Mantap 40 Juta

Selamat Datang Ke Website AURAFM.

AURAFM - GEGARAN DUNIA MUZIK INTERAKTIF

Selamat Datang Ke Website AURAFM.

AURAFM - GEGARAN DUNIA MUZIK INTERAKTIF

Selamat Datang Ke Website AURAFM.

ONAIR

Selamat Datang Ke Website AURAFM.

Sound Sistem

Selamat Datang Ke Website AURAFM.

9 Kesan Sampingan Bahaya Makan Buah Durian


Durian adalah buah yang lazat tetapi ada segelintir orang yang tidak menyukai durian disebabkan oleh baunya yang menyengat. Isi durian sangat lembut sesuai untuk dipadukan dengan makanan dan minuman. Namun siapa sangka di sebalik kelazatannya, durian boleh menjadi sangat berbahaya bagi kesihatan. Untuk orang tertentu, durian tidak digalakkan untuk dimakan.

Durian buah yang berkhasiat, vitaminnya yang banyak sangat bermanfaat bagi tubuh. Namun di sebalik kelazatan durian menyimpan kesan yang boleh menyebabkan kematian. Malangnya tidak semua masyarakat tahu akan bahaya dan kesan sampingan dari durian.

Durian Menyebabkan Kolesterol Tinggi
Bahaya dan kesan sampingan buah durian yang pertama adalah menyebabkan kolesterol tinggi. Durian mengandungi kolesterol yang sangat tinggi. Bagi orang yang sebelum ini mempunyai riwayat kolesterol sebaiknya jangan mengambil durian secara berlebihan. Memakan durian secara berlebihan boleh menyebabkan kadar kolesterol naik.

Durian Menyebabkan Diabetes
Kandungan glukosa yang tinggi dalam durian boleh memacu kenaikan kadar gula darah, sehingga risiko terkena diabetes semakin besar.
Pesakit diabetes tidak boleh memakan durian secara berlebihan. Kandungan glukosa di dalam durian boleh menaikkan kadar gula darah pesakit diabetes lebih cepat dibandingkan dengan glukosa di dalam gula pasir.

Durian Menyebabkan Kematian Janin
Janin yang ada di dalam kandungan tidak mampu menahan panas yang berlebihan. Jika wanita hamil memakan durian, kesan di perut akan panas. Panas berlebih akan mencetuskan kematian janin. Buat ibu hamil sebaiknya menghindari atau meminimakan pengambilan durian

durian bahaya

Durian Menyebabkan Penyakit Jantung
Penyakit jantung boleh disebabkan oleh pengambilan durian secara berlebihan. Penyakit jantung yang dialami akan lebih buruk dengan pengambilan durian yang berlebihan. Alkohol dan kandungan kolesterol yang tinggi pada buah durian membuat degupan jantung pesakit jantung terpacu lebih cepat lagi..

Durian Menyebabkan Kematian Pada Pesakit Hipertensi (WAJIB INGAT)
Orang yang menghidap tekanan darah tinggi biasanya mempunyai komplikasi dengan penyakit jantung. Kandungan alkohol yang ada di dalam buah durian mampu menaikkan tekanan darah pesakit hipertensi. Tekanan darah naik akan mencetuskan degupan jantung lebih cepat dan diserang penyakit jantung secara mendadak. Tekanan darah seseorang yang sering berada di atas tekanan 200 akan membuat dirinya terdedah terkena penyakit jantung. Jika tekanan darah dan jantung menyerang secara serentak, kesan kematian boleh terjadi padanya.

