Mantap 40 Juta

Selamat Datang Ke Website AURAFM.

AURAFM - GEGARAN DUNIA MUZIK INTERAKTIF

Selamat Datang Ke Website AURAFM.

AURAFM - GEGARAN DUNIA MUZIK INTERAKTIF

Selamat Datang Ke Website AURAFM.

ONAIR

Selamat Datang Ke Website AURAFM.

Sound Sistem

Selamat Datang Ke Website AURAFM.

Setahun simpan niat untuk berhijab



KELUARGA... Elfira bersama dua orang adiknya, Nurul Ezlisa dan Ahmad Ezzrin.


Sehari sebelum tarikh kelahiran ke-21 tahun yang jatuh pada tanggal 8 Mac lalu, aktres genit, Elfira Loy nekad berhijab. Keputusan yang diambil Elfira itu diakui drastik, namun ramai yang gembira dengan perubahan yang dilakukan oleh gadis itu.
Menghebahkan mengenai perubahan imej itu melalui akaun Instagram miliknya, @elfiraloy, pemilik nama sebenar Nurul Elfira Loy Ahmad Sabri dilihat manis berhijab dalam rona busana merah jambu sewaktu meraikan majlis sambutan ulang tahun kelahirannya yang bertemakan majlis dalam taman.
Katanya ketika dihubungi Kosmo!, keputusan untuk berhijab tidak dilakukan kerana terpaksa, sebaliknya sudah setahun dia menyimpan niat untuk menjadi Muslimah yang lebih baik sejurus mencecah usia 21 tahun.
“Sebenarnya saya memang memakai tudung di sekolah menengah. Jadi, niat itu memang sudah lama tersimpan dalam hati. Cuma sewaktu pertama kali muncul sebagai anak seni pada usia 12 tahun, saya mahu mencapai impian sebagai pelakon terlebih dahulu.
“Bagaimanapun, perasaan nekad untuk berhijab menjadi bulat pada tahun lalu. Sebelum saya benar-benar membuka lembaran baharu, saya harus ambil masa untuk selesaikan beberapa kerja terlebih dahulu sebelum berhijab. Alhamdulillah, perubahan itu berlaku tanpa paksaan orang lain dan datang dari hati saya sendiri,” katanya yang mula popular pada tahun 2006 menerusi teater muzikal Ali Baba.
Akuinya, kini selepas seminggu menutup aurat, tiada perubahan ketara yang berlaku. Semuanya berjalan seperti biasa, kecuali dia lebih selektif terhadap pemilihan pakaian dan penampilan yang perlu mencerminkan imej terkininya sekarang.
“Tiada perubahan yang mendadak kerana sebelum berhijab pun mama selalu berpesan supaya menjaga tingkah laku, jaga solat dan tutur kata,” ujarnya.
Diajak bercakap soal kerjaya, Elfira menegaskan, berhijab bukan halangan untuk terus bergelar seorang pelakon. Dia percaya kebanyakan penerbit dan pengarah sudah memahami keperluan pelakon berhijab.
“Saya tidak pernah pilih watak termasuk apabila saya sudah berhijab. Bagi saya pihak produksi sudah tahu keperluan seorang pelakon berhijab, jadi watak yang bakal diberi sudah tentu bersesuaian dengan imej wanita Muslimah,” tuturnya.
Baim hanya sahabat

Biar kerap diasak mengenai hubungan cinta, Elfira tegas dengan pendiriannya yang mengatakan Baim hanya seorang kawan.


