Mantap 40 Juta

Selamat Datang Ke Website AURAFM.

AURAFM - GEGARAN DUNIA MUZIK INTERAKTIF

Selamat Datang Ke Website AURAFM.

AURAFM - GEGARAN DUNIA MUZIK INTERAKTIF

Selamat Datang Ke Website AURAFM.

ONAIR

Selamat Datang Ke Website AURAFM.

Sound Sistem

Selamat Datang Ke Website AURAFM.

Premium insurans motor baharu mulai minggu depan



KUALA LUMPUR: Mulai 23 Februari ini, pengguna kenderaan bermotor perlu membayar premium insurans lebih tinggi sejajar pelarasan premium tarif motor di bawah Rangka Kerja Perlindungan Motor Baharu yang diperkenalkan pada 2012.
Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM) berkata, rangka kerja itu diperkenalkan Bank Negara Malaysia (BNM) bagi menangani isu struktur dalam sektor insurans motor menerusi kaedah pelarasan harga secara beransur-ansur tetapi pada masa memastikan orang ramai mampu membeli insurans pada premium yang berpatutan.
Pelarasan premium tarif motor di bawah rangka kerja itu dilaksanakan secara berperingkat dalam tempoh empat tahun mulai 2012.
Mengikut PIAM dalam kenyataannya hari ini, pindaan terbabit terpakai bagi kereta persendirian, teksi awam dan bas ekspres, manakala kadar untuk lain-lain jenis kenderaan tetap sama.
Mengikut pelarasan diperkenalkan pada 2012 itu, bagi perlindungan pihak ketiga, premium insurans bagi motosikal berkapasiti 110cc akan mengalami kenaikan antara RM1.00-RM3.50 setiap tahun (maksimum 30 sen setiap bulan) dalam jangka masa empat tahun.
Bagi kereta persendirian yang berkapasiti 1,400cc, pelarasan premium adalah antara RM6.00-RM34.00 setiap tahun (maksimum RM2.80 setiap bulan) dalam jangka masa yang sama, manakala bagi kenderaan perdagangan seperti teksi luar bandar dan bas, kesan daripada pelarasan premium terhadap penumpang kurang daripada 10 sen bagi setiap penumpang dan setiap perjalanan.
Rangka kerja itu akan merintis jalan ke arah pelonggaran tarif sektor insurans motor pada tahun 2016, iaitu apabila kadar premium akan dibezakan mengikut profil risiko kenderaan individu dan lebih berpatutan kepada pemilik kenderaan.
Pemilik kenderaan yang mempunyai pengalaman tuntutan yang baik akan menikmati kadar premium yang lebih wajar berbanding pemilik kenderaan lain yang mempunyai profil risiko yang lebih tinggi.
Dalam pada itu, PIAM berkata rangka kerja baharu itu adalah langkah positif ke arah menggalakkan sektor insurans liberal dengan langkah selanjutnya akan diambil untuk memperbaiki proses penyelesaian dan tuntutan insurans motor.
"Melangkah ke hadapan industri ini akan memainkan peranan yang lebih aktif dalam meningkatkan keselamatan jalan raya menerusi bekerjasama dengan MIROS dan pihak berkepentingan yang lain bagi memupuk cara dan amalan memandu yang baik dalam kalangan semua pengguna jalan raya.
"PIAM juga sudah melaksanakan perkhidmatan Pusat Panggilan Bantuan Kemalangan (AACC) bagi memberi bantuan kecemasan kepada pemandu yang terbabit dalam kemalangan jalan raya," katanya.
Talian hotline 1300-22-11-88 yang beroperasi 24 jam seminggu menawarkan perkhidmatan menunda kenderaan yang terbabit dalam kemalangan dan melayani pertanyaan tuntutan untuk membantu mangsa kemalangan di seluruh negara.

DOA MEMBATALKAN SIHIR / SANTAU PADA MINUMAN ATAU MAKANAN

DOA MEMBATALKAN SIHIR / SANTAU PADA MINUMAN ATAU MAKANAN.

Setiap manusia punyai perasaan Firasat samaada ia rasa tak sedap hati / rasa lain dari biasa pabila Santau atau Sihir sedang mengundang di depannya. Dengan kata lain dpt signal dr dalam hati. Atau yg lebih dasyat bila x rasa pape ketika sihir dan santau menghampiri. Jika begitu anda digalakkan membaca doa ini sebagai pendinding dalam apa jua keadaan makan dan minum. 

