Apakah Keunikan Perkampungan Giethoorn Sehingga Digelar "The Venice of Holland"



Jika anda pergi ke ke Eropah dan mungkin melawat negara Belanda, jangan melepaskan peluang melawat kawasan yang sungguh menarik ini di mana dengan melihat gambar sahaja sudah tahu suasananya cukup tenang, inikan pula berada di sana.

Amat sesuai bagi mereka yang cuba lari daripada hiruk pikuk kota untuk datang ke perkampungan Giethoorn ini di mana tiada sebarang kenderaan berinjin yang dibenarkan di sini kecuali sampan dan basikal.

Rumah-rumah tradisional Belanda dibina menggunakan kayu, jambatan melintasi sungai buatannya dan hiasa bunga-bunga bewarna warni menghiasi tebing sungai yang sungguh mempersonakan.





Perkampungan Giethoorn ini didiami kira-kira 2,600 orang penduduk telah menjadi tarikan utama pelancong ke Belanda.

Kira-kira 180 buah jambatan menghubungkan kebanyakn rumah di sini selain sampan dijadikan pengangkutan utama mereka.

Di kampung ini anda boleh melihat aktiviti-aktiviti penduudk di sini yang menjalankan aktiviti membuat tembikar selain basikal-basikal lama yang digunakan yang menjadikannya sebuah kampung yang unik.




Pada musim sejuk air sungai ini akan membeku dan dikatakan menjadi lokasi utama penduduk dan pengunjung untuk meluncur ais 'mengelilingi' kampung berkenaan.




Keindahan kampung ini boleh dinikmati oleh pelancong menggunakan waktu lawatan yang teratur pada setiap masa selain mereka boleh menyewa bot atau mendayung sendiri menggunakan sampan.

Selain pengangkutan air, pelancong boleh datang ke perkampungan ini mdengan berjalan kaki atau menyewa basikal yang telah di sediakan di jalan menuju ke kampung Giethoorn.

Lokasi menarik ini terletak di tangah-tengah negara Belanda iaitu 90 kilometer daripada ibu negara Amsterdam dan 110 kilometer dari Rotterdam dan The Hague. 








Jadual Bertugas Deejay

Jadual Bertugas Deejay