Kucing Bertuah Ini Bantu Gadis Pelayan Jadi Jutawan















Seorang gadis muda 29 tahun tidak pernah terfikir akan kehidupannya hari ini jauh lebih baik  daripada apa yang pernah dilaluinya sebelum ini. Tabatha Bundesen bekerja sebagai pelayan di sebuah restoran sehinggalah tarikh 22.9.2012 apabila sesuatu yang menakjubkan berlaku gara-gara kucing ini:



Kucing ini dikenali diseluruh dunia kerana popularitinya sebagai selebriti internet dengan nama 

Grumpy Cat. Semuanya bermula ketika adik Tabatha memuat naik gambar kucing ‘tiada perasaan’
 ini ke portal perkongsian Reddit.

Pengguna internet tertarik dengan mimik masam kucing berkenaan dan menjadikannya sebagai 
gambar Meme yang kemudiannya dikongsikan oleh jutaan orang di laman sosial serata dunia.

Terkejut dengan respon luar biasa yang diterima, Tabatha melihat ini sebagai satu peluang terbaik
 buatnya dan segera membina sebuah website khas www.grumpycats.com dan apa yang berlaku 
selepas itu lebih mengejutkan!


Tanpa mengambil masa yang lama, Grumpy Cat milik Tabatha ini mendatangkan
 terlalu banyak kemewahan buatnya. Atas sebab itu, dia tidak lagi bekerja sebagai 
pelayan restoran, sebaliknya hanya perlu mengambil dan berkongsi gambar kucingnya 
itu di laman web setiap hari.

“Sebelum ini saya perlu mengikut rutin harian iaitu bekerja di kedai, sekarang 
rasa sedikit janggal apabila rutin harian saya hanyalah mengambil gambar 
kucing saya. Ianya satu perubahan yang sangat mendadak” – Tabatha Burdesen

Tabatha dan Grumpy Cat juga turut menjadi jemputan khas pelbagai rancangan 
temubual terkenal, serta ditemu bual oleh banyak portal-portal viral termasuklah 
BuzzFeed dan CNBC.
Selepas dua tahun, Grumpy Cat membawa pendapatan sebanyak $100Juta Dollar 
Amerika melalui pelbagai sumber pendapatan antaranya termasuklah penjualan
 gambar dan cenderahati, royalti jenama grumpy cats, buku-buku, video dan juga 
iklan-iklan berkaitan grumpy cat.


Fenomena grumpy cat tidak terhenti disitu. Semasa Anugerah Filem MTV 
sedang berlangsung, Grumpy Cat dinobat sebagai pemenang bagi kategori
 ‘pakaian terbaik’ sekaligus menaikkan lagi nilai kucing istimewa ini.

Kini, syarikat yang ditubuhkan untuk mengurus hal-hal berkaitan kucing popular 
ini dinilai pada harga setinggi $1 Juta Dollar Amerika dan kami pasti lebih banyak
 kejutan Grumpy Cat yang akan dapat kita lihat pada masa akan datang kerana 
pemiliknya sendiri berkata:

Kucing ini terbaikkk

Jadual Bertugas Deejay

Jadual Bertugas Deejay