KUALA LUMPUR - Seramai 38 usahawan Industri Kecil Sederhana (IKS) Bumiputera mendakwa ditipu sebuah koperasi melibatkan seorang artis terkenal membabitkan barangan bernilai RM4.8 juta yang sehingga kini belum dilunaskan bermula Februari lalu.
Bayaran itu tidak termasuk wang deposit RM3,000 yang harus dibayar setiap usahawan bagi setiap jenis produk yang dianggarkan berjumlah 85 produk yang rata-ratanya terdiri daripada makanan seperti lempeng pisang, tepung kek, pes asam pedas Melaka, pes kuah laksa dan sebagainya.
Beberapa usahawan Melayu yang mengusahakan industri kecil sederhana (IKS) mendakwa mereka ditipu oleh badan koperasi sehinggakan hampir bankrap.
Wakil kepada 38 usahawan itu, Shamsul Shah Sulaiman berkata,
koperasi itu menawarkan kepada usahawan untuk membantu memasarkan produk ke
sebuah pasar raya terkenal di negara ini bagi tempoh setahun.
"Kami ditugaskan menyiapkan produk masing-masing mengikut jumlah yang dikehendaki serta membayar deposit RM3,000 bagi setiap produk kepada koperasi itu.
"Kami ditugaskan menyiapkan produk masing-masing mengikut jumlah yang dikehendaki serta membayar deposit RM3,000 bagi setiap produk kepada koperasi itu.
Menurutnya, pihak koperasi berjanji akan membayar produk yang
dibekalkan itu dalam tempoh 30 hingga 45 hari namun hingga kini mereka gagal
melunaskannya.
"Dalam masa tuntutan dibuat, mereka secara tiba-tiba memaklumkan kontrak bersama pasar raya berkenaan dibatalkan atas alasan yang tidak munasabah.
"Mereka kemudiannya mengaku berjaya mendapat kontrak dengan sebuah pasar raya lain di Sabah dan berjanji akan pasarkan produk kami di sana," dakwanya.
Beliau berkata, pada awalnya semua usahawan tidak mengesyaki sesuatu yang tidak kena.
"Sehinggalah terdapat di kalangan usahawan yang menerima cek bayaran namun kecewa dan terkilan selepas mendapati cek berkenaan adalah cek tendang.

- Saya belum mampu berdiri.. sedang cuba merangkak semula..setelah tertiarap -
Hajah Atika sedang ditemuramah oleh penyampai AuraFM
Santai dengan selingan lagu
Sekali kena terjah
Suasana kedai pada waktu petang
Ramai pengunjung datang membeli
Viral Penyelamat IKS
Produk Coco Bear memang cukup murah dan sedap
Haji Shamsul dan Hajah Atika sedang menanti untuk diwawancarakan
Temubual bersama Usahawan IKS 1
Temubual bersama Usahawan IKS 2
Temubual bersama Usahawan IKS 3
Pes Ayam Madu
Tepung Hairan memang terbaik dari segi namanya
Cara mudah menggunakan tepung hairan
Produk IKS yang perlu dihabiskan
Temubual bersama Amirul
Temubual bersama Mohd Isa Chan Abdullah
Hajah Atika promosikan pelbagai produk IKS
Setelah menamatkan temubual secara langsung,kami singgah sebentar dikedai makan untuk berbincang dengan selanjutnya.Terima kasih kesemua usahawan IKS sudi memberi produk sebagai bekalan kepulangan kami team AuraFM.
Terima kasih kepada semua usahawan2 IKS terutama Hajah Atika Mohd Ramli dan
Haji Shamsul Shah TiSha's atas kesudian menjemput dan membenarkan pihak radio AuraFM Untuk berlintas lansung,LIVE KONTI AURAFM Pada petang semalam di Taman Melawati,KL..Saya mewakili crew & Dj AuRafm amat berterima kasih sangat dan berbesar hati diatas kepercayaan sebagai radio internet berusaha membantu pihak IKS mencari penyelesaian diatas kemelut yang dihadapi usahawan yang terbabit.Dan sekalung tahniah atas kehadiran pembeli dan pengunjung yang tak putus datang memberikan sokongan dan semangat serta membantu mereka,semoga Allah mempermudahkan segala urusan mereka semua Amin Ya Rabbal Alamin...,bagi anda yg ingin memberikan sokongan dan membantu boleh la terus pergi ke Tmn Melawati KL atau berhubung dng saya di talian 01119739366 atau Tuan Rahim & DeejayAngah Comei untuk info seterusnya.Banyak produk IKS yang harganya amat berpatutan sekali buat anda..ada 38 usahawan IKS yang memasarkan produk mereka disana.