Apakah
3 Jenis Makanan Orang Yang Bijak Pandai ? Formula pemakanan genius-genius Islam
silam yang menjadi rahsia keajaiban daya intelek mereka. Formula ini terpendam
di dalam kitab-kitab tradisional dalam bahasa Arab. Ramai yang tidak tahu
mengenai 3 Jenis Makanan Orang Yang Bijak Pandai.
Tersembunyi
dari pengetahuan orang Arab dan umat Islam sendiri. Namun akhir-akhir ini ada
usaha-usaha untuk mengetengahkan kembali kepada umum.
Sekarang
semacam ada kecenderungan di kalangan ilmuan Islam dan bukan Islam untuk
mengkaji dan menguji keabsahan formulaini.
Ini
didorong oleh penemuan – penemuan saintifik yang membuktikan kebenarannya,
khususnya terhadap susu, madu dan telur. Berikut adalah formula pemakanan
genius-genius Islam yang telah terbukti berupaya meningkatkan kepintaran dan
kekuatan daya ingatan :
3
Jenis Makanan Orang Yang Bijak Pandai
1.
MADU
Madu
adalah makanan yang sangat berkhasiat. Al-Quran mengiktirafkannya sebagai ”
shif’a” iaitu penyembuh penyakit. Manisan madu digelar “Raja Ubat”, dapat menyembuh
kebanyakkan penyakit. Ia adalah makanan untuk kesihatan keseluruhannya.
Ia
mengandungi pelbagai jenis vitamin, mineral, protein, antiseptik dan enzim yang
meningkatkan ingatan dan kecerdasan mental individu. Madu juga mengandungi
pelbagai zat galian yang penting seperti kalsium, sulfur, fosforus, zat besi,
karbon, magnesium, potassium (kalium), kuprum, silika, klorin, mangganese dan
belerang untuk memupuk tenaga dan kesihatan fizikal-mental.
Rasullullah
s.a.w bersabda, “Siapa ingin hafal,hendaklah ia minum manisan madu”. Madu
didapati berkesan untuk merawati penyakit – penyakit mental di mana ia boleh
menghindarkan kepenatan kerja otak seperti berfikir, membaca, merancang dan
bermesyuarat.
CARA
MINUM : 2 sudu teh pada waktu pagi dan malam.
PANTANG
: Jangan makan tembikai semasa menggunakan madu. Sangat merbahaya!
2.
KISMIS
Mengandungi
zat besi yang amat diperlukan untuk membina darah bagi memastikan bekalan
oksigen yang mencukupi untuk disalurkan ke otak. Kekurangan oksigen menyebabkan
seseorang mudah mengantuk, pelupa, lembab dan mengalami kelemahan dalam
berfikir.
CARA
MAKAN :
i)
Menghadap Kiblat
ii)
Baca “Bismillah” dan selawat ke atas nabi (3 kali)
iii)
Baca doa penerang hati
iv)
Makan secara kemam seperti makan gula-gula. Tidak berkesan jika dikunyah
seperti makan kacang.
v)
Makan sebiji-biji sebanyak 21 biji setiap hari.
3.
SUSU SEGAR
Susu
berguna untk kesihatan otak, mempertajamkan ingatan, membekalkan tenaga mental
dan fizikal. Susu mengandungi tiga unsur semulajadi iaitu keju, lemak dan air
yang amat diperlukan untuk pertumbuhan badan dan otak. Susu adalah makanan yang
paling lengkap dan berkhasiat.
Ia
mengandungi enam kelas makanan yang amat diperlukan oleh tubuh iaitu
karbohidrat, lemak, protein, semua jenis vitamin, mineral dan air. Ia berkhasiat
untuk merawati kesihatan umum dan merupakan penawar kelupaan yang berkesan.
Rasullullah s.a.w menerangkan susu boleh menguatkan belakang, menambahi akal,
memperbaiki penglihatan dan menghindari penyakit lupa.
Susu
yang terbaik untuk ketajaman minda ialah susu kambing, biri – biri dan lembu
yang segar. Susu hidup lebih berkhasiat dari susu debu.
CARA
MINUM :
i)
Sekurang-kurangnya segelas pada sebelah pagi dan malam
ii)
Baca “Bismillah” dan minum susu