Mantap 40 Juta

Selamat Datang Ke Website AURAFM.

AURAFM - GEGARAN DUNIA MUZIK INTERAKTIF

Selamat Datang Ke Website AURAFM.

AURAFM - GEGARAN DUNIA MUZIK INTERAKTIF

Selamat Datang Ke Website AURAFM.

ONAIR

Selamat Datang Ke Website AURAFM.

Sound Sistem

Selamat Datang Ke Website AURAFM.

Tuan Guru Nik Abd Aziz Nik Mat telah kembali ke Rahmatullah



Dengan dukacita dimaklumkan bahawa Tuan Guru Nik Abd Aziz Nik Mat telah kembali menemui penciptanya pada jam 9.40 malam ini. Semoga Allah cucuri rahmat ke atas rohnya dan ditempatkan dikalangan hambaNya yang soleh.

Kembali pada malam jumaat yang diberkati.

Alfatehah

Dato Tuan Ibrahim Tuan Man
Naib Presiden PAS

Facebook 

Tarif elektrik di Semenanjung, Sabah dan Labuan turun bermula 1 Mac


KUALA LUMPUR: Setelah berlaku penurunan dalam harga minyak di pasaran dunia, impian rakyat Malaysia untuk mengurangkan beban kos harian terutamanya harga barangan mungkin dapat dirasai dengan pengumuman penurunan tarif elektrik oleh Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) petang tadi.

Dalam kenyataan ringkas yang turut disiarkan melalui Twitter rasmi Tenaga Nasional Berhad (TNB), pengurangan tarif adalah sebanyak 2.25 sen per jam kilowatt (kwh). Bermula 1 Mac sehingga 30 Jun 2015, tarif baharu tersebut akan berkurangan daripada 38.53 sen kepada 36.28 sen.


Sementara itu di Sabah dan Labuan, penurunan tarif tersebut adalah sebanyak 1.20 sen/kWh.

Menteri KeTTHA, Datuk Seri Dr. Maximus Ongkili mengesahkan perkara tersebut dengan menyatakan bahawa Kabinet pada Rabu telah memutuskan penurunan tarif elektrik pada kadar 2.25 sen/kwj bagi pengguna di Semenanjung Malaysia 1 Mac-30 Jun 2015 berdasarkan semakan pelepasan kos bahan api dan penjanaan (ICPT).

Pengguna domestik bakal nikmati pengurangan bil elektrik dalam lingkungan RM13.50 sehingga RM45 dalam bil bulanan dengan penjimatan ICPT.

Minggu lalu, pelbagai pihak yang menggesa pihak TNB agar segera menurunkan kadar tarif elektrik memandangkan selama ini nilai kos tenaga tersebut banyak dipengaruhi oleh harga minyak dunia.

Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Malaysia (ACCCIM) melalui Presidennya, Datuk Lim Kok Cheong, berkata bahawa elektrik merupakan salah satu daripada komponen utama dalam perniagaan tempatan dan pelabur luar negara, dan sebarang penurunan tarif mampu membantu melaras semula kos operasi yang saban tahun telah meningkat.

Sherry sahut cabaran Nyonya



Kembali menjayakan teater Nyonya yang digabungkan dengan kisah Episod YB seharusnya menjadi tugas mudah buat pelakon berbakat, Sherry Abdullah Al-Hadad, 30.

Ini bukan kali pertama Sherry beraksi untuk pementasan Nyonya yang dipentaskan tujuh kali sebelum ini. Kali pertama sewaktu dipentaskan di Pusat Pelancongan Malaysia (MATIC) pada Oktober 2004.

Melihat Sherry beraksi sebagai Nyonya, ramai yang memuji. Saiz badan bukan ukuran, sebaliknya keyakinan dan lakonan bersahaja ditampilkan di pentas membuatkan ramai jatuh cinta pada watak Nyonya dan membolehkan ia dipentaskan saban tahun.