Pengalaman abg amir selama ini dlm dunia perubatan islam mmg tidak terlepas dari cobaan dan ujian dari pengamal santau atau bomoh.. Jadi doa ini amat penting dalam harian abg amir.. Sila share pada semua shbt2 anda ye.. inshallah manfaat buat semua.. amin

DALAM sebutan rumi :
” BISMILLAHILLAZI LA YADURRU MA’ASMIHI SYAIUN FIL ARDI WA LA FIS SAMAIE , WAHUWAS SAMI’UL ‘ALIM “

Ertinya :

Rasulullah s.a.w didengari berkata sesiapa yang berdoa : “Dengan nama Allah yang tiada dimudaratkan sesuatu apapun dengan namaNya samada di bumi dan di langit, dan Dialah maha mendengar dan maha mengetahui” sebanyak 3 kali, maka ia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehinggalah subuh esoknya, dan barangsiapa membacanya ketika subuh 3 kali, ia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehingga petangnya”

( Riwayat Abu Daud, 4/323 ; At-Tirmidizi, 5/465 dan Ahmad ; Tirmizi : Hasan – Teks doa berwarna Merah Syeikh Syuaib ; Hasan)

Santau ini ada 2 jenis. Ada yang dipanggil santau angin iaitu santau yang dihantar melalui angin dengan menggunakan khidmat jin. Satu jenis lagi ialah santau yang diletakkan ke dalam makanan mangsa.

Apakah yang dipanggil santau ini? Ia adalah sejenis racun yang ramuannya dibuat daripada bahan-bahan yang berbisa dan kotor yang diserrtai dengan pemujaan syaitan ataupun jin. Mangsa yang terkena santau selalunya dibinasakan dengan perlahan-lahan samada supaya dia menderita berpanjangan yang berakhir dengan kematian ataupun menemui ajalnya dalam jangka masa tertentu.

Antara bahan-bahan yang biasanya digunakan di dalam ramuan santau ialah:

Bahan Bisa yang boleh diperolehi daripada bahan untuk membuat racun seperti air lipan bara, bisa ular senduk, bisa ular kapak, bisa katak puyu, ubur-ubur, bisa getah ipuh, buah kacang hantu, bisa akar-akar kayu dan sebagainya.
Bahan Miang/Gatal diantaranya ialah sepertu miang sembilu buluh, miang tebu, miang rebung, tali guni, ulat bulu yang masih hidup. Mangsa yang terkena santau ini selalunya akan merasa gatal di tekak, manakala badannya terasa bisa.
Bahan Pedih (melukakan) yang menyebabkan mangsa merasa pedih apabila terkena santau. Bahan tersebut adalah kaca, mentol lampu, rambut, benang sutera, tali sabut, kuku manusia atau binatang, kelongsong telur ayam, bahan-bahan kotor daripada binatang yang telah mati seperti kulit lipas, lipan dan sebagainya.
Santau ini jika tidak disedari dan lambat dirawat, mangsa boleh menemui ajal ataupun menderita sakit yang teruk. Keadaan penyiksaan sebeginilah yang diingini oleh penghantar santau untuk membalas dendam.

Hukum pengamal santau ini adalah syirik dan berdosa besar.

