Cara Cepat Turunkan Berat Badan Dalam 2 Minggu Dengan Air Putih

Menurunkan berat badan tidak boleh dilakukan secara serta-merta. Biasanya cara menurunkan berat badan dengan cepat adalah cara yang tidak sihat.
Untuk saiz penurunan berat badan yang sihat ialah 0.5 hingga 1 kg seminggu. Anda tetap harus melakukan senaman dan menghadkan pengambilan kalori setiap hari.

Walaupun makan makanan sihat dan senaman sangat membantu, namun pengambilan air putih juga penting untuk diet anda.
Dipetik daripada livestrong.com, terdapat kajian mendapati, minum air lebih banyak akan memberi kesan penurunan berat badan lebih cepat.
Ini kerana pengambilan air putih boleh mengenyangkan dengan cepat tanpa menambah kalori ke dalam badan. Selain itu juga, ia mampu mengurangkan keinginan untuk makan, dan membuatkan anda tidak makan lebih banyak.
Cara untuk mengamalkan diet dengan air putih ini cukup mudah. Bukan itu sahaja, anda boleh menurunkan berat badan lebih dari 1 kg dalam seminggu.

1. Jangan minum minuman lain selain air putih

water-glasses
Elakkan minum kopi, teh, minuman ringan, susu dan sebagainya. Anda masih boleh minum jus, namun tanpa menambah gula dan minum jus untuk menukar makanan seperti nasi dan makanan berat lain. Ini adalah cara untuk mengurangkan pengambilan kalori selama seminggu.

2. Minum air putih setiap kali lapar

getty_rf_photo_of_woman_contempating_half_full_glass
Kadang-kadang keinginan untuk makan bukan bermakna anda lapar, boleh jadi anda mengalami dehidrasi dan memerlukan air. Jadi, daripada anda makan makanan yang tidak diperlukan, anda boleh mengatasinya dengan minum air putih. Selalu bawa sebotol air putih ke mana saja anda pergi.

3. Jangan minum berlebihan

Teenage-girl-drinks-from--007
Anda memang disarankan untuk minum air dengan banyak, tapi tidak bermakna anda perlu menukar semua makanan dengan air putih. Makan lah sewajarnya, cukup 1-2 hidangan sehari. Terlalu banyak minum air juga boleh membuat anda lemas dan mengalami hyponatremia, yang menyebabkan darah menjadi cair dan mengurangkan kadar elektrolit dalam badan anda .

Jadual Bertugas Deejay

Jadual Bertugas Deejay