Gaming Mouse dan Budget Mouse pilihan kami

mouse-razer-deathadder-2013
Baru-baru ini, mouse jenama Sensonic yang saya dah pakai hampir lima tahun telah rosak…tak boleh klik kanan dan wayar hampir putus. Terima kasih mouse Sensonic sebab telah lama berjasa kepada saya.

DIpendekkan cerita, saya pun buat survey di laman Facebook JomPHP. Banyak juga komen pembaca yang diterima, dan setelah meneliti hampir kesemua komen-komen tersebut, saya telah membuat shortlist untuk mouse yang bagus untuk kegunaan gaming dan juga mouse dalam kategori bajet rendah.
Mouse yang kami senaraikan ini berharga di bawah RM200, iaitu range harga yang kami kira mampu untuk dimiliki golongan pelajar dan remaja misalnya.

Budget Mouse : Logitech M185 Wireless

budget-mouse
Jenama : Logitech M185 Wireless Mouse
Harga : RM35-RM40
Kelebihan : Harga murah, sedap dipegang, wireless mouse dengna bateri tahan 12 bulan

Gaming Mouse : Steelseries Kana Dota 2

steelseries-kana-dota-2[3]
steelseries-kana
Jenama : Steelseries Kana Dota 2 Edition
Harga : RM200+- termasuk mouse pad
Kelebihan : Official Dota 2 merchandise, kalau ada ini boleh berlagak depan kawan. Brand steelseries pula tu, memang brand yang agung bagi di kalangan gamers. Sesuai untuk gamers Dota 2 tegar.
6 butang; Klik kanan, klik kiri, klik tengah, butang sisi kanan, butang sisi kiri, butang toggle CPI.

Gaming Mouse : Razer Deathadder 2013

razer-deathadder-2013-malaysia
Jenama : Razer Deathadder 2013
Harga : RM200+-
Kelebihan : Razer; salah satu jenama agung di kalangan gamers selain Steelseries dan Alienware. Dengan harga sekitar RM200, Razer Deathadder 2013 merupakan mouse mampu milik yang sesuai untuk gamers tegar yang mahukan sesuatu yang kacak, premium dan berkualiti.
6400 DPI, ergonomik dan banyak butang yang anda boleh customize pakai software yang Razer sediakan.

Versi lama Razer Deathadder boleh didapati pada harga yang lebih rendah daripada versi 2013 jika anda berminat, spec pun dah kira memadai walaupun tidak sebagus Deathadder 2013.

Jadual Bertugas Deejay

Jadual Bertugas Deejay