Oleh Riadz Radzi
riadz@hmetro.com.my
Kuala Lumpur: Bekas penyanyi Slam, Zamani Ibrahim, 43, memaafkan pihak yang bertanggungjawab merakam dan menyebar video dia disuruh menyanyi dalam keadaan tangan bergari ketika ditahan, baru-baru ini.
Abangnya, Zulfazil, 50, berkata, permintaan itu dilakukan Zamani sendiri ketika dia berjumpa dengan penyanyi itu di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang, di sini, 3.30 petang tadi.
“Dia takkan ambil apa-apa tindakan. Walaupun terkejut dengan keputusan Zamani tetapi saya bangga dengan tindakannya itu.
“Dia juga nampak sihat dan bersemangat kerana tahu ramai yang bersimpati dengannya berikutan kejadian itu,” katanya.
Zulfazil hadir ke IPD Ampang ditemani Presiden KARYAWAN Datuk Freddie Fernandez dan pengurus Zamani, Johan Aziz.
Zulfazil berkata, Zamani hanya tahu video berkenaan menjadi ‘viral’ selepas diberitahu Johan dalam pertemuan mereka petang tadi.
“Ketika bertemu saya tadi, dia bertanya sama ada penyebaran video itu serius atau tidak. Saya katakan ia serius kerana sudah menjadi viral di Internet serta menerusi aplikasi WhatsApp,” katanya.
Zulfazil berkata, dia yang mewakili keluarganya juga tidak akan mengambil tindakan kerana menghormati keputusan Zamani itu serta menyerahkannya kepada pihak polis.
Home »
» ‘Saya maafkan’
‘Saya maafkan’
By AuRa FM
Related Posts:
Kod Tayar Kereta Anda Sahabat saya semua, kita selalu tukar tayar kereta, tapi kita tak tahu tayar itu tayar yang dah lama dan yang tak boleh digunakan.... (Expired) … Read More
Rayuan dalam kes transgender diputuskan hari ini KUALA LUMPUR: Adakah kerajaan Negeri Sembilan dan empat pihak lain akan dibenarkan untuk merayu terhadap keputusan penting Mahkamah Rayuan berh… Read More
Polis paksa Zamani menyanyi digantung tugas Penyanyi kumpulan Slam, Zamani yang popular sekitar zaman 1990-an ditahan polis minggu ini dipercayai kerana memiliki dadah di sebuah rumah di Ta… Read More
Pil ‘bakar’ tubuh Alor Setar: "Seluruh badan dan muka saya pedih seolah-olah 'terbakar' akibat melecur serta melepuh selepas mengambil dua jenis pil dari sebuah … Read More
Laman web MAS diceroboh KUALA LUMPUR – Ribuan pelanggan syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) di seluruh dunia semalam terkejut apabila laman web rasmi syarikat itu, www.m… Read More
Jadual Bertugas Deejay
