Tips elak kesesakan lalulintas di lebuhraya

















Anda seorang pengguna lebuhraya tegar? Anda menggunakan lebuhraya utama setiap hari untuk pergi dan pulang dari pejabat? Seringkali menghadapi kesesakan lalulintas di lebuhraya? Sentiasa nampak orang lain potong barisan? Selalu rasa stress sehingga terpaksa guna laluan kecemasan? Sakit hati melihat laluan 3 lane menjadi 2 lane disebabkan 1 lane terpaksa ditutup disebabkan kerja2 construction? Selalu rasa macam nak maki pak menteri sebab hari2 terpaksa menempuh jem walaupun anda dah bayar tol? Jangan risau, berikut adalah tips dan cara2 untuk anda mengelakkan kesesakan lalulintas di lebuhraya.




1. Jangan guna lebuhraya, guna jalanraya biasa dan jalan2 lama, dijamin anda tidak akan berhadapan dengan kesesakan lalulintas di lebuhraya walau anda mungkin berhadapan dengan kesesakan lalulintas di jalanraya.
2. Keluar ke pejabat jam 4 pagi dan pulang ke rumah jam 12 malam, nescaya tidak akan ada kesesakan di lebuhraya.

3. Jangan naik kereta kalau nak guna lebuhraya, gunakan motosikal. Walau ada kesesakan lalulintas di lebuhraya, anda pasti tidak akan terperangkap.

4. Gunakan pengangkutan awam seperti kereta api, komuter, LRT, MRT dan monorel, anda pasti tidak akan rungsing dengan kesesakan di lebuhraya, cuma mungkin akan rasa sesak nafas sahaja.

5. Naik bas ekspress dan tidur. Walau lebuhraya sesak, anda tidak akan rasa apa2 kerana bila anda bangun, tau2 dah sampai ke destinasi.

6. Sewa atau beli rumah yang berdekatan dengan pejabat anda yang tidak memerlukan anda lalu lebuhraya.

7. Tukar atau pindah kerja lain yang berdekatan dengan rumah yang sedang anda diami sekarang.

8. Berusaha menjadi menteri dan anda akan dapat driver dan pengiring yang akan membuka laluan yang lancar kepada anda walaupun keadaan di lebuhraya sedang sesak.

9. Berhenti kerja dan duduk rumah sahaja. Jangan pergi ke mana2 terutama lalu lebuhraya.

Ya, Itu adalah tips untuk anda mengelakkan kesesakan lalulintas di lebuhraya. Serius, cakap la apa pun, maki dan carut la macam mana pun pada operator khidmat pelanggan lebuhraya, ia tidak akan mengubah apa2 pun. Tapi aku faham, sumpah seranah dan orang melayu memang berpisah tiada.

Dan tips untuk pihak berkuasa dan syarikat lebuhraya untuk mengurangkan kesesakan lalulintas di lebuhraya? Entah, bina lebuhraya 10 lane, mungkin? Itu tanggungjawab kita fikirkan sendiri bagaimana kaedah terbaik mengurangkan kesesakan lalulintas di lebuhraya.

Jadual Bertugas Deejay

Jadual Bertugas Deejay