Saya selalu mengesyorkan kepada para pembaca supaya menyimpan fail penting di Local Disk selain C. Ini kerana kebiasaannya sistem komputer kita terletak di Local Disk C.
Untuk mengetahui di mana sistem komputer kita berada mudah sahaja. Buka semua Local Disk yang ada, yang mana ada folder WINDOWS, di situlah tempatnya sistem komputer.
Saya seringkali menerima laptop untuk diformat, dan mendapati ramai pengguna lebih suka menyimpan dokumen penting seperti assignment, slide presentation, gambar-gambar hari bersejarah dan sebagainya sama ada di My Documents, My Videos, My Pictures dan My Music. Tempat ini sebenarnya terletak di Local Disk C.
Apabila berlaku gangguan kepada sistem komputer, ada kemungkinan fail yang disimpan di situ tidak dapat diselamatkan. Manakala, fail yang disimpan di selain Local Disk C insyaAllah akan selamat, melainkan berlaku kerosakan hard disk.
Bagaimana pula bagi komputer yang hanya ada Local Disk C sahaja? Jangan risau…di sini sukalah saya berkongsi dengan pembaca cara-cara untuk 'pecahkan' Local Disk C, supaya pembaca juga dapat menyimpan fail di tempat yang saya syorkan. Apa yang akan saya kongsikan ini hanya 'valid' bagi untuk pengguna Windows Vista dan Windows 7 sahaja. Manakala untuk pengguna Windows XP, fail boleh 'dipecahkan' semasa proses format komputer.
Ikuti langkah ini:
Ops..untuk memastikan 'partition' yang baru dibuka berkapasiti besar, alihkan terlebih dahulu fail-fail yang 'makan ruang besar' seperti movie, lagu dan gambar ke external hard disk. Selepas selesai membuat pembahagian hard disk baru transfer semula ke laptop.
1) Right click My Computer –> Manage atau
Start –> right click Computer –> Manage
2) Klik Disk Management.
p/s: Local Disk / Partition C hanya boleh dipecahkan sekiranya hanya ada 2 atau 3 partition yang asal. Maksimum pecahan hard disk adalah 4 bahagian. Kalau sudah terdapat 4 pecahan, anda tidak boleh lagi menambah partition yang baru.
3) Right click C –> Shrink Volume
4) Tunggu sebentar…
5) Klik Shrink.
6) Ini dia hasil pecahan C tadi…
7) Right click 'Unallocated' –> New Simple Volume
8) Next
9) Next lagi
10) Next
11) Jika anda ingin namakan partition yang baru dibuat dengan nama pilihan anda, tukar di 'Volume label' daripada 'New Volume' ke nama pilihan anda contohnya 'Fail Peribadi'. Kemudian tekan 'Next'.
12) Akhir sekali, tekan 'Finish'. Anda perlu tunggu beberapa minit sehingga partition yang baru muncul dan bersedia menyimpan fail penting anda.
Selamat Mencuba!