Kembali menyahut cabaran pengarah teater ini, Rosminah Tahir dan penerbitnya Citra Production, Sherry menjelaskan, pada pering-kat awal dia berat hati menerima tawaran diberikan.

“Saya sebenarnya takut untuk kembali menjayakan watak Nyonya. Apa yang saya fikirkan adalah kemampuan diri. Lagipun, hampir 10 tahun saya tidak berlakon teater Nyonya.

“Terus-terang, sewaktu kali pertama menjayakan watak Nyonya, berat badan saya kurang dan tidak berlebihan seperti sekarang.

“Apabila beraksi di pentas teater, yang penting adalah stamina. Saya takut berat badan yang semakin bertambah ini membuatkan saya tidak mampu bertahan apabila beraksi,” katanya ketika ditemui di majlis prebiu Diari Wanita... Episod YB & Nyonya, baru-baru ini.

Sementalah lagi, jelasnya, untuk memegang watak Nyonya, banyak perkara harus dititik beratkan. Pertamanya penampilan, gaya berjalan, sewaktu beraksi dan pengucapan dialog.

“Saya harus serasikan diri dengan semua ini, terutama apabila kostum memerlukan saya berkorset dan berkebaya sepanjang masa.

“Apabila tersarung saja kebaya, saya harus sentiasa dalam karakter yang memerlukan saya menjadi perempuan penuh santun.

“Mujur perkara itu bukan masalah besar kerana sebagai pelakon, apabila tersarung saja kostum, ibaratnya ‘roh’ pun masuk. Perasaan dan angan kena lebih. Saya ibaratkan apabila berkebaya, saya seperti Kim Kardashian,” katanya.

Teater Diari Wanita... Episod YB & Nyonya akan mula dipentaskan di Istana Budaya bermula 11 hingga 16 Februari ini. Turut menjayakan pementasan kali ini ialah Amy Mastura, Misha Omar, Juhara Ayob, Nad Zainal, Dina Nadzir dan Shahrul Mizad Ashari.

Sebaik selesai pementasan Nyonya, Sherry bakal menjayakan pementasan yang bakal diarahkan teman baiknya juga pelakon dan pengacara semakin mencipta nama, Zulin Aziz.

“Zulin bakal mengarahkan teater Tiga Janda dan saya menawarkan diri untuk membintanginya. Saya berbuat begitu bukan kerana dia kawan baik saya semata-mata, tetapi saya percayakan kemampuannya,” katanya.

Kata Sherry, sepanjang mengenali Zulin, dia menyifatkan rakannya kreatif dan mempunyai kelebihan dalam merealisasikan apa juga yang diangankan.

Sherry dan Zulin dilihat seakan-akan tidak boleh berpisah dan sering melakukan apa juga perkara bersama. Mengenai perkara itu, Sherry akui pada awal pembabitan, mereka memang sering dilihat bersama.

“Sekarang jika peminat sedar, saya dan Zulin mula membawa haluan masing-masing. Malah, Zulin kini lebih dikenali sebagai pengacara sementara saya lebih banyak berlakon.

“Cuma baru-baru ini kami digabung dalam beberapa drama bercorak komedi seperti Suami Sebelah Rumah yang diterbitkan JS Pictures dan terbaru kami akan terbabit dengan drama enam episod yang akan diarahkan Erma Fatima,” katanya.



Mahkamah tolak saman terhadap Zizan Razak


Mahkamah Tinggi di sini, hari ini mengetepikan saman bekas pembantu peribadi pelawak dan pelakon Zizan Razak terhadap artis itu berhubung pembekuan akaun Wire Fame Entertainment Sdn Bhd

Hakim Datuk John Louis O’Hara membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan Zizan, yang merupakan defendan kedua.
Dalam saman berkenaan, Marina Juki (plaintif) mendakwa beliau mengalami keaiban tetapi tidak menunjukkan bagaimana beliau mengalaminya, kata hakim itu ketika mengumumkan keputusannya.