Menyebabkan Kematian Jika Dicampurkan Dengan Minuman Beralkohol
Kandungan alkohol yang ada di dalam durian akan menyebabkan kematian jika bertemu dengan alkohol dalam minuman keras. Alkohol yang bertemu dengan alkohol akan menghasilkan sulfur atau belerang. Sulfur yang masuk ke dalam tubuh seseorang akan menurunkan metabolisme dan sistem imun seseorang, bahkan jika jumlah sulfur yang masuk ke dalam tubuh sangat banyak akan menyebabkan kematian.

bahaya durian

Masalah Pencernaan Hingga Kematian
Pengambilan durian tidak boleh diiringi dengan minuman seperti kopi dan alkohol. Kopi merupakan minuman pencetus tekanan darah tinggi. Kerap mengambil durian bersama kopi akan membuat seseorang terkena penyakit komplikasi. Durian juga tidak boleh dicampurkan dengan soda sebab jika ia sering dilakukan akan membuat seseorang terkena gangguan pencernaan. Masalah pencernaan dalam jangka panjang akan membuat usus dan perut terluka bahkan berlubang.

Durian Menyebabkan Penyakit Ginjal
Di dalam durian terdapat zat ethanol, methanol dan juga ethyl metacrylate serta kompaun berupa sulfur atau belerang. Bahaya etanol dan metanol juga sudah sangat membimbangkan bagi kesihatan. Untuk pesakit buah pinggang, semua bahan-bahan tersebut sangatlah tidak baik untuk buah pinggang kerana buah pinggang yang sudah sakit tidak dapat menghuraikan semua bahan tersebut. Akibatnya prestasi buah pinggang terbeban dan prestasi buah pinggang menurun dari 40 peratus menjadi 35 peratus.

Bahaya Buah Durian menyempitkan Pembuluh Darah
Kompaun berupa alkohol dalam durian boleh menyebabkan penyempitan saluran darah di dalam otak. Pembuluh darah menyempit membuat oksigen tidak dapat disalurkan ke otak secara maksimum, akibatnya strok menyerang.

Tips Pengambilan Buah Durian
Jangan takut untuk mengambil buah durian. Bagi anda yang sihat dan mengambil durian asal tidak berlebihan tidak akan memberikan apa-apa kesan. Selain itu ada beberapa cara yang boleh menghindarkan anda dari kesan sampingan durian, caranya adalah berikut ini:

-Minum Air putih sebanyak-banyaknya sehabis memakan durian, jangan meminum air yang berwarna.
 -Manfaatkan rongga pada kulit durian. Isi rongga yang ada menggunakan air. Biarkan beberapa saat, lalu minum airnya. Cara ini bermanfaat untuk menghilangkan bau durian pada mulut dan juga boleh mengawal tekanan darah seseorang. Jika cara ini tidak dilakukan, banyak yang mengeluh pening sehabis makan durian meskipun kuantitinya sedikit.

 -Pengambilan manggis sehabis memakan durian. Kandungan vitamin pada manggis dapat meneutralkan kesan daripada durian.
 -Tidak memakan secara berlebihan.
 -Tidak pengambilan daging berlemak tinggi setelah santap durian.


Memandangkan kesan sampingan buah durian sangat berbahaya, sebaiknya anda tidak mengambil durian jika anda mengalami penyakit di bawah ini:


     -Hipertensi / Tekanan Darah Tinggi
     -diabetes
     -penyakit Jantung
     -buah pinggang
     -kencing Manis
     -radang Usus
     -asid urik tinggi
     -kolesterol Tinggi
     -Ibu Hamil (jangan banyak banyak)

Macam Mana Buah Pinggang Kita Boleh Rosak?


Buah pinggang kita sangat-sangatlah penting kepada kesihatan. Buah pinggang ni berfungsi untuk menapis darah, menghasilkan hormon, menyerap mineral, menghasilkan air kencing, menyahtoksin dan meneutralkan asid.

Jadi, sebagai salah satu daripada organ yang paling penting dalam tubuh kita, buah pinggang perlu dijaga dengan sebaiknya. Sakit buah pinggang dan buah pinggang yang rosak biasanya tak dapat dikenalpasti sehinggalah berlarutan bertahun-tahun kerana buah pinggang masih mampu melakukan fungsinya walaupun yang tinggal cuma 20% daripada kemampuan asalnya.
Mungkin sebab ni lah ramai yang lambat perasan tentang masalah sakit buah pinggang yang mereka hidapi dan ramai juga yang tak tahu tentang apa yang jadi punca sakit buah pinggang ni. Sakit buah pinggang juga dikenali dengan nama pembunuh senyap (silent killer). Jadi, sangatlah penting untuk menjaga kesihatan buah pinggang sebelum terlambat.
Di bawah ni saya senaraikan 10 perkara yang boleh menjadi punca sakit buah pinggang dan mempengaruhi tahap kesihatan buah pinggang yang sangat perlu diambil berat.

