Tiga beranak maut, dua yatim piatu




Kuala Lumpur: Tiga beranak termasuk bayi perempuan berusia 7 bulan
maut selepas SUV Pajero Sport
dinaiki mereka terbabit kemalangan dengan dua Perodua Myvi di
Kilometer 6.3 Lebuhraya Duke arah
Jalan Duta, dekat sini, 1.05 pagi tadi.
Fairuz Nizam Husain, 35, meninggal dunia di tempat kejadian, isterinya,
Nova Safitri Azhari,27, dan bayi mereka, Nur Firuza Annisa meninggal
dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL).
Pegawai Turus Siasatan dan Perundangan Trafik Kuala Lumpur Deputi
Superintendan S Markandan
berkata, kemalangan berlaku apabila Pajero dipandu Fairuz Nizam berada
di lorong tengah sebelum dipercayai digesel dari sebelah kan an oleh sebuah
Myvi menyebabkan Pajero itu terbabas ke sebelah
kiri lalu dilanggar oleh sebuah lagi Myvi yang berada di lorong kiri.
“Akibatnya, Pajero itu berpusing beberapa kali. Pemandu dan semua penumpang
tercampak di atas jalan raya.
“Pemandu Myvi di lorong kiri tidak cedera, manakala satu lagi pemandu Myvi
cedera di mulut dan dirawat di HKL,” katanya.
Menurutnya, siasatan lanjut masih dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen
41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1957.
Sementara itu, ibu saudara Allahyarham Nova Safitri, Hartati Hassan Basri berkata,
ketika kejadian dua lagi anak perempuan Nova Safitri Nur Firuza Amira, 7, dan
Nur Firuza Aqila, 4, berada di rumah mentuanya dan dia serta suami dalam perjalanan
mengambil mereka di Taman Batu Muda, Batu Caves.
Katanya, jenazah tiga beranak itu akan dikebumikan selepas Solat Asar ini
di Taman Batu Muda.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 2 Mei 2015 @ 1:52 PM




Tiga beranak terkorban, dua lagi anak mereka kini yatim piatu. FOTO ihsan Hartati dan PDRM

Jadual Bertugas Deejay

Jadual Bertugas Deejay