Selain kisah hijab, kehadiran aktor Indonesia, Baim Wong yang dikatakan sebagai ‘kekasih’ Elfira turut serta meraikan majlis sambutan hari lahirnya bersama kelab peminat Elfiralovatics baru-baru ini menarik perhatian. Masakan tidak, jejaka berusia 34 tahun itu sanggup terbang dari Jakarta, Indonesia ke Kuala Lumpur demi memberi kejutan kepada Elfira.
Menyifatkan Baim sebagai sahabat baiknya, Elfira menolak spekulasi yang mendakwa mereka sedang bercinta.
“Sejujurnya, saya memang melihat tindakan Baim sanggup terbang dari Jakarta ke Kuala Lumpur demi membuat kejutan pada majlis sambutan hari lahir itu cukup istimewa. Namun, sebagai sahabat baik, saya kira tidak salah untuknya membuat kejutan.
“Saya tahu banyak pihak bertanya tentang status hubungan kami. Apa yang boleh saya katakan, Baim merupakan seorang sahabat baik,” katanya.
Terang Elfira lagi, dia mempunyai prinsip tersendiri apabila menyentuh soal hati dan perasaan. Katanya, bukan satu kesalahan jika dia tidak melabelkan status dalam perhubungannya dengan Baim.
Jelasnya: “Saya kira bukan satu kesalahan kalau tidak meletakkan hubungan kami dalam status cinta atau pasangan kekasih. Jika ada perasaan sayang, ia hanya rasa sebagai kawan. Saya melihat persahabatan tidak akan putus, sebaliknya kalau hubungan itu berteraskan cinta yang andai suatu hari nanti berkecai, kita sendiri akan rasa kekok.
“Perkenalan kami sudah memasuki usia empat tahun dan setiap kali ditanya tentang cinta saya akan tetap dengan pendirian kami hanya kawan! Saya tahu sejarah dia bercinta dengan siapa sebelum ini, walaupun putus di sana, penghujungnya dia masih berkawan dengan saya.”
Tambah Elfira, hubungan cinta bukan hal yang besar dalam kehidupannya. Dia tidak pernah merasakan bercinta itu satu trend untuk dipatuhi yang akhirnya akan menyebabkan seseorang ketinggalan zaman. Bagaimanapun, dia bersedia seandainya jodoh itu datang pada usianya yang masih muda.
“Kalau tidak bercinta, itu bukan bermakna saya ketinggalan zaman. Namun, sebagai seorang perempuan, saya perlu sentiasa bersedia. Jodoh akan datang apabila bersedia, dengan siapa dan bila, semuanya sudah tertulis,” tegasnya.
Elfira mengakui sukar untuk menjalin percintaan jarak jauh, atas dasar itu juga dia meletakkan fasa hubungannya dengan Baim sebagai kawan. Andai kata jodohnya bersama jejaka tempatan, dia bersedia dan masih tetap berkawan dengan pelakon filem Pengantin Cinta itu.
“Saya menghormati cara dia menawan hati keluarga saya dan itu langkah terbaik untuk memulakan sebuah perhubungan. Dia pernah bertanyakan ibu saya adakah dia dibenarkan untuk menjalinkan hubungan serius dengan saya dan mama mengizinkannya. Usianya pun sudah 34 tahun, jadi saya memahami situasinya,” jelas Elfira.
Kembara seni

Elfira diraikan oleh ahli keluarga dan sahabat baiknya dalam satu majlis santai sempena sambutan hari jadinya yang ke-21 tahun pada 8 Mac lalu.


