN SEBUAH LAGI PLATFORM PROMOSI #BMF BAGI MENAMBAH-KUATKAN GELOMBANG KEMPEN #BMF SEDIA ADA DI DALAM DAN LUAR NEGARA;

- MENGGEMBELINGKAN USAHA-USAHA DARI KOMUNITI RAKYAT MARHAIN, KELAB-KELAB BELIA DAN KELAB KOMUNITI MELAYU, BUMIPUTERA DAN MUSLIM YANG TURUT MENYOKONG #BMF DAN MENYUMBANG KEPADA GERAK KERJA DAN AKTIVITI PROMOSI MEDIA SOSIAL DAN PENGANJURAN EXPO #BMF;

- MEMBERI PELUANG KEPADA PENIAGA-PENIAGA BARU DAN MUDA TERUTAMA DALAM SEKTOR INDUSTRI KREATIF SEPERTI PERKHIDMATAN EMCEE, PENYEWAAN PERALATAN SIARAYA, PENERBITAN KONTEN, USAHAWAN BAKAT DAN LAIN-LAIN UNTUK BERSAMA-SAMA DALAM EKOSISTEM PEMBANGUNAN EKONOMI MUSLIM #BMF.


Anda boleh like di fanpage dan layari di website rasmi tersebut:-

https://www.facebook.com/radioBMF.fm/
https://bmf.fm/

Radio Komuniti BMF.fm sempena pelancarannya tidak lama lagi akan mengadakan promosi media social secara BESAR-BESARAN untuk meneruskan gelombang kempen kebangkitan jihad ekonomi Muslim, utamakan membeli produk Muslim dan sokong peniaga pembayar zakat🌹

📍 Justeru itu kami sedang giat  mengumpul data PENIAGA/USAHAWAN MUSLIM utk dipromosikan ke seluruh negara secara percuma melalui radio Komuniti online BMF.fm dan streaming video Media Sosial kendalian kami.

📍 JIKA ANDA BERMINAT PROMOSIKAN PRODUK/SERVIS/PERNIAGAAN ANDA SECARA PERCUMA DI RADIO KOMUNITI BMF.FM SILA NYATAKAN BUTIR2 BERIKUT?
1. Nama Pengusaha:
2. No. H/p:
3. Nama syarikat:
4. Jenis perniagaan:
5. Lokasi perniagaan: (Daerah, Negeri)

*Wassapkan butir2 tersebut ke link berikut:
www.wassap.my/60 18-261 8103/PromosiBMF.fm
/Promosi ini terhad dan tertakluk pada tema dan syarat/Sah sehingga 30 November 2019
🚚 Tolong viralkan iklan ini seluas2nya utk kita sama2 jayakan kempen BMF ini secara agresif.

Lakukan 3 Cara Ini Untuk Dapatkan Liputan Wi-Fi Sepantas Kilat





Oleh Fateen Ahmad
23 Oct 2019, 05:10PM
Selain data internet di telefon bimbit, Wi-Fi juga penting bagi mereka yang sering bekerja dengan komputer, misalnya peniaga online. Golongan ini sudah semestinya memerlukan kelajuan data yang pantas dan cepat seperti kilat bagi melaksanakan kerja.
Tapi itulah, bila sudah langgan Wi-Fi di rumah ada pula masalah yang timbul, sekejap dapat liputan sekejap tidak. Situasi sebegini yang boleh buatkan anda bertukar hijau! Jangan risau, mulai sekarang anda sudah tak perlu sakit hati bila Wi-Fi di rumah anda buat masalah sebab unifi ada cara paling berkesan untuk anda atasi masalah ini, kiranya kalau anda main game tu tiada lagilah masalah loading berjam-jam.
Anda hanya perlu lakukan 3 perkara ini sahaja untuk dapatkan liputan Wi-Fi terbaik:

1. Wi-Fi Deadzone


Jika anda mengalami masalah Wi-Fi deadzone dimana di dalam kawasan rumah hanya part-part tertentu sahaja yang dapat liputan Wi-Fi. Senang cerita bila anda ke dapur sahaja liputan Wi-Fi anda sekejap dapat sekejap tak. Bila jadi kes sebegini jangan cepat nak marah atau pergi restart modem tu pula.

Cara untuk atasi masalah Wi-Fi deadzone ini anda hanya perlu pastikan kedudukan modem anda tidak terhalang oleh dinding atau penghala Wi-Fi yang terdapat pada modem tu tidak disekat. Kiranya anda harus pastikan terlebih dahulu kawasan luaran modem tu tiada gangguan. Baru lah boleh dapat Wi-Fi yang laju.

2. Isu Dua Jalur


Ini masalah Wi-Fi yang sering buat kaki game dan movie mengamuk. Cuba bayangkan apabila tengah syok-syok layan game mahupun movie tiba-tiba internet pula loading seperti siput. Kadang-kadang itu, sehingga 10 minit loading. Memang akan berasap lah telinga masa ini.
Tetapi masalah wi-Fi sebegini boleh sahaja diatas dengan mudah, hanya perlu tahu caranya sahaja. Dengan unifi Dual Band Router, anda kini boleh memilih sama ada anda mahu meningkatkan tahap kelajuan internet ataupun mendapatkan liputan yang bagus.
Jika anda mahu menonton movie ataupun bermain game, pilih sahaja 5GHz untuk anda dapatkan tahap kelajuan sepantas kilat. Tetapi jika anda hanya mahu scroll Facebook dan Instagram, anda boleh pilih sahaja 2.4GHz untuk dapatkan liputan Wi-Fi yang sederhana. Mudah kan?

3. Gangguan Lain

Ramai orang memandang rendah tentang kepentingan meletakkan modem Wi-Fi di tempat yang sesuai di dalam rumah mahupun di pejabat. Untuk anda yang tak tahu, kesilapan kecil ini juga antara sebab liputan Wi-Fi menjadi lambat.
Mungkin anda tidak sedar dengan meletakkan modem Wi-Fi berdekatan dengan rak ataupun meja akan memberi kesan gelombang signal yang lebih kuat. Tetapi jika anda letak modem anda di atas tanah atau di belakang objek lain biasanya menghasilkan prestasi yang lebih buruk kerana terhalang.
Bukan itu sahaja, bahan seperti konkrit dan logam juga boleh menjadi penghalang terbesar dari isyarat Wi-Fi. Lagi-lagi jika anda letak modem Wi-Fi anda berhampiran ketuhar pembakar, akuarium, cermin dan barang hiasan yang mempunyai cermin atau berkilat boleh menjejaskan sambungan Wi-Fi anda.
Ia kerana ada daya yang menghalang semua medan gelombang elektromagnet. Jadi mulai hari ini, pastikan anda letak modem Wi-Fi anda di kawasan yang jauh dari bahan perhiasaan jika anda mahukan data internet anda laju okay!


Selepas ini anda jika anda gangguan pada Wi-Fi anda jangan naik angin mahupun telefon customer service untuk luah perasaan. Ikut sahaja tips-tips diatas okay!
Jangan lupa layari laman web rasmi unifi untuk lebih banyak info.

Jadual Bertugas Deejay

Jadual Bertugas Deejay