Nukilan : 
Amir Putera Ahmad Zaalawi
Perubatan Islam Al-Hak
Setiap manusia punyai perasaan Firasat samaada ia rasa tak sedap hati / rasa lain dari biasa pabila Santau atau Sihir sedang mengundang di depannya. Dengan kata lain dpt signal dr dalam hati. Atau yg lebih dasyat bila x rasa pape ketika sihir dan santau menghampiri. Jika begitu anda digalakkan membaca doa ini sebagai pendinding dalam apa jua keadaan makan dan minum.
Sila share pada semua shbt2 anda ye.. inshallah manfaat buat semua.. amin
DALAM sebutan rumi :
” BISMILLAHILLAZI LA YADURRU MA’ASMIHI SYAIUN FIL ARDI WA LA FIS SAMAIE , WAHUWAS SAMI’UL ‘ALIM “
Ertinya :
Rasulullah s.a.w didengari berkata sesiapa yang berdoa : “Dengan nama Allah yang tiada dimudaratkan sesuatu apapun dengan namaNya samada di bumi dan di langit, dan Dialah maha mendengar dan maha mengetahui” sebanyak 3 kali, maka ia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehinggalah subuh esoknya, dan barangsiapa membacanya ketika subuh 3 kali, ia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehingga petangnya”
( Riwayat Abu Daud, 4/323 ; At-Tirmidizi, 5/465 dan Ahmad ; Tirmizi : Hasan – Teks doa berwarna Merah Syeikh Syuaib ; Hasan)
Santau ini ada 2 jenis. Ada yang dipanggil santau angin iaitu santau yang dihantar melalui angin dengan menggunakan khidmat jin. Satu jenis lagi ialah santau yang diletakkan ke dalam makanan mangsa.
Apakah yang dipanggil santau ini? Ia adalah sejenis racun yang ramuannya dibuat daripada bahan-bahan yang berbisa dan kotor yang diserrtai dengan pemujaan syaitan ataupun jin. Mangsa yang terkena santau selalunya dibinasakan dengan perlahan-lahan samada supaya dia menderita berpanjangan yang berakhir dengan kematian ataupun menemui ajalnya dalam jangka masa tertentu.
Antara bahan-bahan yang biasanya digunakan di dalam ramuan santau ialah:
Bahan Bisa yang boleh diperolehi daripada bahan untuk membuat racun seperti air lipan bara, bisa ular senduk, bisa ular kapak, bisa katak puyu, ubur-ubur, bisa getah ipuh, buah kacang hantu, bisa akar-akar kayu dan sebagainya.
Bahan Miang/Gatal diantaranya ialah sepertu miang sembilu buluh, miang tebu, miang rebung, tali guni, ulat bulu yang masih hidup. Mangsa yang terkena santau ini selalunya akan merasa gatal di tekak, manakala badannya terasa bisa.
Bahan Pedih (melukakan) yang menyebabkan mangsa merasa pedih apabila terkena santau. Bahan tersebut adalah kaca, mentol lampu, rambut, benang sutera, tali sabut, kuku manusia atau binatang, kelongsong telur ayam, bahan-bahan kotor daripada binatang yang telah mati seperti kulit lipas, lipan dan sebagainya.
Santau ini jika tidak disedari dan lambat dirawat, mangsa boleh menemui ajal ataupun menderita sakit yang teruk. Keadaan penyiksaan sebeginilah yang diingini oleh penghantar santau untuk membalas dendam.
Hukum pengamal santau ini adalah syirik dan berdosa besar.
Nukilan :
Amir Putera Ahmad Zaalawi
Perubatan Islam Al-Hak

Tip-tip Jumping Bateri Kereta Kong

Pertanyaan yang diajukan..
Syark   Said pagi tadi kereta aku takleh start,  dah lambat  g keje.kete tinggal dulu..kang balik baru nk tgk...aku suspek batery dia dh kong? apa perlu buat? nk kena jumper kr ..aku takde pengalaman ni.
Jawapan kami..
Thanks bertanya syark .Ok masalah ni saya cuba berikan pandangan secara ringkas seperti dibawah.. 

