Apa Kata Tokoh Non Muslims Mengenai Nabi Muhammad SAW?Mahatma Gandhi & Sir George Bernard Shaw Kagum Dengan Nabi Muhammad SAW

Sungguh!  Kita tidak peduli apa yang dikatakan oleh orang-orang yang bukan Islam mengenai Nabi Muhammad sallAllahu `alaihi wa sallam.  Tidak kiralah samada kata-kata itu berbentuk pujian ataupun kejian.  Kerana kata-kata mereka tidak mempunyai nilai buat kita.  Kerana kita sudah tahu bahawa kemuliaan Nabi Muhammad sallAllahu `alaihi wa sallam telah diiktiraf oleh ALLAH Tuhan Seluruh Alam.  Dan itulah yang paling penting.

Cukuplah apa yang telah dikatakan ALLAH `Azza wa Jalla.  Kerana ALLAH adalah Tuhan Yang Maha Memiliki Dan Berkuasa Ke Atas Segalanya.  Kerana ALLAH lah Tuhan Yang Maha Esa, tiada sekutu bagiNYA.  Tiada tuhan selain DIA.  Dan kerana kata-kata ALLAH itulah yang paling utama.




Antara pengiktirafan ALLAH kepada Nabi Muhammad sallAllahu `alaihi wa sallam yang terakam di dalam al-Quran:

لَّقَدْ كَانَ لَكُمْ فِي رَسُولِ اللَّهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ
Maksudnya:  “Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah (Nabi Muhammad SAW) itu contoh ikutan yang terbaik.”  (Surah al-Ahzab, 33:21)

إِنَّ اللَّهَ وَمَلَائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ
Maksudnya:  “Sesungguhnya ALLAH dan MalaikatNYA bersolawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad SAW)”  (Surah al-Ahzab, 33:56)

مَا ضَلَّ صَاحِبُكُمْ وَمَا غَوَىٰ
وَمَا يَنطِقُ عَنِ الْهَوَىٰ
إِنْ هُوَ إِلَّا وَحْيٌ يُوحَىٰ
Maksudnya:  “Rakan kamu (Nabi Muhammad SAW yang kamu tuduh dengan berbagai tuduhan itu), tidaklah ia menyeleweng (dari jalan yang benar), dan ia pula tidak sesat (dengan kepercayaan yang salah).

Dan dia tidak memperkatakan (sesuatu yang berhubung dengan agama Islam) menurut kemahuan dan pendapatnya sendiri.

Segala yang diperkatakannya itu (sama ada Al-Quran atau hadith) tidak lain hanyalah wahyu yang diwahyukan kepadanya.”  (Surah an-Najm, 53:2-4)

وَإِنَّكَ لَعَلَىٰ خُلُقٍ عَظِيمٍ
Maksudnya:  “Dan bahawa sesungguhnya engkau (Nabi Muhammad SAW) mempunyai akhlaq yang amat mulia.”  (Surah al-Qalam, 68:4)

Ya, itulah antara apa yang ALLAH telah sebutkan mengenai Nabi Muhammad sallAllahu `alaihi wa sallam di dalam al-Quran.  Dan itulah pegangan dan sandaran kita.  Bukan kata-kata manusia yang lemah dan hina.

Tapi kalau kalian mahu baca juga apa kata-kata manusia mengenai insan mulia bernama Muhammad yang menjadi Pesuruh ALLAH yang terakhir, nah silakan!

Berikut adalah antara tokoh-tokoh bukan Islam yang dihormati dan dikenali dunia yang pernah mengatakan sesuatu mengenai Nabi Muhammad sallAllahu `alaihi wa sallam:









Allahumma solli `ala sayyidina, wa habibina wa qudwatina Muhammad.

Ya ALLAH, limpahkanlah solawat ke atas penghulu kami, kecintaan kami dan ikutan kami, Nabi Muhammad.

- muzir.wordpress.com

Jadual Bertugas Deejay

Jadual Bertugas Deejay