Mantap 40 Juta

Selamat Datang Ke Website AURAFM.

AURAFM - GEGARAN DUNIA MUZIK INTERAKTIF

Selamat Datang Ke Website AURAFM.

AURAFM - GEGARAN DUNIA MUZIK INTERAKTIF

Selamat Datang Ke Website AURAFM.

ONAIR

Selamat Datang Ke Website AURAFM.

Sound Sistem

Selamat Datang Ke Website AURAFM.

Sejarah Pembinaan Menara Condong Pisa


Menara condong Pisa (dalam Bahasa Itali: Torre pendente di Pisa) atau biasa disebut The Tower of Pisa (La Torre di Pisa) adalah sebuah menara loceng dari sebuah gereja di bandar Pisa, Itali. Menara ini terletak di belakang gereja dan merupakan struktur ketiga di Campo dei Miracoli (keajaiban dunia) Pisa.

(10 Gambar) 5 Homestay Menarik Yang Wajib Anda Kunjungi Untuk Bercuti Di Malaysia

1 Homestay Sungai Haji Dorani
Homestay Sungai Haji Dorani terletak di Sungai Besar, Sabak Bernam Selangor. Kira-kira 120km perjalanan dari Kuala Lumpur jika henda ke destinasi tersebut.

TASIK KAYANGAN : TASIK YANG DIKATAKAN PALING BERSIH DI ASIA (10 GAMBAR)


Coron Filipina

Tasik Kayangan yang terletak di Pulau Coron, Palawan Filipinaialah tasik yang dinobatkan sebagai tasik paling bersih di Asia. Airnya jernih dan pada masa yang sama mempunyai warna kebiruan apabila dilihat dari jauh. Tasik ini adalah antara tarikan pelancong paling popular di Pulau Coron selain melakukan wreck diving kapal perang Jepun era Perang Dunia Kedua. Anda boleh berenang di dalam tasik ini ataupun menyewa bot buluh. Kedalaman tasik mencecah45 kaki dan kerana air yang jernih anda boleh melihat sehingga ke lantai tasik. Kinda freaky. Kayangan ialah tempat tinggal bunian mengikut kepercayaan melayu. Yang pasti Tasik Kayanngan di Coron ialah tempat manusia biasa macam kita untuk melihat keindahan bumi ciptaan tuhan. Amazing!




Sumber Trip Advisor

Nicol David terus unggul pemain nombor satu dunia selama 106 bulan


Nicol David terus unggul pemain nombor satu dunia selama 106 bulan
Datuk Nicol David masih mengekalkan kedudukan sebagai pemain nombor satu dunia selama 106 bulan berturut-turut.
KUALA LUMPUR: Ratu skuasy negara Datuk Nicol David masih mengekalkan kedudukan sebagai pemain nombor satu dunia selama 106 bulan berturut-turut, walaupun setakat ini hanya meraih satu gelaran tahun ini.

Pemain kelahiran Pulau Pinang berusia 31 tahun itu yang meraih kejuaraan Terbuka Cleveland Classic di Amerika Syarikat pada Februari, mengumpul 3,590 mata untuk memperkukuhkan kedudukan sebagai pemain utama dunia, menurut ranking dunia terkini yang dikeluarkan Persatuan Pemain Squasy Antarabangsa Wanita (Wispa), hari ini.

Musuh ketat Nicol iaitu Raneem El Welily dari Mesir turut memperkukuhkan kedudukannya sebagai pemain nombor dua dunia selepas mengumpul 2,998 mata, manakala dua pemain England, Alison Waters dan Laura Massaro, masing-masing kekal di ranking ketiga dan keempat selepas mengutip 1,540 dan 1,424 mata.

Pemain nombor dua Malaysia, Low Wee Wern dalam pada itu, naik satu anak tangga ke kedudukan ketujuh dengan 1,066 mata, walaupun masih mencari kejuaraan sulungnya musim ini.


Legoland Malaysia rai hari Star Wars esok


Legoland Malaysia rai hari Star Wars esok
Sepanjang bulan ini, peminat dan keluarga berpeluang memenuhi minat mereka terhadap Star Wars menerusi pelbagai aktiviti yang disediakan. - Gambar Fail
NUSAJAYA: Lima ratus peminat pertama yang hadir berpakaian mengikut watak dalam Star Wars di Legoland Malaysia Resort esok, akan menerima hadiah istimewa sebagai sebahagian sambutan Hari Star Wars taman tema itu.

Mereka akan menerima baucar beli-belah Legoland Malaysia bernilai RM100, figura mini eksklusif LEGO Star Wars Stormtrooper Sergeant, set LEGO Star Wars Microfighter dan rantai kunci LEGO Star Wars.

Legoland Malaysia Resort dalam satu kenyataan di sini, berkata sepanjang bulan ini, peminat dan keluarga berpeluang memenuhi minat mereka terhadap Star Wars menerusi pelbagai aktiviti yang disediakan.

Pengunjung juga boleh menyaksikan filem LEGO Star Wars di LEGO Mindstorm Centre selain mengambil bahagian dalam bengkel bertemakan LEGO Star Wars.