TIDAK MINUM AIR YANG CUKUP
Fungsi paling penting buah pinggang ialah menapis darah dan menyahtoksin serta bahan buangan. Tapi apabila kita tidak minum air kosong yang cukup, toksin dan bahan buangan tu akan mula menimbun dan boleh menyebabkan kerosakan pada buah pinggang dan juga organ lain dalam tubuh.

DIET TINGGI GARAM (SODIUM)
Tubuh kita memerlukan garam (sodium) untuk berfungsi dengan baik. Tetapi kebanyakan daripada kita mengambil garam yang berlebihan dalam diet yang boleh menyebabkan tekanan darah tinggi dan memberikan tekanan dan bebanan yang tinggi kepada buah pinggang.PERATURAN PENTING yang perlu diingat ialah, MAKAN TIDAK LEBIH DARIPADA 5 GRAM GARAM SEHARI.

SELALU BERTANGGUH MEMBUANG AIR KECIL (MENAHAN KENCING)

Ramai diantara kita yang jarang ambil peduli bila rasa nak kencing terutama bila terlalu sibuk atau nak mengelak daripada menggunakan tandas awam (bukan rasa nak terkucil tau… ini memang harus berkejar ke tandas jadinya… hahaha). Kerap menahan kencing akan meningkatkan tekanan urin dan boleh membawa kepada masalah kegagalan buah pinggang dan batu karang. Jadi, bila rasa nak kencing tu tolonglah jangan tangguh-tangguh yer… nampak macam perkara kecil tapi tak berbaloi menahan kencing sebab ia boleh menjadi punca sakit buah pinggang.

sugar-kills

PENGAMBILAN GULA BERLEBIHAN
Kajian saintifik menunjukkan bahawa orang yang mengambil 2 atau lebih air bergula setiap hari adalah lebih berisiko untuk mendapat masalah protein dalam air kencing. Protein dalam air kencing adalah tanda awal yang menunjukkan bahawa buah pinggang kita tidak berfungsi seperti yang sepatutnya.

KEKURANGAN VITAMIN DAN MINERAL PENTING
Mengamalkan diet yang yang mengandungi sayuran segar dan buah-buahan adalah sangat penting kepada kesihatan menyeluruh dan memastikan fungsi buah pinggang yang baik. Kekurangan vitamin dan mineral boleh meningkatkan risiko batu karang dan jadi punca sakit buah pinggang. Vitamin B6 dan magnesium adalah contoh VITAMIN PENTING untuk mengurangkan risiko batu karang.

MENGAMBIL SUMBER PROTEIN DARIPADA HAIWAN SECARA BERLEBIHAN
Mengambil terlalu banyak protein dari sumber haiwan seperti daging (red meat) akan menambah muatan metabolik pada buah pinggang. Jadi, semakin banyak protein yang diambil maka semakin teruklah buah pinggang terpaksa bekerja dan ini akan membawa kepada masalah kerosakan dan punca sakit buah pinggang atau kegagalan terus.

TIDAK CUKUP TIDUR
Semua orang tahu yang tidur yang cukup dan berkualiti pada malam hari adalah sangat penting. Masalah gangguan tidur yang kronik selalu dikaitkan dengan banyak masalah kesihatan termasuklah sakit buah pinggang. Semasa tidur pada waktu malam, tubuh kita ‘memperbaiki’ kerosakan tisu buah pinggang, jadi kita kena berikan masa tubuh kita untuk sembuh (heal) dan repair dengan sendiri tanpa gangguan.
caffeinepercup
Bukan hanya kopi sahaja yang mengandungi kafein, minuman ringan dan teh juga turut mengandungi kafein. Minimakan pengambilan kafein demi kesihatan anda

SUKA MINUMAN BERKAFEIN 
Seperti garam, kafein juga boleh menjadi punca sakit buah pinggang kerana kafein akan meningkatkan tekanan darah dan menyebabkan tekanan berlebihan kepada buah pinggang.Pengambilan kafein yang berlebihan bagi tempoh yang lama boleh menyebabkan kerosakan pada buah pinggang.

