LIMPAHAN sos lada hitam yang dicurah di atas hidangan cukup
menyelerakan dan keju yang meleleh membuatkan perut yang
tadi berkeroncong tidak sabar untuk minta diisi.

Kelembutan daging lembu yang dibakar membuatkan setiap
kunyahan suatu kenikmatan.Ini yang penulis rasakan ketika
menjamu selera di Fruit King Cafe, Parit Buntar, Perak.Kafe yang
dibuka setiap hari bermula jam 5.30 petang hingga 12.30 malam itu
menyediakan pelbagai jenis burger bakar yang cukup istimewa.
Memesan set Single Beef dan Paloma Burger yang menggabungkan
daging burger bakar bersama ayam ditambah kentang lenyek dan
goreng membuatkan perut menari riang.Minuman ‘air hutan’ yang
dipesan dengan gabungan soda, laici, daun pudina dan serai
melengkapkan hidangan makan malam di Parit Buntar.

Pemilik, Khairil Anwar Abu Bakar, 28, berkata kafe yang dibuka
sejak empat tahun lalu itu menyediakan pelbagai hidangan, tetapi
yang menarik ialah burger bakar, dari saiz kecil hingga besar.“Di sini,
kami menyediakan burger biasa dan paling besar ialah 25 inci.

“Saiz burger mengikut permintaan pelanggan, antaranya
burger pengantin.“Namun, jika mahu burger bersaiz besar,
pelanggan perlu membuat tempahan awal,”katanya.

Katanya, burger bakar yang disediakan di kafe itu menggunakan
resipi sendiri seperti daging burger,roti dan sos.“Resipi yang kami
hasilkan lebih kepada cita rasa Melayu manakala roti burger
mempunyai empat perasa iaitu asli, pandan, coklat dan strawberi.

“Burger yang dihidangkan di atas hot plate mendapat sambutan
menggalakkan,” katanya.Terbaru, bermula 1 Mac lalu, Kafe Fruit King
memperkenalkan menu terbaru,Satay Burger dalam tiga pilihan iaitu
burger ayam, daging lembu dan kambing.

Minuman yang disediakan berasaskan buah-buahan segar
bersesuaian dengan nama kafe itu ‘Fruit King’.Antara minuman
yang menjadi pilihan pengunjung ialah FK iaitugabungan oren,
mangga dan pear,nanas dan lobak merah atau Minty Lemongrass
atau lebih popular dikenali dengan panggilan ‘air hutan’.
Layari facebook dengan mencari nama Fruit King atau
hubungi 0136312627untuk maklumat lanjut.
RASAI pelbagai jenis burger resipi sendiri dan ‘air hutan’ di Fruit King Cafe.