Di Simposium Motor Vienna baru-baru ini, Audi telah memperkenalkan enjin 2.0 liter TFSI terbaharu mereka yang dikatakan adalah enjin paling cekap di dalam kelasnya. Audi mendakwa bahawa enjin baharu ini akan dipasang pada model Audi A4 terkini yang akan muncul pada penghujung tahun 2015. Spesifikasi enjin ini adalah seperti berikut :
Jika sebelum ini terma ‘downsizing’ menjadi sebutan, sekarang Audi memilih untuk ke arah ‘rightsizing’; iaitu memilih spesifikasi enjin yang sesuai dengan kenderaan yang akan menerimanya.
“Kami sedang mengambil langkah yang penting di dalam penghasilan saiz yang sesuai” kata Prof. Dr. Ulrich Hackenberg, ahli lembaga pengarah bagi bahagian pembangunan teknikal di Audi AG.
Beliau turut menambah, “Penghasilan saiz yang sesuai adalah berdasarkan kelas kereta, sesaran enjin, pengeluaran kuasa, tork dan ciri-ciri kecekapan di dalam penggunaan harian. Enjin TFSI 2.0 terbaharu kami adalah contoh terbaikVorsprung durch Technik.”
Oleh kerana enjin 1,994cc ini memberikan tork yang tinggi di dalam julat kelajuan enjin yang besar iaitu antara 1,450rpm – 4,400rpm, pengguna akan sentiasa memperoleh kuasa enjin yang berterusan di dalam semua kelajuan.
Dengan penggunaan bahan api hanya 5-liter/100km, enjin empat silinder ini adalah enjin paling cekap penggunaan bahan api dan mengalahkan enjin-enjin ciptaan Audi yang terdahulu serta pesaing-pesaing yang lain.
Enjin terbaharu Audi ini juga sangat ringan dengan berat hanya 140kg. Kecekapan enjin ini ditambah lagi dengan sistem kawalan cecair penyejuk enjin yang dikawal supaya masa untuk enjin dipanaskan menjadi pendek. Ciri-ciri lain yang menyumbang adalah sepertiexhaust manifoldyang disambungkan kepada kepala silinder dan geseran enjin yang kurang dibantu oleh minyak enjin 0W-20.
Pakej komprehensif yang penuh dengan teknologi terbaharu ini telah menjadikan enjin 2.0 TFSI serba baharu ini sangat cekap bahan api sehinggakan ianya menjadi penanda aras di dalam segmennya. Audi akan memperkenalkan enjin generasi terbaharu ini di dalam model Audi A4 baharu sebelum dituruti oleh model-model lain.
- 190hp, 320Nm tork pada 1,450rpm - 4,400rpm
- Penggunaan bahan api 5-liter/ 100km