Kesabaran senjata ampuh tegak kebenaran



Naluri manusia amat suka kepada kekuatan, kekuasaan dan mereka sentiasa berusaha untuk mendapatkan kelebihan itu. Namun, kedua-dua kelebihan itu tidak dapat menentukan sesuatu kebenaran kerana ia adalah sesuatu yang sabit dan tetap daripada Allah SWT.
Oleh itu, kebenaran menjadi arah pedoman untuk kehidupan lantaran tautan yang kukuh dengan hidayah daripada Allah SWT.
Firman Allah SWT bermaksud: "Sesungguhnya kebenaran itu adalah daripada Tuhanmu dan jangan kamu termasuk daripada golongan mereka yang ragu-ragu." (Surah al-Baqarah, ayat 147)
Ayat ini berkisar perbuatan mereka menyembunyikan kebenaran kerasulan Baginda SAW yang diterangkan dalam kitab terdahulu. Namun, menolak kebenaran menjadi kebiasaan kerana jiwa yang berpenyakit.
Justeru, kebenaran ada hubung kait dengan hubungan yang benar dengan Allah dan sesama manusia. Ini hal yang sangat penting untuk difahami. Maka, hikmah daripada setiap perintah Allah SWT tetapkan adalah mengukuhkan hubungan kita dengan-Nya dan sesama manusia.
Hubungan erat itu umpama hubungan yang terjalin antara roh dan jasad dan tidak dapat dipisahkan.
Kekuatan jiwa adalah kunci kepada kebenaran hakiki kerana asas kebenaran ialah kekuatan jiwa.
Namun, kekuatan itu sendiri berlainan pada setiap jiwa kerana manusia mempunyai pemikiran yang berlainan antara satu sama lain. Dengan kekuatan jiwa, seseorang dapat mengawal dirinya, mendominasi orang lain atau tidak dapat mengawal diri dan orang lain.
Kekuatan lawan nafsu amarah
Seorang mukmin dapat mengawal dirinya dan sentiasa istiqamah pada jalan Allah SWT. Dia juga dapat berhadapan dengan seruan kebatilan dengan jayanya. Padanya ada dua kekuatan iaitu kekuatan melawan nafsu amarah dalam jiwa dan kekuatan menentang kebatilan.
Tetapi orang kafir hanya mempunyai satu kekuatan sahaja iaitu hanya mampu mengawal diri dan tidak dapat menolak kebatilan yang datang hingga terjerumus ke kancah kebatilan.
Ada juga golongan yang tidak mampu mempertahankan diri dan tidak mampu menghadapi kebatilan yang datang. Mereka ialah orang munafik yang hilang segala kekuatan dan pada masa sama terpaksa mengaku pada zahir kerana tidak sanggup berhadapan dengan kebenaran. Nauzubillah.
Kedua-dua jalan ini (kebenaran dan kebatilan) tidak akan bertemu buat selamanya kerana kedua-dua jalan ini tidak pernah sekata. Al-Quran telah memperjelaskan hal ini kerana al-Quran adalah pemisah antara kebenaran dan kebatilan.
Al-Quran juga dipanggil al-furqan yang membawa maksud pemisah antara kebenaran dan kebatilan. Saidina Umar dipanggil al-faruq kerana memisahkan antara kebenaran dan kebatilan. Melalui kisah Umar, dapat disimpulkan kebenaran tidak pernah mengenal sesiapa dan ia adalah kekuatan pendokong kebenaran.
Apatah lagi beliau adalah seorang yang dikenali dan ditakuti ketika itu. Ini menjelaskan kebatilan akan luntur dan hilang setelah datangnya kekuatan melalui kebenaran itu.
Firman Allah SWT bermaksud: "Dan katakanlah bahawa datangnya kebenaran yang akan melenyapkan kebatilan. Sesungguhnya yang batil itu pasti akan lenyap juga." (Surah al-Israk, ayat 81)
Mereka yang bersama kebenaran tidak goyang dengan musuh yang ramai disebabkan kekuatan tadi. Baginda SAW sendiri bermula dengan sendirian sehingga menerima pelbagai tentangan. Akhirnya, kebenaran Islam dapat diterima peringkat demi peringkat sehingga hari kiamat.
Di samping keyakinan dan kekuatan, ketakwaan juga akan membantu dalam mencari kebenaran kerana ia adalah neraca bagi orang yang beriman.
Firman Allah SWT bermaksud: "Wahai orang yang beriman, jika kamu sekalian bertakwa kepada Allah SWT, nescaya kamu akan diberi petunjuk kebenaran dan diampunkan dosa kamu." (Surah al-Anfal, ayat 29)
Ayat ini mengaitkan keimanan dan ketakwaan sebagai jalan menuju kebenaran. Maka, berbahagialah bagi mereka yang mencari kebenaran melalui iman dan takwa, seterusnya mendapat keampunan daripada Allah SWT.
Bagaimanapun, kebenaran dicari adalah sesuatu yang pahit dan akan sentiasa ditentang oleh kebatilan. Justeru, ketahanan diperlukan bagi melawan kebatilan dan kesabaran adalah senjata ampuh untuk berbuat demikian.
Pertahan kebenaran
Senjata ini dapat dilihat pada surah al-Asr yang menekankan wasiat kebenaran dan kesabaran. Di sini menunjukkan pentingnya manusia menerima kebenaran dan mempertahankan kebenaran dengan penuh kesabaran. Tetapi, kebatilan sunyi daripada sifat sabar dan akhirnya manusia menjurus ke arah kekerasan.
Keganasan akan berlaku setelah segala dalil dan hujah yang menjadi asas mencari kebenaran tidak lagi digunakan. Maka, bahasa kekerasan akan digunakan bagi menutup segala kebatilan. Kebenaran adalah sesuatu yang pahit untuk ditelan walaupun sudah pasti kebatilan akan lenyap.
Kebenaran dan kebatilan tidak akan bersatu buat selamanya kerana perbezaan titik mula dan penghujungnya. Namun demikian, kedua-duanya akan terserlah walaupun mengambil masa yang panjang.
Pengetahuan mengenai yang hak dan batil juga dapat membentuk insan memiliki semangat juang kental serta lebih berani kerana kita semakin yakin dengan apa yang kita lakukan. Oleh itu, kita seharus mendalami sesuatu ilmu sebelum menyangkal atau membantah sesuatu perkara yang dianggap bertentang pandangan kita.
Jadi, untuk mengelakkan sesuatu salah faham, kita perlu menegakkan kebenaran dan menjauhi kebatilan.
Kita hendaklah meyakini bahawa kebenaran adalah kekuatan yang akan menyelamatkan kita di dunia dan akhirat.
Islam adalah agama keamanan, bukan keganasan sebagaimana anggapan sesetengah pihak kerana ia agama kebenaran yang dibuktikan dengan hujah dan dalil yang jitu. Sebenarnya, kebatilan dan kekufuran yang mencetus 

