Tak Sangka Muntah Ikan Paus Bernilai Lebih RM70,000



PARIS: Siapa sangka ketulan muntah ikan paus yang dikenali sebagai 'ambergris' punya nilai tinggi dan berjumlah £11,000 atau bersamaan RM73,503.

Ketulan itu dijumpai oleh seorang lelaki di Pantai Anglesey di utara Wales, Britain dan ia berjaya dijual kepada seorang pembida melalui telefon.

Ambergris merupakan salah satu bahan dalam pembuatan minyak wangi untuk menjadikan bau lebih tahan lama.

"Seorang lelaki datang kepada kami dan meminta untuk menjual ketulan muntah sebesar bola ragbi ini.
“Banyak benda boleh disalah anggap sebagai ambergris dan selepas dihantar untuk ujian kami dapati ketulan ini sangat berharga,” kata pemilik syarikat lelongan itu, Adam Partridge.
Muntah paus itu berbau busuk dan seberat lebih satu kilogram dan dipercayai hanyut beberapa puluh tahun sebelum ditemui terdampar di pantai.

Jadual Bertugas Deejay

Jadual Bertugas Deejay