Petua Hilangkan Pepijat


Terkadang bila masuk rumah sewa baru lepas tidur bila sedar jer esok pagi akan kelihatan bintik-bintik merah kat leher dan badan.
Kekadang bila bermalam di hotel pun leh kena
Bila jumpa doktor yang kurang pengalaman akan kata kita kena alahan (allergic).
Ada yang tak puas hati dengan nasihat doktor, jumpa pula denganbomoh. Bomoh kata ada penunggu kat rumah tu... tiap-tiap malam ada lembaga dok hisap darah kita...chehh....

Tapi bagi geng bujang yang banyak pengalaman berpindah-randah dari satu rumah sewa ke rumah sewa dari rumah yang sentiasa dijaga kebersihannya oleh tuan empunya rumah ke rumah yang "pepandailah korang jaga sendiri janji bayar sewa tiap bulan" sekali pandang jer dah tahu, bintik-bintik kesan gigitan kat badan tu adalah kerana 'makhluk' yang dinamakan pijat atau pepijat.Pepijat adalah serangga berbentuk bujur yang warnanya kuning atau coklat kemerah-merahan dan tak mempunyai sayap. Saiznya kecil jer antara 1 mm  8 mm, bergantung kepada usia.

Yang kecil-kecil tu biasanya susah nak tengok sebab kulitnya telus (transparent). Tapi lepas pepijat tu dah selesai hisap darah boleh tengok badannya bertukar merah. Seekor pijat yang dah kenyang hisap darah, boleh hidup sehingga 6 bulan tanpa menjamah sebarang makanan lepas tu.  So, bayangkanlah
 betapa susah nak hapuskan pijat nie.

Pijat nie suka menyelit di celah-celah sofa, katil, celah dinding, lantai dsb.nya. Tempat yang paling digemarinya ialah tilam dan bantal.Habis satu rumah boleh ditakluki oleh serangga nie, sekali dia dah masuk melalui tilam atau sofa yang baru dibawa masuk tanpa disedari dah dihuni oleh koloni pijat. Bila dah merebak, sampai ke baju dan seluar pun leh ada pijat.Kalau dah jadi camtu macam mana nak buat?
Haa ni dia beberapa panduan melawan pijat yang che petua telah kumpulkan daripada geng bujang

Petua Hilangkan Pijat



Bila dah kena, kenalah rajin menjemur tilam dan pakaian. Sebaiknya baju dan seluar direndam dalam air suam atau air panas terlebih dahulu sebelum dibasuh.
Tilam dan bantal WAJIB dijemur bawah panas matahari 2-3 kali seminggu. Kalau jemur tiap-tiap hari terbaik! Tepuk-tepuk atau tumbuk dan 'kungfu' tilam dan bantal bucuk yang dijemur tu untuk menggugurkan askar-askar pepijat yang bergayutan.
Kalau kena sofa, pastikan juga dijemur. Kalau kulit sofa tu terkoyak dan pijat dah bersarang kat bahagian dalam dinasihatkan ucapkanlah selamat tinggal kepada sofa tersebut. Kalau takut rugi jual jer dalam senang(dot)com..ngeh..ngeh..ngeh

Ada bilik yang lantainya dari kayu atau dinding yang dihias dengan kayu. Jika dirasakan dah dihuni pijat, sembur seluruh bilik dan celah-celah kayu dengan ridsect atau shiledtox dsb.nya. Sembur dengan perasaan geram dan tutup pintu bilik rapat-rapat. Lepas sembur lebih kurang setengah jam, akan kelihatan pijat-pijat semua keluar. Buang pijat-pijat tu pastu dinding semua curah dengan air panas yang baru mendidih untuk matikan telur-telur dia.
Kalau rajin lagi, tutup sebarang rekahan atau lubang-lubang pada dinding dan lantai dengan melting glue. Gam yang orang guna untuk buat kraftangan atau barang hantaran kahwin tu.
Cari kulit durian dan letakkan di bawah katil atau kat tempat yang dirasakan ada pijat. Biarkan kat situ beberapa hari. InsyaAllah dalam 4-5 hari akan dapati banyak pijat yang mati. Ada juga pepijat yang lari dari rumah sebab tak tahan dengan bau durian tu. Bagi tuan rumah yang tak tahan dan
akan pening dengan bau durian pun akan lari juga ahaks..
Jika korang sendiri tak tahan dengan bau durian, boleh gantikan dengan kulit limau nipis. Letakkan di tempat-tempat yang dirasakan strategik.
Selain dari guna durian. Petua yang ramai orang kata berkesan ialah dengan menggunakan daun durian belanda. Tapi agak susah nak dapat daunnya sebab kena
cari kat Belanda.. hehe
Ambil daun serai dengan batang-batangnya sekali. Tumbuk-tumbuk agar hancur sedikit supaya aromanya lebih menusuk. Letak kat bawah tilam dan katil.
Beli kapur barus. Hancurkan dan tabur di bawah katil dsb.nya. Letak juga kat celah-celah rekahan atau lubang-lubang di lantai. Pijat akan lari sebab seram.

Kalau tak suka sembur-sembur racun serangga atau tak yakin dengan petua-petua lam tu buat gotong-royong satu keluarga. Keluarkan semua barang dalam rumah.

Cuci lantai, dinding, siling, kipas siling dan cuci semua barang yang boleh dicuci termasuklah perabot kayu dan tak kayu. Mop lantai rumah dalam tempoh berkala,
 2-3 hari sekali. Lap perabot dalam tempoh berkala jugak atau sekuran-kurangnya seminggu sekali

Jadual Bertugas Deejay

Jadual Bertugas Deejay