Biarpun gosip cintanya bersama Baim terus hangat diperkatakan, Elfira nampaknya lebih selesa untuk kekal membumi tanpa banyak kerja lakonan di kaca televisyen seperti tahun-tahun terdahulu.
Mengulas lanjut mengenai kembara seninya pada tahun 2014 dan resolusi tahun 2015, ujar Elfira dia kini lebih selesa memerhati dan belajar cara pelakon lain bekerja. Malah, ada antara tawaran lakonan pada tahun lalu ditolak demi memberikan jalan kepada pelajaran dan perspektif baharu dunia lakonannya.
“Karier saya tahun 2014 sedikit perlahan kalau mahu dibandingkan dengan tahun-tahun lepas. Salah satu sebab kerana mahu lunaskan pengajian dalam bidang kesenian hiburan di Kolej Damansara Utama dan insya-Allah, pengajian saya akan tamat pada bulan Oktober tahun ini.
“Pada masa yang sama, saya juga lebih banyak menerima tawaran pengacaraan untuk beberapa buah rancangan travelog di kaca televisyen termasuk Mad Market.
“Selain itu, saya dapat mencuba bidang penyampaian radio yang mulanya sekadar tetamu jemputan, tetapi kini diberi kepercayaan mengendalikan segmen Sabtu Pagi Era di Era FM yang tugasnya bukan mudah. Jika dinilai daripada graf pencapaian dalam bidang berbeza, secara puratanya saya berpuas hati,” jelasnya panjang lebar.
Sementara itu, saat diusik mengenai kemewahannya sekarang terutama apabila dia sering memperaga barangan berjenama, pelakon telefilem Biar Mimpi Sampai Ke Bintang itu punya jawapan tersendiri.
Katanya: “Lapan tahun bekerja tanpa henti, dari saya kecil hingga dewasa boleh dikatakan setiap perkara yang saya mahukan tercapai. Mustahil kalau saya tidak mampu memiliki barangan berjenama misalnya, kerana itu tujuan kita bekerja.
“Namun, saya lebih memanfaatkan setiap hasil titik peluh kepada keluarga. Orang nampak saya mewah berdasarkan barangan yang saya beli tapi mereka tidak tahu semuanya untuk keluarga saya juga.”
Kecil tetapi besar
Sinonim dengan watak kanak-kanak dengan fizikal sama seperti remaja, Elfira mengakui dia sukar untuk lari daripada stereotaip dan label tersebut.
Biarpun kini sudah memasuki alam dewasa, masih ramai yang beranggapan Elfira masih lagi pelakon kanak-kanak dan tidak sesuai untuk melakonkan watak besar, misalnya wanita berkerjaya.
“Ketika kecil, khalayak melihat saya kecil dan apabila sudah besar, orang melihat Elfira seperti budak kecil. Itu yang menariknya tentang diri saya, namun persoalan yang sering diajukan kepada saya, kenapa bawa watak orang besar?
“Padahal, kalau diikutkan usia saya bukan lagi remaja dan pengalaman lakonan juga semakin hari semakin bertambah.
“Sebenarnya kalau difikirkan semula, persepsi itu bukan satu masalah buat saya. Saya bersyukur apabila ada yang melihat Elfira Loy masih lagi kanak-kanak kerana itu membuktikan mereka melihat saya berlakon sejak kecil dan kami membesar bersama-sama.
“Sekeliling saya ramai yang mengambil berat dan mahu melihat saya berkembang. Seperkara yang membuatkan saya gembira kerana saya ada ramai kakak, adik dan ibu yang menjaga saya,” katanya.
Sematang usia dan pengalaman, begitu juga cara Elfira berfikir. Kisah peribadi, cinta, gosip, skandal dan spekulasi bukan perkara asing dalam kamus hidup pelakon itu.
Barangkali, kalau dihitung catatan berkisar hidup lebih laris daripada jualan kisah kerjayanya. Defensif atau tidak, Elfira menyatakan pendiriannya.
“Saya akan tertekan kalau begitu menjaga dan protektif terhadap diri sendiri. Saya bukan seorang yang terlalu defensif kerana sifat sebegitu akan lebih menyebabkan orang sekeliling curiga,” tuturnya.

Gambar sekitar Karnival Wanita dari Persatuan Wanita Hulu Selangor (U-Wita)

Banner U-Wita

Ubi Goncang Waka-Waka Dan AuRaFM Di Karnival Wanita (U-WITA) Hulu Selangor


Pemandangan Gerai No.75 Ubi Goncang Waka-Waka

Semalam bertarikh 8hb mac 2015,ubi goncang waka-waka dan aurafm mula bertapak di karnival Wanita Hulu Selangor.Syukur Alhamdulilah mendapat sambutan yang mengalakan,disamping matlamat utama adalah mengalakkan wanita berniaga dan menambah pendapatan seisi keluarga.

Istimewa burger bakar 25 inci





LIMPAHAN sos lada hitam yang dicurah di atas hidangan cukup
menyelerakan dan keju yang meleleh membuatkan perut yang
tadi berkeroncong tidak sabar untuk minta diisi.

Kelembutan daging lembu yang dibakar membuatkan setiap
kunyahan suatu kenikmatan.Ini yang penulis rasakan ketika
menjamu selera di Fruit King Cafe, Parit Buntar, Perak.Kafe yang
dibuka setiap hari bermula jam 5.30 petang hingga 12.30 malam itu
menyediakan pelbagai jenis burger bakar yang cukup istimewa.