Esok juga merupakan hari terakhir promosi pas tahunan 'beli tiga, percuma satu' yang ditawarkan oleh Legoland Malaysia Resort sejak Jumaat


Pistol Harmonica Kurun Ke-19 (11 Gambar)


Aneh

Pistol semi automatik sekarang membenarkan anda menembak sehingga 8 peluar sebelum perlu diisikan semula. Tetapi sebelum pistol yang anda lihat sekarang dicipta, terdapat pelbagai cara digunakan bagi membolehkan pistol menembak lebih dari sekali. Pistol Harmonica ialah salah satu sistem yang digunakan dan ia memang kelihatan seperti sebuah harmonica. Peluru diisikan kedalam magazine yang dipasang secara mendatar ke tubuh senjata api. Selepas menembak anda perlu menolak "harmonica" ke dalam untuk melakukan tembakan seterusnya. Rekaan ini mula muncul sekitar 1834 dan dipercayai direka oleh Jonathan Browning. Anak beliau John Browning kemudian berjaya mencipta sistem tembakan semi automatik yang masih digunakan sehingga sekarang.





CARA PALING KEJAM UNTUK MENGHUKUM PASANGAN YANG CURANG


Oh My God...... ini ........ini........... ini kejam tetapi sangat sesuai dilakukan kepada pasangan yang curang dalam perhubungan. BRB nak nangis tengok. 





Sumber @Foolishnessfly2

‘Terima Kasih Si Babi Hutan’ Laris Di Pesta Buku




KUALA LUMPUR: Karya terbaru Lepat berjudul ‘Terima Kasih Si Babi Hutan, Tuhan Kini Aku Datang' laris dijual sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2015 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) yang berakhir pada Ahad.

Lepat atau nama sebenarnya Ismail Ariffin menghasilkan karya tersebut berdasarkan kisah hidupnya sejak 1996 selain meluahkan pelbagai situasi yang ditemui sepanjang ‘perjalanan’ tersebut.
Dubook Press yang dipilih untuk menerbit karya tersebut mengakui ia laris dijual pada pesta buku tersebut dan ditambah pula dengan kedatangan Lepat dari Jerman untuk menemui sendiri pembaca kisah hidupnya itu.
Editor Dubook Press, Lucious Maximus berkata, ” ‘Terima Kasih Si Babi Hutan, Tuhan Kini Aku Datang’ bukan sahaja mengenai kes anaknya, tetapi ia juga luahan kekecewaan Lepat ketika menhadapi masalah birokrasi ketika bertemu mereka yang dibayar gaji untuk menjalankan tugas dan amanah untuk rakyat.
“Selain itu, Lepat memilih Dubook Press untuk menerbitkan hasil tulisannya kerana dia mahu syarikat penerbitan yang mempunyai idea berlainan serta berjiwa muda.
“Dia merupakan penulis yang berpengalaman, jadi tiada masalah untuk kami menerbitkan hasil karyanya,” jelasnya kepada mStar Online.
Lucious memberitahu, pihaknya telah menerima sambutan luar biasa daripada pembaca yang ingin mendapatkan novel kisah hidup Lepat.
Tambahnya, cetakkan awal sebanyak 5,000 naskah habis dijual pada hari ketiga dan pihaknya terpaksa menampung permintaan dengan mencetak sebanyak 15,000 naskah lagi.
“Kami tidak mahu mengecewakan peminat yang ingin mendapatkan karya Lepat kerana mereka pastinya menunggu untuk membaca ‘kisah hidup’ lelaki ini.
-mstar

9 Makane Soho Sekali Di Kelate

9 Makane Soho Sekali Di Kelate - VITDAILY20150503_3378
Ini merupakan antara negeri yang paling kaya dengan makanan malah ada juga yang menyifatkan Kelantan sebagai syurga makanan.
Kami menyimpan hasrat untuk pergi ke sini dan makan sepuas hati satu hari nanti. Malah tidak salah kami katakan bahawa juadah yang ada di negeri ini sentiasa mahu hidup jika dibawa ke luar Kelantan.
Siapa tidak suka nasi kerabu dengan solok lada. Kemudian ada pula ayam percik kuah putihnya. Kami kongsikan beberapa jenis makanan yang kami akan cuba jika menjejakkan kaki di sana.
1. Kuih Akok
Kuih akok ini memang sedap makan panas-panas. Jika mahu rasa yang betul-betul pure, memang kena datang sini baru boleh rasa asli dia. Jika ada lokasi akok sedap sekitar Lembah Klang.
2. Ketupat Sotong
9 Makane Soho Sekali Di Kelate - VITDAILY20150503_3375
Jika anda peminat sotong, ini merupakan juadah yang patut anda cuba. Ia bukan sahaja sedap malah dalam masa yang sama turut mengenyangkan perut anda yang tengah lapar.
Sila pilih sotong yang sudah disumbat pulut gemuk-gemuk
9 Makane Soho Sekali Di Kelate - VITDAILY20150503_3384
3. Set Nasi Kerabu
9 Makane Soho Sekali Di Kelate - VITDAILY20150503_3381
Kami pada mulanya tidaklah berapa suka sangat nasi kerabu sehingalah satu hari kami jumpa restoran yang betul-betul sedap diSeksyen 7, Shah Alam. Sungguh kata, memang sedap, murah, berbaloi makan di restoran tersebut.
Tapi orang kata di Kelantan, nasi kerabunya lagi murah dan sedap, bukan?
4. Ayam Percik Kuah Putih
9 Makane Soho Sekali Di Kelate - VITDAILY20150503_3377
Jika anda tanya kami ayam percik mana yang paling sedap, kami akan jawab ayam percik Kelantan. Tidak tahu mengapa jatuh hati pada kuahnya yang sedap itu. Boleh sarankan kepada kami di mana restoran atau tempat boleh dapatkan ayam percik sebegini?
5. Laksam
9 Makane Soho Sekali Di Kelate - VITDAILY20150503_3380
Laksam adalah makanan berkuah lemak. Sangat sedap dan paling sedap jika dimakan dengan belacan. Memang terasa dia punya Kelantan tersebut ditambah lagi dengan sambal dia, memang menangkap.

