Tertembak diri sendiri semasa berselfie




MOSCOW - RUSSIA. Seorang wanita kini kritikal selepas secara tidak sengaja menembak diri sendiri di kepala semasa sedang melakukan 'selfie'.

Menurut agensi berita Rusian, RIA Novosti, pada waktu kejadian wanita yang berusia 21 tahun secara tidak sengaja menarik picu pistol yang dipegangnya ketika cuba untuk mengambil gambar.

Dia kemudiannya dikejarkan ke Hospital Sklifosovsky di Russia.

Menurut jurucakap polis tempatan, pihaknya sedang menjalankan siasatan dan mengenal pasti punca dan dari mana wanita berkenaan mendapatkan pistol berkenaan.

Sementara itu, menurut media Russia, pistol berkenaan didakwa milik seorang pengawal keselamatan kediaman wanita berkenaan yang meninggalkan pistol miliknya di pejabat.

Sebelum ini, seorang lelaki warganegara Singapura maut selepas terjatuh dari tebing ketika cuba mengambil selfie dan seorang remaja perempuan maut terbakar selepas secara tidak sengaja menyentuh kabel elektrik ketika cuba berselfie di atas kereta api.

Jadual Bertugas Deejay

Jadual Bertugas Deejay