Memesan set Single Beef dan Paloma Burger yang menggabungkan
daging burger bakar bersama ayam ditambah kentang lenyek dan
goreng membuatkan perut menari riang.Minuman ‘air hutan’ yang
dipesan dengan gabungan soda, laici, daun pudina dan serai
melengkapkan hidangan makan malam di Parit Buntar.

Pemilik, Khairil Anwar Abu Bakar, 28, berkata kafe yang dibuka
sejak empat tahun lalu itu menyediakan pelbagai hidangan, tetapi
yang menarik ialah burger bakar, dari saiz kecil hingga besar.“Di sini,
kami menyediakan burger biasa dan paling besar ialah 25 inci.
“Saiz burger mengikut permintaan pelanggan, antaranya
burger pe­ngantin.“Namun, jika mahu burger bersaiz besar,
pelanggan perlu membuat tempahan awal,”katanya.

Katanya, burger bakar yang disediakan di kafe itu menggunakan
resipi sendiri seperti daging burger,roti dan sos.“Resipi yang kami 
hasilkan lebih kepada cita rasa Melayu manakala roti burger 
mempunyai empat perasa iaitu asli, pandan, coklat dan strawberi.

“Burger yang dihidangkan di atas hot plate mendapat sambutan
menggalakkan,” katanya.Terbaru, bermula 1 Mac lalu, Kafe Fruit King
memperkenalkan menu terbaru,Satay Burger dalam tiga pilihan iaitu
burger ayam, daging lembu dan kambing.

Minuman yang disediakan berasaskan buah-buahan segar
bersesuaian dengan nama kafe itu ‘Fruit King’.Antara minuman
yang menjadi pilihan pengunjung ialah FK iaitugabungan oren,
mangga dan pear,nanas dan lobak merah atau Minty Lemongrass
atau lebih popular dikenali dengan panggilan ‘air hutan’.
Layari facebook dengan mencari nama Fruit King atau
hubungi 013­6312627untuk maklumat lanjut.



RASAI pelbagai jenis burger resipi sendiri dan ‘air hutan’ di Fruit King Cafe.



Ibu muda ditemui mati terikat bersebelahan bayi sebulan


Ibu muda ditemui mati terikat bersebelahan bayi sebulan
Anggota Polis Forensik membawa mayat wanita dipercayai mangsa bunuh untuk dibedah siasat, di sini malam tadi. - Foto Bernama
PETALING JAYA: Seorang wanita yang masih dalam pantang ditemui mati dalam keadaan separuh bogel di bilik tidurnya di sebuah pangsapuri di sini, malam tadi.

Lebih menyayat hati, apabila mangsa seorang ibu muda berusia 23 tahun dipercayai dibunuh di depan anaknya yang baru berusia sebulan setengah. Bayi lelaki terbabit bagaimanapun dilaporkan selamat.

Ketika ditemui, tangan dan kaki mangsa diikat di dalam bilik sewaannya.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Azmi Abu Kassim berkata kejadian disedari oleh suami mangsa sekitar jam 8 malam selepas gagal membuka pintu bilik sewaan mereka.

Beliau berkata mangsa bersama suami yang bekerja sebagai pengawal keselamatan di sebuah syarikat pengeluar barangan komputer, tinggal di rumah milik majikan suaminya itu, yang turut dikongsi dengan lima rakan sekerjanya.

Pasukan forensik turut menemui senjata yang disyaki digunakan dalam kes pembunuhan kejam itu.

"Kami menemui senjata namun siasatan masih dijalankan sama ada senjata tersebut diguna oleh suspek untuk membunuh walaupun polis tidak menemui sebarang kesan tikaman di badan mangsa," katanya.

Pemeriksaan turut menemui kesan pecah masuk pada bilik mangsa.

Polis masih menyiasat punca kematian dan percaya ia sebagai kes bunuh. Suspek dipercayai seorang lelaki yang merupakan penghuni rumah tersebut. Mayat dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya, PPUM untuk dibedah siasat.