Beliau berkata, plaintif juga gagal mendapat kebenaran untuk memohon tindakan dikenakan terhadap defenden ketiga seperti yang diperlukan mengikut Seksyen 181 A(1) Akta Syarikat.
Hakim itu memerintahkan kos RM10,000 dibayar kepada Zizan dan RM10,000 kepada Maybank Islamic Berhad.

Pada 30 September tahun lepas, Marina, 31, menyaman Maybank Islamic Berhad, Zizan atau nama sebenarnya Mohd Razizan Ab Razak, 31, dan Wire Fame Entertainment Sdn Bhd kerana peranan mereka dalam membekukan akaun syarikat itu.

Wanita itu mendakwa beliau mengalami kerugian besar dari segi wang kerana artis yang bernaung di bawah syarikat berkenaan tidak lagi berminat membaharui kontrak masing-masing memandangkan pembekuan akaun syarikat itu membayangkan ia menghadapi masalah.


Peguam Harjit Sandhu mewakili Marina, manakala Zizan dan Wire Fame masing-masing diwakili peguam Rishwant Singh dan Jimmy Liew.

Siapa sebenarnya hartawan Jho Low?



Jho Low dikatakan terlibat dalam pembelian sebuah unit kondo mewah di bangunan The Warner Center yang       bernilai RM117 juta di di tengah-tengah bandar New York.- Gambar @jho_low

KUALA LUMPUR:Awal minggu ini,The New York Times(NYT)telahmengeluarkansatuartikelyangbertajuk 'Jho Low, Well Connected at Home, Young Malaysia Has an Appetite for New Yorkmengenaiseorang ahlikewanganmudayang berasal dari Malaysia.

Artikel mengenai Jho Low atau nama sebenarnya Taek Jho Low di NYT turut mengeluarkan artikelberbahasa Melayu.

Persoalannya sekarang adalah siapa Jho Low dan kenapa namanya disebut-sebut di media antarabangsa termuka itu?

Lewat bela kes Chong Wei untuk pastikan kes kukuh - Khairy


JOHOR BAHARU: Kelewatan mempersembahkan kes doping pemain badminton negara Datuk Lee Chong Wei kepada Persekutuan Badminton Dunia (BWF) bertujuan memastikan kes yang dipersembahkan adalah kukuh, kata Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin.

Beliau berkata Persatuan Badminton Malaysia (BAM) telah diingatkan supaya bersiap sedia dengan lengkap sebelum menghadiri perbicaraan dengan jawatankuasa sementara timbang tara BWF.

"Saya tidak mahu kita terburu-buru sebab ada beberapa perincian yang perlu kita telitikan. Kita cuma ada satu peluang sahaja," katanya kepada pemberita selepas meninjau persiapan Piala Monsun Malaysia 2015 di Teluk                                                                                 Danga, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Chong Wei yang mendakwa BAM melewat-lewatkan pembelaan kes beliau kepada BWF.

"Saya tidak mahu kita pergi perbicaraan kes Chong Wei dengan kes separuh masak. Bagi saya, ini adalah kes yang amat penting," kata Khairy.

Beliau berkata kegagalan untuk membela Chong Wei dengan sebaiknya boleh mengakibatkan beliau digantung selama dua tahun dan kemudiannya bersara, sesuatu yang bukan sahaja memberi kesan kepada pemain negara itu tetapi juga kepada sukan badminton negara secara tidak langsung.

Baru-baru ni, BAM berkata perbicaraan kes doping jaguh badminton negara itu diadakan selewat-lewatnya bulan depan.



Wajah Raja Ema Persis Eina Azman Selepas Perangkan Rambut

Pelakon popular 80-an Raja Ema telah memuat naik beberapa keping foto terbarunya di akaun peribadi Instagramnya pada Isnin.

Gaya terkini Raja Ema itu menarik perhatian ramai pengikutnya apabila tampil dengan warna rambut perang keemasan.

