KUALA LUMPUR: Ratu skuasy negara Datuk Nicol David masih mengekalkan kedudukan sebagai pemain nombor satu dunia selama 106 bulan berturut-turut, walaupun setakat ini hanya meraih satu gelaran tahun ini.
Pemain kelahiran Pulau Pinang berusia 31 tahun itu yang meraih kejuaraan Terbuka Cleveland Classic di Amerika Syarikat pada Februari, mengumpul 3,590 mata untuk memperkukuhkan kedudukan sebagai pemain utama dunia, menurut ranking dunia terkini yang dikeluarkan Persatuan Pemain Squasy Antarabangsa Wanita (Wispa), hari ini.
Musuh ketat Nicol iaitu Raneem El Welily dari Mesir turut memperkukuhkan kedudukannya sebagai pemain nombor dua dunia selepas mengumpul 2,998 mata, manakala dua pemain England, Alison Waters dan Laura Massaro, masing-masing kekal di ranking ketiga dan keempat selepas mengutip 1,540 dan 1,424 mata.
Pemain nombor dua Malaysia, Low Wee Wern dalam pada itu, naik satu anak tangga ke kedudukan ketujuh dengan 1,066 mata, walaupun masih mencari kejuaraan sulungnya musim ini.