Ibu muda ditemui mati terikat bersebelahan bayi sebulan


Ibu muda ditemui mati terikat bersebelahan bayi sebulan
Anggota Polis Forensik membawa mayat wanita dipercayai mangsa bunuh untuk dibedah siasat, di sini malam tadi. - Foto Bernama
PETALING JAYA: Seorang wanita yang masih dalam pantang ditemui mati dalam keadaan separuh bogel di bilik tidurnya di sebuah pangsapuri di sini, malam tadi.

Lebih menyayat hati, apabila mangsa seorang ibu muda berusia 23 tahun dipercayai dibunuh di depan anaknya yang baru berusia sebulan setengah. Bayi lelaki terbabit bagaimanapun dilaporkan selamat.

Ketika ditemui, tangan dan kaki mangsa diikat di dalam bilik sewaannya.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Azmi Abu Kassim berkata kejadian disedari oleh suami mangsa sekitar jam 8 malam selepas gagal membuka pintu bilik sewaan mereka.

Beliau berkata mangsa bersama suami yang bekerja sebagai pengawal keselamatan di sebuah syarikat pengeluar barangan komputer, tinggal di rumah milik majikan suaminya itu, yang turut dikongsi dengan lima rakan sekerjanya.

Pasukan forensik turut menemui senjata yang disyaki digunakan dalam kes pembunuhan kejam itu.

"Kami menemui senjata namun siasatan masih dijalankan sama ada senjata tersebut diguna oleh suspek untuk membunuh walaupun polis tidak menemui sebarang kesan tikaman di badan mangsa," katanya.

Pemeriksaan turut menemui kesan pecah masuk pada bilik mangsa.

Polis masih menyiasat punca kematian dan percaya ia sebagai kes bunuh. Suspek dipercayai seorang lelaki yang merupakan penghuni rumah tersebut. Mayat dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya, PPUM untuk dibedah siasat.


Jadual Bertugas Deejay

Jadual Bertugas Deejay