6,000 saksi persandingan Yana Shamsudin-Fadzil Zahari



 YANA Samsudin bersama pasangannya Fadzil Zahari ketika berarak masuk menuju ke pelamin persandingan pada majlis resepsi perkahwinannya di Dataran Gemilang, Yong Peng, Johor. - Foto Rasul Azli Samad

KUALA LUMPUR: Dianggarkan lebih 6,000 membanjiri Dataran Gemilang Yong Peng menyaksikan persandingan Yana Samsudin dan Fadzil Zahari.
Yana anggun ditatarias jurusolek terkenal Deqsha dan menggayakan busana rekaan Zery Zamry malam ini. pasangan ini selamat bergelar isteri semalam selepas solat Jumaat di kediaman keluarga Yana di Yong Peng.
Majlis bertandang dijadualkan pada 7 Mac depan di Jitra, Kedah. fadzil ialah adik kepada pelakon dan pengarah Farid Kamil.

11 Tips Cara Menjaga Luka Bersalin Normal (Luka Episiotomi) agar cepat sembuh

Bagi yang sudah melalui saat-saat bersalin normal pasti telah merasai sendiri pengalaman menjaga luka episiotomi ketika berpantang. Luka bersalin normal akan cepat sembuh kalau penjagaannya betul dan ibu-ibu sentiasa menitikberatkan kebersihan pada diri.

Namun, bagi yang pertama kali melalui detik bersalin dan berpantang pasti tertanya-tanya cara untuk menjaga luka selepas bersalin nanti. Di sini dikongsikan 11 tips cara menjaga luka bersalin normal (luka episiotomi) agar cepat sembuh tanpa bermasalah.

Penting ibu-ibu menjaga kebersihan untuk mengelakkan jangkitan di bahagian luka bersalin.

Cuba amalkan 11 tips ini:-

Khasiat Badam



Keterangan foto:

1a dan 1b – Buah almond yang masih muda dan berada di tangkai

2 – Buah almond yang telah matang dan kulit cengkerangnya telah terkopek

3 – Bunga dan daun almond

4 – Buah almond yang matang yang telah dipetik

5 – Buah almond yang telah dikopek kulit cengkerangnya yang masih mentah dan sedia untuk diolah

6 – Gambar ilustrasi lukisan lengkap almond

Sumber: wanura

Menurut Wikipidia, dalam istilah botanikal, badam bukan kacang. Dalam parlans botanikal, kulit berbatu keras yang menyelirat dipanggil endocarp, dan buah ini, atau exocarp, ialah pepauh, mempunyai lapisan luar yang gebu. Pokok ini adalah asli dari Asia barat daya. 

"Dunia Hasbullah Awang hanya kerja dan keluarga"


KUALA LUMPUR: "Salam. Aku ok aja. Cuma akan buat angiogram pada petang Selasa nanti..Bukan dibedah. Masuk hospital dulu kerana kaki bengkak rupa-rupanya ada kaitan dengan jantung.Anywayterima kasih atas perihatin semua."

Itu mesej yang disampaikan Allahyarham Datuk Hasbullah Awang lewat malam Rabu kepada rakan-rakan setugasnya.

