Google Memperkenalkan Sokongan HTTPS Untuk Pengguna Perkhidmatan Blogspot



Blogspot atau turut dikenali sebagai Blogger merupakan salah satu perkhidmatan milik Google yang memfokuskan kepada penawaran platform bagi pengguna menerbitkan kandungan. Baru-baru ini, Google telah mengaktifkan penggunaan nama domain .MY untuk pengguna tempatan, dan terkini Google turut memperkenalkan sokongan HTTPS pada perkhidmatan mereka itu.



Google telah mula mengimplementasikan sokongan penyulitan (encryption) pada perkhidmatan dan pelayan mereka sejak daripada tahun 2008 yang lepas, malah mereka turut menekankan penggunaan HTTPS dikalangan pemilik web lain.
Kini, sebahagian daripada usahanya, Google turut mengumumkan pengenalan sokongan HTTPS pada perkhidmatan Blogspot, membolehkan pemilik blog pada perkhidmatan tersebut mengaktifkan sokongan HTTPS.
Google mengatakan sokongan ini membolehkan pengguna pastikan mereka melayari web yang tepat, disamping mengelak daripada pihak ketiga mencuri ilmu atau memantau pelayaran mereka di sesuatu laman blog.
Pengenalan fungsi ini akan diperkenalkan secara berperingkat kepada pengguna Blogspot – dan ia tidak ditawarkan untuk pengguna domain sendiri buat masa ini.
Sumber Rujukan: Blogger

Jadual Bertugas Deejay

Jadual Bertugas Deejay