6. Kuih Nekbat
9 Makane Soho Sekali Di Kelate - VITDAILY20150503_3383
Masa mula-mula makan kuih nekbat ini (berbentuk macam bahulu), memang terasa dia punya manis. Paling banyak boleh dapat kuih nekbat ini adalah ketika bulan puasa. Ada yang suka dan ada yang tidak suka kuih ini. Apa-apa pun, kami kenal kuih ini melalui negeri Kelantan.
7. Nasi Kak Wok
9 Makane Soho Sekali Di Kelate - VITDAILY20150503_3382
Nasi Kak Wok ini jika makan sebungkus memang tidak kenyang jika ikut skala perut kami. Nasi Kak Wok terdiri daripada ayam goreng yang dipotong kecil bersama kuah gulai. Simple tapi puas. Ada juga yang panggil dengan nama nasi bajet.
8. Pulut Manis
9 Makane Soho Sekali Di Kelate - VITDAILY20150503_3376
Pulut manis ini terdiri daripada pulut itu sendiri dan kelapa. Pulutnya manis dan biasa juga dibuat juadah untuk sarapan. Sihat orang Kelantan pagi-pagi sudah makan manis-manis.
9. Mana boleh lupa Nasi Dagang!
9 Makane Soho Sekali Di Kelate - VITDAILY20150503_3379
Nasi Dagang dengan kuah yang sedap serta ikan tongkol yang segar adalah satu gabungan sempurna. Mana lagi mahu dapatkan makanan sedap begini jika bukan di Kelantan. Aduh, terasa lapar pula tiba-tiba.
Budu tidak ada dalam list? Kami sudah biasa makan budu di mana-mana maka kami ingin cuba makanan lain lagi. Ya, kami tahu, banyak lagi makanan Kelantan yang sedap-sedap belum kami senaraikan. 

Tiga beranak maut, dua yatim piatu




Kuala Lumpur: Tiga beranak termasuk bayi perempuan berusia 7 bulan
maut selepas SUV Pajero Sport
dinaiki mereka terbabit kemalangan dengan dua Perodua Myvi di
Kilometer 6.3 Lebuhraya Duke arah
Jalan Duta, dekat sini, 1.05 pagi tadi.
Fairuz Nizam Husain, 35, meninggal dunia di tempat kejadian, isterinya,
Nova Safitri Azhari,27, dan bayi mereka, Nur Firuza Annisa meninggal
dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL).
Pegawai Turus Siasatan dan Perundangan Trafik Kuala Lumpur Deputi
Superintendan S Markandan
berkata, kemalangan berlaku apabila Pajero dipandu Fairuz Nizam berada
di lorong tengah sebelum dipercayai digesel dari sebelah kan an oleh sebuah
Myvi menyebabkan Pajero itu terbabas ke sebelah
kiri lalu dilanggar oleh sebuah lagi Myvi yang berada di lorong kiri.
“Akibatnya, Pajero itu berpusing beberapa kali. Pemandu dan semua penumpang
tercampak di atas jalan raya.
“Pemandu Myvi di lorong kiri tidak cedera, manakala satu lagi pemandu Myvi
cedera di mulut dan dirawat di HKL,” katanya.
Menurutnya, siasatan lanjut masih dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen
41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1957.
Sementara itu, ibu saudara Allahyarham Nova Safitri, Hartati Hassan Basri berkata,
ketika kejadian dua lagi anak perempuan Nova Safitri Nur Firuza Amira, 7, dan
Nur Firuza Aqila, 4, berada di rumah mentuanya dan dia serta suami dalam perjalanan
mengambil mereka di Taman Batu Muda, Batu Caves.
Katanya, jenazah tiga beranak itu akan dikebumikan selepas Solat Asar ini
di Taman Batu Muda.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 2 Mei 2015 @ 1:52 PM




Tiga beranak terkorban, dua lagi anak mereka kini yatim piatu. FOTO ihsan Hartati dan PDRM

Jadual Bertugas Deejay

Jadual Bertugas Deejay