‘Terima Kasih Si Babi Hutan’ Laris Di Pesta Buku




KUALA LUMPUR: Karya terbaru Lepat berjudul ‘Terima Kasih Si Babi Hutan, Tuhan Kini Aku Datang' laris dijual sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2015 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) yang berakhir pada Ahad.

Lepat atau nama sebenarnya Ismail Ariffin menghasilkan karya tersebut berdasarkan kisah hidupnya sejak 1996 selain meluahkan pelbagai situasi yang ditemui sepanjang ‘perjalanan’ tersebut.
Dubook Press yang dipilih untuk menerbit karya tersebut mengakui ia laris dijual pada pesta buku tersebut dan ditambah pula dengan kedatangan Lepat dari Jerman untuk menemui sendiri pembaca kisah hidupnya itu.
Editor Dubook Press, Lucious Maximus berkata, ” ‘Terima Kasih Si Babi Hutan, Tuhan Kini Aku Datang’ bukan sahaja mengenai kes anaknya, tetapi ia juga luahan kekecewaan Lepat ketika menhadapi masalah birokrasi ketika bertemu mereka yang dibayar gaji untuk menjalankan tugas dan amanah untuk rakyat.
“Selain itu, Lepat memilih Dubook Press untuk menerbitkan hasil tulisannya kerana dia mahu syarikat penerbitan yang mempunyai idea berlainan serta berjiwa muda.
“Dia merupakan penulis yang berpengalaman, jadi tiada masalah untuk kami menerbitkan hasil karyanya,” jelasnya kepada mStar Online.
Lucious memberitahu, pihaknya telah menerima sambutan luar biasa daripada pembaca yang ingin mendapatkan novel kisah hidup Lepat.
Tambahnya, cetakkan awal sebanyak 5,000 naskah habis dijual pada hari ketiga dan pihaknya terpaksa menampung permintaan dengan mencetak sebanyak 15,000 naskah lagi.
“Kami tidak mahu mengecewakan peminat yang ingin mendapatkan karya Lepat kerana mereka pastinya menunggu untuk membaca ‘kisah hidup’ lelaki ini.
-mstar

Jadual Bertugas Deejay

Jadual Bertugas Deejay