Penerbit Kanan Astro ARENA, Slamet Sazly Yakub, berkata komitmen Allahyarham dalam menjalankan tugasnya tidak terhenti walaupun ketika dia sedang mendapatkan rawatan.

"Hari yang beliau dimasukkan ke IJN tu beliau masih lagi sempat hantar artikel untuk laman web Astro ARENA menerusi telefon beliau.

"Jadi bermakna ketika beliau hendak buat pemeriksaan kesihatan beliau masih lagi sempat memberikan sepenuhnya untuk kerja," katanya.

Sementara itu bagi isteri Allahyarham, Datin Hazida Alang Ahmad, 58 tahun, berkata walaupun mencintai kerjayanya, Allahyarham tidak pernah mengabaikan keluarga.

"Dia orang yang berkeluarga yang sayang sangat keluarga dia, dan dia juga sayang kerjaya dia.

“Dia merancang untuk pergi ke Singapura dan sudah membuat persiapan awal, dunia hanya kerja dan keluarga,” katanya ketika ditemuiAstro AWANIpada Khamis.

Allahyarham turut meninggalkan empat anak perempuan serta tujuh orang cucu.


Menyambung warisan Almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz - Hadi Awang


PARTI Islam Se-Malaysia (PAS) kehilangan tokoh penting yang kembali mengadap Pencipta, Allah azza wajalla iaitu al-Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Sesungguhnya pemergian Almarhum kerahmatullah adalah satu kehilangan yang sukar dicari ganti khususnya kepada PAS dan amnya kepada negara serta seluruh umat Islam.

Almarhum adalah pemimpin, guru, bapa dan sahabat yang telah mendamba dan memperhambakan diri kepada al-Khaliq dengan teguh menyambung usaha Rasulullah SAW dan para Nabi menegakkan risalah agama ini.

Dunia dan umat kurun ini telah menyaksikan, bahawa Almarhum telah meletakkan bumi Serambi Makkah yakni Kelantan ke peta dunia dalam istiqamahnya beliau memartabatkan Islam di negeri itu.

Almarhum juga negarawan di mana telah melakar sejarah sejak usia mudanya bersama PAS untuk memperjuangkan wujudnya di dalam negara ini sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya nilai-nilai hidup Islam dan hukum-hukumnya menuju keredhaan Allah, sebagaimana nyata di dalam Perlembagaan PAS.

Tuan Guru Datuk Nik Aziz juga seorang ulama yang tekun menyebar aqidah Islam dan bertegas terhadap semua idealogi asing.

Pemergian Almarhum telah meninggalkan tapak kukuh dan jasa yang mesti dilangsungkan oleh generasi Islam hari ini dengan itqan sebagaimana telah diteladaninya.

Antaranya untuk melaksanakan Enakmen Syariah dalam perundangan negeri Kelantan, menjadi amanah dan warisan yang wajib disambung.

Semoga roh Almarhum berbahagia di sisi Allah dan dipertemukan dengan roh Rasulullah yang dicintanya sepanjang hidup.

Saya merakamkan takziah kepada seluruh ahli keluarga serta para pendokong dan penyokong PAS semoga kita redha dan sama-sama bersabar menghadapi saat-saat sukar ini.

DATO' SERI TUAN GURU ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS


6 kelemahan Jin yang anda perlu tahu



Walaupun jin dan syaitan mempunyai kemampuan-kemampuan yang tidak dimiliki oleh manusia, akan tetapi al-Quran dengan tegas mengatakan bahawa hakikatnya syaitan dan tipu dayanya itu adalah lemah. Berikut adalah beberapa contoh kelemahan jin, di antaranya:

1. Tidak boleh mengalahkan orang-orang soleh.

Bukti bahawa syaitan atau jin tidak akan dapat mengalahkan orang soleh adalah perkataan syaitan sendiri ketika berdialog dengan Allah dalam surah al-Hijr ayat 39 -
"Iblis berkata:" Ya Tuhanku, oleh sebab Engkau telah memutuskan bahawa aku sesat, pasti aku akan menjadikan mereka memandang baik (perbuatan ma'siat) di muka bumi, dan pasti aku akan menyesatkan mereka semuanya, kecuali hamba-hamba Engkau yang mukhlis di antara mereka ". (Surah Al-Hijr 15: 39-40).

Jadual Bertugas Deejay

Jadual Bertugas Deejay