Soalan pertama, adakah anda orang Johor? Kami bukan orang Johor tetapi kami merasakan makanan orang Johor ini unik dan juga ada ceritanya sendiri.
Kadang-kala kami hampir bergaduh kerana tidak percaya cerita mengenai asal-usul laksa Johor, kemudian ada pula perbalahan pendapat.
Seronok bercakap pasal makanan ini, orang kita tidak kenal pun, boleh jadi kawan. Tidak percaya? Anda boleh cuba sendiri. Jom, kami kongsikan bersama anda 7 makanan yang anda boleh dapatkan jika berkunjung di Johor.
Tidak kisahlah tempe goreng mahu pun tempe masak lemak, yang penting tempe. Salah seorang team kami tidak boleh makan tempe kerana gout. Nasiblah. Yang penting, tempe memang sedap.
Lagi-lagi dapat yang baru lepas goreng panas-panas.
Mee Bandung Muar (sebut Muo) merupakan salah satu makanan yang paling famous jika datang ke Johor. Orang kata tidak sah jika datang ke sini tanpa merasai sendiri air tangan orang Muo masak mee bandung.
Katanya ada mee bandung Muar segera, ada yang sudah cuba?
Ini pun kami pernah dengan cerita orang sahaja. Mee siput ini adalah mee yang dijadikan seperti keropok. Mee siput ini datang dengan sos dia. Bak kata rakan kami, sos dia inilah yang buat lagi berselera hendak makan.
Tapi sekarang rasanya sudah jarang jumpa mee siput. Wahai orang Johor, janganlah kamu berhentikan pembuatan makanan yang sedap sebegini. Ini nikmat dunia yang kita kena kongsi.
Laksa Johor merupakan satu topik yang sering jadi perbalahan bersama dengan rakan-rakan. Sebabnya laksa Johor ini guna spaghetti. Ini sudah masuk budaya Barat.
Tetapi dalam masa yang sama, ada juga yang katakan, laksa Johor sama seperti laksa beras biasa cuma kuah dia sahaja yang berbeza.
Biasanya walaupun berbalah mengenai asal-usul laksa Johor yang ada kaitan dengan Sultan katanya, tetapi akhir sekali habis jugalah laksanya. Berbalah saja lebih, makan tetap makan.
Ini antara makanan yang kami mahu cuba sangat-sangat jika sampai di Batu Pahat. Tengok saja pun sudah terliur apatah lagi jika dapat rasa.
Siapa tahu sejarah nama nasi Briyani gam? Jangan ada yang kata guna gam UHU, kami tidak akan gelak.
Lontong Goreng ini pun dengar saja sudah terbayang sedapnya. Jika ada di antara anda tahu di mana mahu dapatkan lontong goreng di sekitar Lembah Klang, silalah berkongsi dengan kami di ruangan komen.
Menurut cerita orang, nasi impit akan digoreng dengan rempah sama seperti goreng nasi goreng. Pasti sedap ini. Kesian kami hanya pernah dengar cerita orang tapi tidak pernah rasa.
Yang ini kami pernah rasa dan apa yang boleh kami katakan, ini memang padanan yang menarik. Kepada yang tidak pernah rasa mungkin akan berasa pelik, tetapi percayalah, ia memang sedap.
Sambal kicap haruslah hadir di dalam rasa yang pedas dan dicicah dengan pisang goreng panas-panas. Aduh, syahdu rasa dia sambil minum kopi atau teh O ais laici.