Harrison Ford cedera selepas terbabit nahas pesawat


Harrison Ford cedera selepas terbabit nahas pesawat
Ford yang berusia 72 tahun dikatakan mengalami pelbagai kecederaan di kepala dan berdarah sejurus kemalangan. - Gambar Fail
LOS ANGELES: Bintang dan pelakon “Indiana Jones” Harrison Ford dilaporkan cedera selepas pesawat ringannya terhempas di sebuah padang golf di pinggir Los Angeles pada Khamis, lapor media dan pihak berkuasa.

Ford yang berusia 72 tahun dikatakan mengalami pelbagai kecederaan di kepala dan berdarah sejurus kemalangan yang membabitkan pesawat lama dengan dua tempat duduk itu, lapor laman berita hiburan TMZ yang turut memaparkan gambar sebuah pesawat dengan bahagian muncungnya terjunam.

Jurucakap Jabatan Bomba yang enggan menamakan mangsa dan mendedahkan identiti Ford pada awalnya berkata mangsa nahas terbabit cedera parah tetapi kenyataan itu kemudiannya ditarik balik.

“Kami tidak boleh mendedahkan nama mangsa,” jurucakap jabatan itu Erik Scott memberitahu agensi berita AFP ketika ditanya mengenai kemalangan yang berlaku di Penmar Golf Course di Venice ke barat daya Los Angeles.

Menurut saksi, Ford dilihat dibantu keluar dari pesawat dan masih boleh berjalan. Tiada maklumat lanjut setakat ini.

Harrison Ford
Pesawat yang terhempas di di Penmar Golf Course di Venice ke barat daya Los Angeles. - Foto AP

Jun lalu, Ford patah kaki ketika menjalani penggambaran filem Star Wars terbaru di London.

Selain Indiana Jones, Ford juga terkenal membawa watak Han Solo seorang penyeludup dalam filem-filem Star Wars.


8 Keistimewaan Memelihara Kucing

kucing comel





Kucing adalah haiwan yang cukup comel. Telatahnya yang nakal dan manja amat mencuit hati. Saya tidak boleh ingat sudah berapa ekor kucing yang pernah kami sekeluarga pelihara.

Tidak lama pergi pasti berganti baru. Pelbagai jenis dan pelbagai warna. Sudah bermacam-macam nama kucing pernah dipanggil di kawasan rumah kami bila tiba waktu untuk diberi makan.

Tips elak kesesakan lalulintas di lebuhraya

















Anda seorang pengguna lebuhraya tegar? Anda menggunakan lebuhraya utama setiap hari untuk pergi dan pulang dari pejabat? Seringkali menghadapi kesesakan lalulintas di lebuhraya? Sentiasa nampak orang lain potong barisan? Selalu rasa stress sehingga terpaksa guna laluan kecemasan? Sakit hati melihat laluan 3 lane menjadi 2 lane disebabkan 1 lane terpaksa ditutup disebabkan kerja2 construction? Selalu rasa macam nak maki pak menteri sebab hari2 terpaksa menempuh jem walaupun anda dah bayar tol? Jangan risau, berikut adalah tips dan cara2 untuk anda mengelakkan kesesakan lalulintas di lebuhraya.

Perbezaan di antara boss, leader dan dickhead

Ciri2 seorang boss :-
Memacu pekerjanya, menggunakan kuasa autoriti, ketakutan sebagai sumber inspirasi, berkata "Saya", mencari kesalahan orang lain, tahu bagaimana ia dilakukan, menggunakan sumber manusia, mengambil kredit, memberi arahan dan berkata "Pergi!".

Kucing Bertuah Ini Bantu Gadis Pelayan Jadi Jutawan















Seorang gadis muda 29 tahun tidak pernah terfikir akan kehidupannya hari ini jauh lebih baik  daripada apa yang pernah dilaluinya sebelum ini. Tabatha Bundesen bekerja sebagai pelayan di sebuah restoran sehinggalah tarikh 22.9.2012 apabila sesuatu yang menakjubkan berlaku gara-gara kucing ini:



Kucing ini dikenali diseluruh dunia kerana popularitinya sebagai selebriti internet dengan nama 

Grumpy Cat. Semuanya bermula ketika adik Tabatha memuat naik gambar kucing ‘tiada perasaan’
 ini ke portal perkongsian Reddit.

Jadual Bertugas Deejay

Jadual Bertugas Deejay