Selain peminat yang memuji gaya terbarunya, ada juga yang berpendapat wajah Raja Ema persis pelakon Eina Azman dengan warna rambut barunya itu.

Foto-foto tersebut di kongsi Emma untuk mempromosikan koleksi baju tidur jenamanya sendiri iaitu ‘Raja Ema Sleep Wear Collection 2015’.

Bagaimanapun, tidak kurang juga yang menghentam pelakon berusia 40an itu kerana berasakan gaya terkininya seakan tidak bersesuaian umurnya.

Antara pengikut-pengikut Instagram Raja Ema yang meninggalkan komen pada foto-foto yang di ambil ketika sesi fotografi pakaian tidur tersebut:

Raja Ema atau nama sebenarnya Raja Ema Raja Ibrahim adalah seorang penyanyi, pelakon dan model terkenal di Malaysia pada pertengahan 1980-an dan awal 1990-an.

Lagu-lagu beliau cukup popular sekitar era 80an dan sering kali diputarkan di corong-corong radio, antara lagunya iaitu Jejaka Idaman, Pertemuan Ini, Kekasih Sepi, Angan-angan, Sebuah Catatan Remaja dan Mentari Korea.

Selain menyanyi, dia juga merupakan seorang pelakon filem terkenal di era 80an dan awal 90an, antara filem lakonannya ialah Sayang, Mawar Merah, Boss, Queen Control dan Cikgu Romantik.

Raja Ema juga telah berlakon dalam 7 buah filem di Indonesia.

Allahyarhamah ibunya Yusni Jaafar juga merupakan seorang pelakon.                                                           

Samsung Galaxy A7 Untuk pengalaman sosial yang lancar


Ukuran atau saiz sesebuah telefon bimbit pintar menjadi antara faktor utama yang dicari oleh pengguna, selari dengan peralihan dunia yang segala maklumat berada di hujung jari, pengguna tidak lagi berminat mencari telefon bimbit bersaiz besar dan berat.

Menyedari kehendak tersebut, Samsung Malaysia Electronics Sdn Bhd (Samsung Malaysia) baru-baru ini mengumumkan peranti telefon pintar terbarunya, Galaxy A7 iaitu siri Galaxy ternipis yang dilengkapi dengan perkakasan premium untuk pengalaman menggunakan peranti canggih yang menakjubkan.

Peranti ini menyerlahkan kemewahan yang ketara melihat kepada rekaan bingkai dengan kemasan logam, satu daripada fokus utama pada keluarga Galaxy A dan menjadi tarikan reka bentuk yang eksklusif kepada penggunanya.
Naib Presiden Pengimejan Digital dan Teknologi Maklumat Mudah Alihnya, Lee Jui Siang berkata, Galaxy A7 menggabungkan rekaan logam bergaya dan prestasi berkuasa yang amat bergaya ketika menyampaikan pengalaman tinggi bagi setiap penggunanya.

Rekaan terbaharu keluaran Samsung itu juga memfokuskan penawaran skrin bersaiz lebih besar selain menggunakan gabungan dua pemprosesan dengan mementingkan kepantasan.

Untuk rakaman gambar yang lebih hidup, Samsung melengkapkan Galaxy A dengan kamera 13-megapiksel, dan juga kamera hadapan 5-megapiksel, malah turut menawarkan kelebihan rakaman gambar selfie yang lebih luas.

Samsung yang dikenali sebagai syarikat pengeluar telefon bimbit pintar yang mesra pengguna turut memudahkan penggunanya dengan menyediakan kelebihan merakam gambar menggunakan suara dan lambaian tangan.

Pengguna yang berminat pastinya tidak sabar menantikan pelancaran dan julan telefon pintar ini dan harga jualannya dijangka sekitar RM1,499.

