Home »
» Mustahil Untuk Jual Kad Tambah Nilai Dengan Harga Asal Bermula 1 Mei - SKMM
Mustahil Untuk Jual Kad Tambah Nilai Dengan Harga Asal Bermula 1 Mei - SKMM
By AuRa FM
KUALA LUMPUR: Berikutan arahan daripada pageawai Kastam Diraja Malaysia yang mengarahkan semua harga kad tambah nilai yang dicas 6% dikembalikan seperti sebelum ini, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) semalam telah tampil menjelaskan bahawa harga isian semula kad tambah nilai adalah dikenakan Cukai Barang Dan Perkhidmatan (GST).
Apabila dikenakan cukai GST maka kad tambah nilai RM10 perlu dijual RM10.60 dan mustahil untuk dijual dengan harga RM10.
Perkara ini diulas oleh Pengerusi SKMM Datuk Seri Dr Halim Shafie dalam satu kenyataannya dan beliau memnberitahu kajian yang dijalankan pengguna lebih cenderung memilih kad tambah nilai yang dijual dengan harga rendah dimana GST dikenakan.
"Sebagai contoh, isian semula RM10 boleh berharga RM10.60 (termasuk harga GST) atau RM10 (dengan nilai RM9.43)."
“Masih ada yang keliru jika harga kad prabayar akan kembali ke harga asal sebelum GST pada 1 Mei.
Namun, ia seperti mustahil untuk pihak pembekal untuk melaksanakan pertukaran dalam tempoh dua hari ini.
“Kedua, hasil kajian belum dikeluarkan lagi dan terlalu awal untuk membuat sebarang keputusan pada peringkat ini,” katanya dipetik Astro Awani.
Beliau turut berkata jika harga kad tambah nilai diturunkan semula ia akan merumitkan pihak ketiga untuk menyusun semula sistem termasuk institusi kewangan, penyedia pembayaran elektronik, pasaraya, stesen minyak dan semua ejen jualan lain.
Semalam, Ketua Pengarah Kastam Datuk Seri Khazali Ahmad telah mengeluarkan surat arahan kepada empat penyedia telekomunikasi supaya kembali menjual kad tambah nilai mereka dengan harga asal bermula 1 Mei ini.
Related Posts:
Aircond Kereta Tak Sejuk? Ini Cara Mudah D.I.Y Yang Ramai Tak TAHU !! Musim-musim panas ni kalau aircond kereta buat hal kejap sejuk kejap tak jom lah kita buat sikit D.I.Y ni untuk sejukkan aircond kereta tanpa perlu … Read More
Macam Mana Buah Pinggang Kita Boleh Rosak? Buah pinggang kita sangat-sangatlah penting kepada kesihatan. Buah pinggang ni berfungsi untuk menapis darah, menghasilkan hormon, menyerap mineral, … Read More
INILAH 5 Sebab Kenapa Anda Tidak Patut Beli Barang Sendiri dan Bawa ke Bengkel Pemilik kenderaan sentiasa mencari jalan untuk memastikan apabila menghantar kenderaan mereka untuk dibaiki, kosnya dapat dikurangkan. Salah satu ca… Read More
9 Kesan Sampingan Bahaya Makan Buah Durian Durian adalah buah yang lazat tetapi ada segelintir orang yang tidak menyukai durian disebabkan oleh baunya yang menyengat. Isi durian sangat lembut… Read More
INILAH Cara Sangat MUDAH Keluarkan Angin Dalam Badan Yang Perlu Anda TAHU !! Kalau korang rasa badan korang lenguh2. sengal2 . nak sendawa tapi tak lepas . kaki rasa tak selesa. Ibu2 mengandung yang tak sedap badan tu. Badan… Read More
Jadual Bertugas Deejay