PENYALAHGUNAAN PIL TAHAN SAKIT (PAINKILLER)
Ramai orang yang sakit sikit-sikit pun suka ambil pil tahan sakit sedangkan ada banyak cara lain yang lebih selamat untuk mengatasi kesakitan tersebut. Pengambilan pil tahan sakit yang berlebihan akan menyebabkan kerosakan hati dan buah pinggang yang teruk.

PENGAMBILAN ALKOHOL
Alkohol digelar sebagai ‘legal toxin’ yang boleh menyebabkan tekanan yang berlebihan kepada buah pinggang dan hati.
Untuk kekal sihat, ingat 10 perkara penting di atas, amalkan diet sihat, pengambilan vitamin & mineral yang cukup dan hiduplah dengan gembira!

10 Cili Terpedas Di Dunia




Rata-rata penduduk malaysia apabila ditanya apakah cili yang paling pedas, pastinya jawapan yang kita terima menjawab cili padi , cili api, cili rawit, cabai burung, lada jarum, atau lada tunggeng yang merupakan sejenis tumbuhan dari keluarga Solanaceae yang sangat popular di Asia Tenggara terutama di Malaysia, Indonesia dan Thailand.

Sebelum ini, spesies cili Trinidad Moruga Scorpion dikenali sebagai cili yan terpedas di dunia. Tetapi, menurut rekod Guinness Book of World Records pada bulan lalu, spesies lada baru yang dikenali sebagai Carolina Reaper yang telah ditanam oleh Ed Currie, seorang pengusaha di PuckerButt Lada Co. di South Carolina telah dinobatkan sebagai cili terpedas di dunia.

Kadar kepedasan purata cili ini adalah dalam lingkungan 1,569,300 unit Scoville (unit haba), seperti yang di uji oleh Winthrop University di South Carolina, kata pihak Guinness.

Walaubagaimana pun, menurut pihak Associated Press, kuasa kepedasan tertinggi dalam kumpulan cili yang di uji ini telah diberi kod yang dinamakan "HP22B", yang bermaksud "Higher Power, Pot No. 22, Plant B" yang mana ia mencecah sebanyak 2.2 juta unit Scoville.

Pada tahun lepas, Institut Tanaman Lada Chile di New Mexico State University telah menobatkan cili spesies Trinidad Moruga Scorpion sebagai cili paling pedas di dunia, dengan kepedasan minimum sebanyak 1.2 juta unit Scoville manakala kepedasan maximum individu sebanyak 2 juta unit Scoville. Kini, rekod berkenaan telah beralih kepada cili baru ini.

SHU = Scoville Heat Unit (A measure of Spiciness) All seed packs include 10+ Seeds


1. Carolina Reaper  2,200,000 SHU Carolina Reaper

2. Trinidad Moruga Scorpion  2,009,231 SHU Moruga Scorpion3. 7 Pot Douglah  1,853,936 SHU 7 Pot Douglah
4. 7 Pot Primo  1,469,000 SHU 7 Pot Primo
5. Trinidad Scorpion “Butch T”  1,463,700 SHU Butch-T-Header
6. Naga Viper  1,349,000 SHU 
Naga Viper
7. Bhut Jolokia (Ghost Pepper)   1,041,427 SHU Ghost Pepper
8. 7 Pot Barrackpore  ~1,000,000 SHU Barrackpore
9. 7 Pot Red (Giant)   ~1,000,000 SHU 7 Pot Red

10. Red Savina Habanero    500,000 SHU Red Savina

Jadual Bertugas Deejay

Jadual Bertugas Deejay