SPESIFIKASI

PROSESOR : A53 1.5GHz Quad + A53 1.0GHz Quad
PAPARAN : 5.5 inci Full HD Super AMOLED
SAIZ: 150.9 x 76.1 x 6.3mm
BERAT :141g
OS: Android 4.4 KitKat
CPU: Qualcomm MSM8939 Snapdragon 615
MEMORI : 2GB
KAMERA BELAKANG: 13MP
KAMERA DEPAN: 5MP
BATERI: 2600mAh
WARNA pilihan: Putih mutiara, hitam dan emas cair.
-

Sufiah kongsi pengalaman hidup




KUALA LUMPUR 8 Feb. - Selepas 10 tahun menyepi, Sufiah Yusof, 31, yang dahulu merupakan kanak-kanak pintar Matematik dan memasuki Universiti Oxford pada usia 13 tahun tetapi menggemparkan dunia apabila menjadi pekerja seks, muncul dalam rancangan Nona terbitan TV3 bagi berkongsi pengalaman hidupnya.

Sufiah yang tidak memaklumkan tempat tinggalnya kini, turut berkongsi kisah hitam yang ditempuhi pada 2008 apabila terpaksa menjadi pekerja seks di flat murah yang didiaminya di Salford, Manchester untuk menyara kehidupan selama beberapa tahun.

Mengakui tertekan kerana di­buru wartawan pada masa itu, dia memberitahu dapat menanganinya dengan baik.
“Memang betul, saya terlibat dengan industri seks selepas gagal dalam perkahwinan dengan pelajar undang-undang, Jonathan Marshal pada 2004. Mereka (wartawan) cuba memberi dadah dan menyuruh saya menanggalkan pakaian supaya dapat me­rakamkan secara rahsia aksi saya di atas katil.

“Walaupun anda tidak bersetuju dengan pekerjaan saya tetapi cara itu adalah tidak adil sama sekali. Malah, ketika saya menjadi buruan media, ia adalah satu keadaan yang tidak masuk akal dan setiap hari saya me­nerima pelbagai e-mel berbentuk ugutan.

“Ia sengaja diperbesarkan dan ini agak menakutkan saya yang masih remaja ketika itu,” katanya dalam rakaman temuramah rancangan berkenaan.

Dalam pada itu, ketika di­tanya mengenai keluarganya, Sufiah menjelaskan, mereka jarang berhubung dan hubungan mula renggang sewaktu usianya mencecah 15 tahun akibat tiada inspirasi dan nilai persaudaraan yang sama.

“Saya selesa dengan cara hidup sekarang dan tinggal dengan rakan-rakan. Semakin dewasa, saya lebih memahami dan semua orang tidak mempunyai nilai dan aspirasi yang sama.

“Setiap orang bebas membuat pilihan selain mampu menangani setiap permasalahan dengan pilihan yang dibuat. Saya tidak bermaksud masyarakat setuju dengan apa yang saya lakukan kerana mereka bebas menjalani kehidupan yang dimahukan,” katanya.

Sufiah memberitahu, dia bersetuju temuramah itu disiarkan kerana sudah lama tidak bercakap dengan media dan mahu laporan lebih baik berkenaannya dikongsi bersama masyarakat.

“Saya faham ketika itu ramai yang mengambil berat dan memberi sokongan walaupun tidak mengenali saya.

“Ketika menjadi buruan pada 2008, saya tahu terdapat rakyat Malaysia yang prihatin dan amat menghargainya,” katanya.

Waspada Menjual Dalam Talian



Anda menjual barangan secara dalam talian? Sedarkah, anda mungkin ditipu sindiket dengan membayar menggunakan wang palsu

Polis mengesan sindiket ini yang menggunakan wang palsu untuk membayar barangan yang dibeli secara dalam talian. Selain itu, sindiket turut mencari mangsa di laman sesawang. 

Sindiket yang bergerak secara berkumpulan itu dikatakan turut pakar dalam memproses wang palsu seakan sama dengan yang asli.

Jadual Bertugas Deejay

Jadual Bertugas Deejay